Thursday, December 23, 2010

Kisah aku yang Sakit

Dugaan melanda lagi, mula-mula Farah yang demam dan diikuti aku, alih2 satu rumah demam.Penat jaga orang sakit dan dalam masa yang sama kitapun sakit.Tapi masa ni rasa terharu sangat,husband yang banyak jaga budak-budak yang sakit walaupun diapun sakit.Setiap malam bangun dalam 3,4 kali cek suhu badan budak2 dan bagi ubat ikut waktu.

Alhamdulillah dlm masa 1 week semuanya dah sihat n tinggal batuk ada sikit2 lagi tapi batuk aku yang agak berterusan.Baru-baru ni ada jugak gi alternatif homeopati. Dr scan kata aku tak ade masalah di paru-paru..semuanya clear cuma ada masalah di saluran esophagus yang luka akibat makan makanan yang pedas-pedas.Laa..macam manalah aku nak pantang makanan pedas ni yea..coz kalau tak ada pedas memang tak berselera nak makan.

Selepas ubat homeopati habis ,batuk aku still ada dengan masalah kahak yang banyak.Aku pun tak tahulah nak buat apa.Last2 gi klinik kat opis and terus buat check up di DEMC.Setelah buat x-ray dan amik darah.Alhamdulillah semuanya normal. Mungkin cuaca yang sejuk dan masalah aku lebih kepada bronchitis so aku kena continue amik ubat puff.

Insyaallah korang doa2kanlah aku sihat yea.Siapa yang nak sakitkan?? Hanya Allah sajalah tempat kita mengantung harapan dan meminta pertolongan.

Tuesday, December 14, 2010

Birthday Party IRFAN n IKHWAN

Meraikan birthday party anak Che Wah di Pizza Hut Kota Damansara.Tak ramai sangat yang hadir mungkin cuti sekolah agaknya.Kawan2 yang datangpun cuma Yati , Man dan Izad sefamily.Yang lelain tu kenalan atau mungkin sedara mara Che Wah.Tapi yang pastinya setiap kali gi birthday party sure farah akan menang game.So berbaloikan bawak anak dara ni kan.....





Sunday, December 12, 2010

TRIFFLES


 Resepi yang ringkas dan sedap.Sorry gambar yang aku amik ni tak cantik langsungkan..

TRIFFLES ( sumber : Dapur hanieliza )
Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar
Cara:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Saturday, December 11, 2010

Kisah Jonggang

Ini kisah anak sulung aku..Kesian dia kat sekolah asyik digelar "fatin jonggang" maklumlah kan dah ada cerita Halimah jonggang. Itu kat sekolah mungkin dia dah biasa so tak nampak sangatlah dia terasa sangat tapi baru-baru ni dia cerita kat kami yang ada sorang budak form 2 yang sama-sama masuk program tahfiz dok selalu cari gaduh ngan dia.Siap cakap "Eh!! budak jonggang"...Kekadang tu saja je tolak si fatin ni..sampai menangis gaklah anak aku ni.

Kesian gak kat anak aku ni, so aku nasihatkan jangan cari pasal apa2 dengan budak tu and jangan pandang muka dia langsung...

Teringat masa si fatin di kecik2..suka sangat masukkan jari dlm mulut so maid aku kata budak baik dan kamipun tak ambil kisah sangat.Ialah anak sulung. Alih2 habit ni cam tak leh tinggal langsung sampailah gusi dan gigi dah kedepan.

Masa nak sambut birthday ke 3 thn ada satu insiden yang mana cousin husband aku tertolak fatin ni and gigi dia patah dan berdarah..Lepas tu dia memang tak leh nak isap cari langsunglah coz sakit agaknya..
Tapi disebabkan gusi dah kedepan dah tak leh buat apa2 lagilah cuma leh tunggu gigi susu semua dah tanggal baru boleh pakai braces.Kesiankan...

Tulah aku nak nasihatkan kepada ibubapa yang baru2 jagalah anak2 baru lahir ni. Diaorang memang akan ada habit isap cari so selalu2lah tarik tangan diaorang n satu lagi jangan bagi dia orang puting ataupun gonggong botol susu.Kalau dah abis minum susu tarik,jangan biarkan diaorang tidur atau main sambil pegang botol.Semua2 ni akan menyebabkan gigi anak2 anda tak cantik.Kesian mereka bila dah besar disebabkan atas kesilapan kita......

Friday, December 10, 2010

Bayu Beach Resort



3 minggu berturut2 bawak bebudak jejalan, best memanglah best tapi penat gak melayan kerenah diaorang ni. Minggu lepas kami berkesempatan ke Bayu Beach Resort PD. Aku rasa PD memang jadi destinasi favorite bawak anak-anak cuti sekolah, antaranya dekat dengan KL so taklah penat sangat travel. Aku tengok semua hotel banyak kete parking, patutlah last week kawan aku nak booking hotel kat PD semuanya fully booked.

Hari sabtu tu dari pagi hujan je tapi sib baik petang tu tak ujan so sempatlah melayan diaorang mandi kolam dan laut.Akupun sama2 terjun maklumlah dah lama rasanya tak mandi laut ni. Selalunya diaorang tak suka sangat laut tapi bila ramai2 mandi ok gak.Teringat masa aku kecik2 dulu gi PD ngan cousin2 tapi kitaorang gi hari, tak tidur pun.Sempat gaklah aku tenggelam sekejap dlm laut tapi umur masih panjang lagi..

Aktiviti kat sana seperti biasalah lepas mandi makan..lepas mandi makan...so..aku dah tak diet2 lagilah..semuanya main hentam je. Ahad malam kami terpaksa balik gak coz anak2 aku ada program tahfiz masa cuti sekolah ni.Tinggal family k.nana kat sana coz dia dah booking 3 hari 2 malam.

Thursday, December 9, 2010

Puteri Ayu


Dulu pernah sekali mencuba resepi Puteri Ayu ni tapi tak jadi, masa tu tinggal di TTDI jaya..sampailah dah pindah rumah 2 x  n bekas acuan aku dah burukpun.Sebenarnya apa2 yg kita nak buat pokok pangkalnye kena rajin dan jangan putus asa.Tak sempat beli kelapa putih so main hentam je...


Sumber Resipi : Myresipi ( Kak Ita @ Rossitamz )
Bahan-bahan ( 40 biji bergantung pada saiz acuan) ) -
5 biji telur (saiz kecil) -
  • 250g tepung gandum
  • 300g gula
  • 2 sudu kecil ovallate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 250 ml santan
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 sudu kecil paste pandan
  • kelapa parut secukupnya (gaul dengan sedikit garam dan tepung ubi) -
Cara-cara

1.Panaskan kukusan.

2.Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.

3.Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.

4.Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.

5.Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 6.Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan

Wednesday, December 8, 2010

Blog larian


1) Pastikan ada Banner BlogLarian
2) Jadi Follower BlogLarian

3) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
Saya suka berblogwalking kerana boleh baca blog ramai orang and in the same time tambahkan pengetahuan.
4) Tag 3 orang rakan atau lebih

http://hajarpunyablog.blogspot.com/
http://putrizieha.blogspot.com/
http://zaisyahalya.blogspot.com/
5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian
Diaorang dah lama tahu kot..

6) Akhir sekali Masukkan tajuk dan link en3 tadi dalam komen ini bersama tajuk blog untuk disenaraikan

For the Rest of My Life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Sedapkan lagu ni..tambah2 lagi orang yang istimewa tujukan lagu ni..tq...

Tuesday, December 7, 2010

Peristiwa Aneh dan Mistik

Baru-baru ni satu peristiwa pelik berlaku pada aku. Ala-ala cam mistik plak rasanya. Cerita ni berkenaan dengan selipar crocs aku. Masa malam aku kat PD, aku biarkan je selipar aku tu kat luar..dlm ati terdetik, tak kan ada orang nak amik selipar aku tukan.Selipar dan kasut budak-budakpun aku biarkan kat luar.Sebenarnya malas nak bawak masuk basah-basah lagi.

Korang tahu nak jadi cerita keesokkan paginya, selipar aku dah ilang sebelah.Kalau orang nak amik sure dia amik kedua2 belahkan.Dalam fikiran aku mesti ada orang tersepak ke atau jatuh longkang ke tapi penat aku cari dalam longkang tak ada..dalam tong sampahpun tak ada...tension gaklah memikirkan manalah peginya selipar yang telah banyak berjasa pada aku tu.

Satu hari suntuk aku dok pakai selipar jepun..sampailah malam yang kitaorang nak balik tu aku siap tinggalkan je selipar yang lagi sebelah tu. Bawak balikpun nak buat apakan kalau sebelah je.
Dlm kul 10.30 mlm kakak aku sms yang cakap selipar aku tu dah ada kat depan pintu.Tak tahulah sapa yang hantar.Masa tu meremang bulu roma aku..pelikkan sapa plak yang hantar malam2.

Teringat plak ini kes pelik yg kedua berlaku kat selipar ni. Ari tu sekali masa melawat arwah bapak abang ipar aku meninggal.Tiba2 time nak balik tu selipar aku hilang.Puas adik ipar kakak aku cari sana sini. Siap nengok kaki sorang2 lagi, manalah tahu ada orang terpakai ke. Setengah jam gaklah cari selipar aku tu,Korang tahu alih2 ada kat tengah2 laman.Padahal aku berdiri tegak je kat situ tak nampakpun sapa yang letakkan selipar aku kat situ.Memang pelik...  

Terdetik jugak ada gak yang berminat ngan selipar ni. Apa keistimewaannnya?? ataupun nak berkawan dengan aku?? Tapi tolonglah kawan2 aku dah ramai..akupun tak sudi nak berkawan dan tak hendak langsung berkawan dengan makhluk2 itu...

Friday, December 3, 2010

Bahana jadi Penjamin

Baru je bulan lepas aku mendengar keluhan dari seorang sahabat lama pasal dia dapat warning letter dan orang call bertubi2 mintak utang. Padahal utang ni bukannya dia yg buat tapi atas kesilapan lama yang terlalu mempercayai seseorang untuk menggunakan namanya..Tup2 ada utang yang tertunggak sebanyak $300 yang masih tidak dijelaskan.Entahlah..macam mana nak selesaikan coz sahabat lamanya pun mengalami masalah keluarga.

Alih2 semalam perkara yang sama plak berlaku pada husband aku. Dapat surat dari MARA menyatakan namanya telah disenarai hitamkan sehingga anak2 pun tak berhak mendapat segala kemudahan MARA seperti biasiswa, MRSM dan semua pusat pengajian under MARA. Malah untuk keluar negarapun akan disekat....Bayangkanlah..sedih rasanya...ianya bukan melibatkan individu yang membuat perjanjian aje tapi melibatkan seisi keluarga.

Actually husband aku jadi penjamin kawan2 untuk beli notebook semasa belajar di UK dulu,tapi..seingat dia, dia hanya jadi penjamin sorang je..mungkin lagi sorang tu tiru signature dia..
Sekarang ni yang menjadi masalah besar kedua2 ni tak pernah bayar langsung utang MARA ni. Dulu2 kami ada jejak rumah keluarga "M" ni tapi emak dia cakap anak dia dah lama tak balik umah..ada masalah ngan keluarga. La ni bila tipon pun dia dah tak angkat.

Yang lagi sorangpun dah lost contact..adoii..apa lagi susah atilah kami..aku bukannya apa manalah tahu ada rezeki anak2 pandai dan dapat gi MRSM..dan satu lagi husband aku memang susah ati coz banyak projek di luar negara tahun depan..tak ke nanye tu....orang lain yang punya hal kami yang perlu tanggung..

sampai ati mereka2 ni..kamipun bukannya banyak duit nak tanggung beban mereka tapi nampak gayanya kena tanggung jugaklah untuk selesaikan masalah...

So kepada sesiapa yg telah berhutang tu bayarlah..fikir2kanlah jasa orang2 yang telah menjamin dan menolong anda dikala dalam kesusahan.Janganlan jadi cam perumpamaan "Macam melepaskan anjing tersepit"

Thursday, December 2, 2010

Bukit Merah Laketown Resort


 Cuti sekolah akhir tahun ni sebenarnya dah plan nak pi pulau besar Melaka tup-tup plan bertukar ke Bukit Merah. Sepanjang perjalanan ke Bukit Merah, punyalah banyak kereta. Agaknya masing2 sibuk nak bercuti ataupun bawak anak-anak balik kampung.

Sampai bukit merah around 3.30pm, jauhlah pulak rasanya..tapi nak check in hotel je beratur panjang. Aku rasa kalau nak datang sini kena waktu cuti sekolah kot..kalau waktu2 biasa sure takut sikit. Banyak apartment yang kosong sehingga sewa homestay serendah $66.

Petang tu sempat jalan2 dikawasan sekitarnya dan beli tiket untuk keesokkannya.Gupanya dah naik harga, tak sama seperti harga dinternet.Semua aktiviti perlu dibayar..so kalau nak datang sini sediakan duit jelah. Malam ada aktiviti dance, fire show dan night safari.

Pagi Ahad, lepas b/fast di warong luar terus gi ke jeti untuk ke Orang utan Island.Seronok gak budak2..terutamanya Farzeen,tak takut langsung naik boat.Sampai kul 3.00pm kitaorang spend masa kat situ.

Petang plak terus ke penang.Kebetulan ada kawan lama husband menetap di Sungai Dua.Singgah sekejap rumah diorang dan malam tu sempat merasa mee udang sg.dua. Bolehlah..cuma udang dia je special boleh pilih2, nak yg besaq ke atau yang kecik.Tq Zaidi n Azizah sekeluarga. 

Pagi isnin tu budak2 sibuk dengan aktiviti berendam lagi.Kebetulan kat apartment tu ada kolam yang besar..so mukapun berkilat..

Sampai umah dlm kul 3pm...

Wednesday, December 1, 2010

Kisah Apam Mekar n Apam Mekap

Sekadar ingin mencuba, betul ke apam ni akan mekar cam dalam resepi tu..sebenarnya dah lama teringin nak buat tapi cam leceh je..piping beg pun beli satu je so apa lagi guna plastikpun boleh jugak ngupanya so tak yah membazir beli piping beg banyak2. Ialah aku bukannya selalu sangat buat kek atau kuihkan..semuanya ikut mood je.

Korang tahu, tengah proses mengukukus apam tu tiba2 gas plak abis..aku nengok satu kukusan cam dah jadi.Satu lagi kukusan memang tak masak lagi so call gas. Adalah dalam 20 minit baru gas sampai. Akupun apa lagi trylah kukus yang satu lagi tu tapi...huh.huh...sedih...tak mekar ngupanya jadi cam muffin ataupun apam pelangi biasa tu... 

Tengoklah ini hasilnya..........


                                                                          Mekar
Mekap

Monday, November 29, 2010

Ziarah n Holiday at Kuantan

Dah hampir 3 bulan Aina(cousin husband) duk hospital tengku Ampuan Afzan.Alhamdulillah ada perubahan, dari ICU dan sekarang duduk wad.Tak tahu apa puncanya, tapi sakit demam panas after dia baru balik dari camping.Mak n abah dia pun siap amik cuti tanpa gaji nak jaga anak sepenuhnya.Ialah ibubapa mana yang tak risau.

Banyak ujian dah dibuat keatas Aina, Doktor pun tak tahu apa punca penyakitnya. Entahlah penyakit kalau nak datang tiba-tiba jekan.Ini ujian agaknya.Semoga cu sekeluarga tabah menghadapinye dan kami hanya mampu mendoakan agar Aina cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Kebetulan cuti sekolah so kami stay di Ulu Tembeling Resort. Malam tu sempat gak memenuhi undangan Dr Razman sekeluarga di Bukit Istana Indera Mahkota. Rumah semi-D yang mempunyai kawasan yang luas dengan harga RM 350,000 sahaja.Memang berbaloi.Kalau di Kawasan Shah Alam rumah sebegitu besar sudah mencecah 1 juta.

Sebelum balik KL kami singgah di teluk cempedak dan jalan-jalan di sekitar MRSM Kuantan.Ialah 2 adik ipar sempat belajar disitu dan terus ke tanjung lumpur untuk menikmati kuih muih di gerai pak su n gerai mok na.

Sepanjang perjalanan balik kami stuck di karak.Adoi..merangkak-rangkak teringat dulu tahun 2000 masa aku balik terengganu..
ngupa2nya baru aku teringat orang balik KL coz amik cuti raya haji sampai ahad.

Monday, November 22, 2010

"Pilih Kasih"

"Pilih Kasih". Kalau korang perasan banyak artikel dalam ruangan di celah kehidupan setiap hari ahad lately ada menceritakan kisah2 ibubapa yang pilih kasih ni. Ada yang sayang anak2 yang pandai je.., ada yang sayang pada anak yang cantik dan kaya je..tapikan kalau dah jadi anak kesayangan sure akan ada cucu kesayangan gak.


Ni nak cite sikit. Dalam keluarga aku, mak dan abah tak de langsung sikap pilih kasih, cuma dulu-dulu seingat aku nenek belah abah aku yang macam nampak sangat pilih kasih pada cucu-cucu.Itu yang aku perasan kalau raya tak pernah raya umah nenek belah abah dulu.


Nampak nenek lebih sayang lebih kat cousin2 aku,yang kitaorang ni kureng sikitlah.Ialah Allah maha adilkan, bukan aku nak ungkit coz nenek akupun dah tak da kat dunia ni tapi sebelum dia meninggal, dia duk spital lama tapi aku yang ngan kakak aku yang gilir2 jaga dia.


Itu kisah dulu..dah lama aku lupakan dah tapi lately ni perasaan tu timbul balik lepas aku berkeluarga. Aku tak tahulah ini cuma perasaan aku aje atau memang betul 'mereka-mereka' memang begitu 'pilih kasih'. Entahlah kalau aku nak cerita kat sini seolah2 aku memburukkan 'mereka-mereka' yang telah menjadi sebahagian dalam hidup aku.Cuma ada sorang je kawan yang menjadi sasaran untuk aku luahkan perasaan. Agak2nya diapun dah bosan dengar cerita yang sama je dari aku,he..he.. jangan bosan yea..


Oklah, buat diri aku sendiri dan kepada kawan2 blogger yang lain tak yahlah tunjuk sangat perasaan 'pilih kasih' tu pada anak-anak ataupun pada cucu kita nanti. Layan sama adil , jangan puji lebih2 dan compare anak cucu kerana setiap insan yang Allah ciptakan dimuka bumi ini semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Manalah tahu, satu hari nanti yang kita tak sayang tulah akan menjaga kita dan menolong kita dikala kesusahan.

Thursday, November 18, 2010

Makanan Seimbang Seisi Keluarga

Rata-rata ibu bapa hari ni mengalami kesukaran dengan anak-anak yang tak hendak langsung makan sayur. Dia orang ni sanggup keluarkan apa yang dimakan kalau terasa sayur...ada tu bila nak suap je.. mata dah ternampak sayur. Eee.. susah betullah budak-budak sekarang, banyak memilih makanan..kalau yang dipilih berkhasiat tak apalah, ini yang tak berkhasiat tulah yang dipilih.


Anak-anak aku semuanya tergolong dalam yang tak makan sayur cuma carrot, kentang dan kobis je yang ditelan selain tu jangan haraplah..tapi bukan anak-anak je..bapak diorangpun susah nak telan sayur so rasa memang macam kekurangan zat jugaklah keluarga aku nikan..Itu yang banyak supplement kena sediakan untuk budak2 ni.Ialah takut gak kurang ni kurang tu..pelbagai penyakit plak singgah.

Selain sayur-sayuran dan buah-buahan, susu juga mainkan peranan.Itu yang kerajaan bagi subsidi susu tanpa mengira pangkat dan kedudukan sekarang ni. Kalau tak silap aku dulu susu coklat kat sekolah tu diberi pada yang budak-budak tertentu aje..dan aku waktu tu boleh gak menikmati susu coklat dengan harga 40 sen.Kira murahlah tukan..

Panduan pemakanan sihat untuk keluarga:



1. Pastikan setiap ahli keluarga minum susu dan menyediakan susu sebagai menu makanan harian. Apabila anak-anak melihat, dia tidak mahu ketinggalan kerana semua orang berbuat demikian.
2. Benarkan anak memilih perisa susu yang mereka gemari. Mungkin anak anda lebih gemar minum susu berperisa berbanding susu biasa yang anda sediakan.

3. Hidangkan susu kotak secara sejuk dan susu tepung secara suam.

4. Sebelum minum susu ceritakan khasiat susu kepada anak. Dengan mengetahui kebaikannya, dia tentu lebih gemar minum susu.

5. Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menjadikannya lebih lazat.Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan untuk menghasilkan minuman dadih berkhasiat atau dimakan sebagai sarapan bersama bijirin.


6. Pantau pemakanan anak-anak, jangan biarkan anak anda mengambil makanan ringan dan makanan segera terlalu banyak sehingga dia mengabaikan pengambilan susu.

7. Ajar anak mengenai makanan yang patut dibeli di sekolah. Ini menjadikan mereka supaya tidak terikut dengan tabiat pemakanan kawan.

8. Sediakan bekalan berkhasiat kepada anak setiap hari ke sekolah.

9. Ibu harus tahu mengenai piramid makanan seimbang dan menyediakan makanan yang pelbagai dalam kuantiti sederhana dan paling penting seimbang.

10. Biasakan untuk menikmati hidangan makan malam bersama. Ini kerana apabila makan bersama, ia menyebabkan anak-anak akan turut makan dengan penuh selera.

11. Sediakan makanan dengan penuh kasih sayang serta sentiasa berdoa agar anak akan mendapat khasiat daripada makanan yang anda sediakan.

Source : Harian Metro



Ini Piramid Makanan seimbang...

Monday, November 15, 2010

Kisah Anak Kedua

Ada je nak buat aku marah...rasanya kalau dalam seminggu tak buat hal, tak sah..semalam masa aku ajar ngaji..ade ke dia tak nak betulkan bacaan dia.Siap cakap Ummi ni asyik salah je...kalau 'tah' ngaji ngan ustazah tak salahpun.

Aku bukannya betulkan tajwidpun cuma panjang pendek je...itupun dia tak nak ikut. Apa lagi, rasa angin satu badanlah aku dibuatnya.

Ya Allah susahnya dengan anak sorang ni..kalau tak kena marah ngan aku, kena marah ngan Walid dia plak..yang sorang ni benar-benar menguji kesabaran kami sebagai ibu bapa.

Tapi bila aku survey kebanyakkan anak kedua ni perangai dia lain sikit..ada je kelainan dari yang lain.Yang aku perasan dia ada mood.Kekadang ok kekadang tak ok. Antara perangai2 yang aku dah kenal pasti:

1.Keras hati..kalau buat salah memang susah nak mintak maaf..ada tu dah berhari-hari baru nak mintak maaf taupun dia buat tak tahu je...

2.Kuat mengamuk,nangis,usik n gaduh

3.Susah disuruh terutamanya kalau belajar.Dia belajar dengan kehendak sendiri tak leh dipaksa2.

4.Disiplin...barang2 dia akan dijaga dgn baik. Buku2pun susun elok2.

5.Fokus sikit.Sekali dapat so dia tak mudah buat mistake lagi.

6.Bagi dia,dia adalah diri dia so buang masa je bagi example atau comparekan diri dia dengan orang lain.
Ada sekali tu aku dengar yang kakak dia bercerita yang mak kawan dia beli kereta baru so kakak ni punya beria-ia bercerita tapi feedback dari adik dia "biarlah dia..mak dia yang kena bayar bukannya kite" rasa nak tergelakpun ada tapi bila pk memang betul gak..

Hai kalau nak cerita kisah sorang ni memang takkan berakhirlah..harap-harap dia akan berubah..dan biarlah kelebihan2 yang ada tu menjadi positif dlm dirinya.

Sunday, November 14, 2010

Kuih Pantai Timur

Macam-macam kuih rupanya ada kat M'sia nikan.Aku dibesarkan kat selangor ni hanya tahu kuih karipap yang memang kesukaan aku tu jelah..
Dah belajar di tempat orang n dah kawin dengan orang luar (luar selangorlah) barulah tahu macam-macam kuih yang tak pernah aku jumpa sebelum ni. Tekak aku ni rasanya semua boleh terima main sumbat je asalkan kuih tu sedap.


Pulut Lepa(Kuih ni inti dia ikan tapi selalunya kita jumpa orang panggil pulut panggang) Sedap jugak..dan dalam gambar ni dibungkus special sikit.



Ini plak paung inti ikan..kelakarkan semuanya inti ikan..tapi sedap gak..


Kuih2 ni memang tak de jual kat sini..kat negeri pantai timur je ada so kalau korang gi jejalan kat sana cuba-cubalah cari yea...gerenti sedapnye...


Friday, November 5, 2010

Hari Minggu Kami...




Lega rasanya budak2 pompuan ni dah abis exam...so apa lagi sibuk nak jejalan ke Mid Valley. Pergi sana actually nak bawa Ira(cousin diaorang) n bolehlah dia pilih hadiah birthday sekali. Hari jumaat tu husband calllah mama dia nak inform yang kitaorang balik lambat tapi alih2 mama dia kata nak ikut jejalan so demi orang tua balik dulu ke gombak to pick up diorang.

Sampai Mid Valley dah kul 11 am..parking semuanya full, nak parking di the Gardens kesian pulak nak jalan jauh so adalah dalam 1 hour cari parking and we all dah give up rasanya cam nak gi tempat lain je..Alih2 and memang rezeki kot orang tu bukak another parking lot yang memang khas untuk orang yang keje kat situ.

Sambil pilih-pilih hadiah untuk the other 2 cousins, aku dah rasa nak pening and sakit pinggang padahal baru pi urut malam sebelum tu..rasa sangatlah perbezaannya...dulu jalan-jalan 1 haripun tak letih langsung.Ini jalan sikit je dah sakit-sakit(dlm hati cam nalah aku nak gi Haji nanti)

Pelik jugak yea punyalah ramai orang kat Mid Valley tu..kalau harap akulah gi sana bawak anak sorang-sorang tak mungkinlah kot...rela lagi duk umah rasanya.Masa aku naik lif adalah sorang budak around darjah 3 kot, sambil berbual dlm phone dengan mama dia..

Budak : "Mama...nanti kita tengok wayang cerita baru keluar ni yea"best tau!!

Dalam hati aku terdetik budak-budak sekarang..bebas untuk luahkan apa-apa kehendak pada ibubapa..teringat aku suatu ketika dulu, aku nak tengok wayangpun dibawa oleh kakak2 and abang..itupun emak dan abah aku tak tahu...tapi bila aku meningkat dewasa aku tidaklah memberontak untuk bebas dan aku tahu batas-batas pergaulan..

Ialah masa merubah segalanya dan aku takut sebenarnya untuk mengajar anak-anak terlalu mengikut arus kemodenan.Aku takut jika mereka tersalah  memilih jalan dan akan menyalahkan cara ibubapa  mendidik mereka. Entahlah..bukan senang sebenarnya untuk membesarkan anak-anak yang  merupakan saham akhirat kita disana nanti.Kita sebagai ibubapa yang patut memulakanya..
so itulah harapan aku dan husband sebenarnya..semoga kami tidak alpa dan terlalu mengikut arus kemodenan sehingga hilang nilai-nilai murni yang harus di terapkan kedalam diri anank-anak.Insyaallah...


Monday, October 18, 2010

First Achivement

Congratulation to Faiz Syahmi....
Alhamdulillah dah boleh baca buku Adam n Dina(Peter n Jane) book 1,2 and dah masuk iqrak 2. May he will be a good reader now and future. 

Sunday, October 17, 2010

Masih mencuba lagi....

Korang masih ingat tak lagi N3 aku dulu pasal diet2 ni...Rasanya macam dah frust je nak cuba produk-produk kurus ni tapi lepas raya ni kawan2 kat office semuanya sibuk berdiet.Ada yang nak diet tak makan nasilah, ada yang tak makan tengah hari n malam ,ada yang amik produk kurus dan macam-macam lagilah.

Bagus jugak tu,ada kawan untuk sama-sama kurus so semangat aku mula berkobar balik..he..he..
Mula-mula ingat tak nak amik nasi je..last2 rasa cam tak kurus gak so cubalah produk Dr.Nordin,RxLite. Ramai yang dah makan kata sedap. Bolehlah nak telan.

Apa lagi aku googlelah cari pasal RxLite dan jumpalah sorang minah ni yang jadi dealer kawasan subang bestari.Bagi alamat je terus deliver kat aku malam tu jugak.
Semangat tetap ada tapi bolehkah aku mengapai impian aku nak turun at least 8kg...berjaya ke tidak????
Entahlah..kita hanya merancang dan berusaha tapi semuanya Allah yang tentukan yea.

Kat bawah ni aku pastekan tip untuk berdiet dari RxLite.Untuk tatapan aku sebenarnya..

Cara Untuk Kurus Badan Yang Boleh Anda Pilih Ikut Kehendak Anda..

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun
tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi. (Petua Kurus Badan).


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam
perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. (Petua Kurus Badan).


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. (Petua Kurus Badan).


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk
kesihatan tubuh. (Petua Kurus Badan).

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. (Petua Kurus Badan).

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
cenderung untuk
gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. ( http://jomdiet.co.cc/ )
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. (Petua Kurus Badan).

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadamda. (Petua Kurus Badan).

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. (Petua Kurus Badan).

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. (Petua Kurus Badan).

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. (Petua Kurus Badan).

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. (Petua Kurus Badan).

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. (Petua Kurus Badan).

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. (Petua Kurus Badan).

17. SIMPAN SATU DIARI KURUS BADAN
Simpan satu diari makanan (kurus badan) boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika
makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang
lebih
sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan
rajin-rajinlah membuat catatan. (Petua Kurus Badan).


18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus badan kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak
masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.(Petua Kurus Badan).


Saturday, October 9, 2010

Raya-Raya di Umah Isal....

Dia orang ni aku tak jemputpun sure pasti datang...inilah dikatakan kawan sejati...insyaallah

Tukang amik gambo ni memang dah pro so macam2 gayalah kitaorang posing...

Ramai jugak yang datang adalah 6 keluarga..tapi disaat ini terasa sangat umah aku kecik...
tapi tak pa kalau ada rezeki dan panjang umur.. korang2 doakanlah umah aku jadi besar ataupun kalau tak dapat besar kat sini tapi besar disana nanti..insyaallah.

Apalah yang digelakkan tu...tak pe awet muda....

Ha..ha...sini jelah pot amik gambo...dan langsir aku memang bertuko tiap2 tahun..

Friday, September 24, 2010

Sahabat Lama..

Last jumpa rasanya di Gouman PD.Lama tu.. sampai Goumanpun dah tukar ke Thistle....
Kebetulan raya ni diorang balik Taman Melati so dekatlah dengan Taman Setia Gombak.

Dah besar dan bertambah ahli keluarga.Yang menariknya aku 3 girls 1 boy,Diaorang plak 3 boys,1 girl..
Bestnya nengok diorang ni ,dua2 doktor..macam berjaya je..

Thursday, September 23, 2010

DiPagi Syawal

Tahun ni pagi raya di rumah belah aku di Nilai.Memang meriah walaupun adik beradik cuma 4 orang dan inilah saat-saat kitaorang dapat berkumpul, kalau tak memang susah nak jumpa.Mak n Abahpun dah buat rumah baru so selesa sikit untuk semua anak-anak balik beraya..

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri

Alhamdulilllah syukur ke hadratnya sampai juga kita diakhir Ramadhan dan hari ni penentu sama ada esok raya atau tidak.Cuaca petang ni nampak hujan tapi mana tahu kuasa Allah tup-tup nampak anak bulan...
Dikesempatan ini aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin buat kawan-kawan yang sudi membaca blog aku ni.Semoga kita akan berjumpa di Ramadhan dan Syawal tahun depan.Amin...

Monday, September 6, 2010

Akhirnya...

Tercapai jugak impian warga kerja dioffice aku nak dapat bonus.Macam-macam cerita sebelum dapat bonus ni.Aku sendiripun tak faham kenapalah susah sangat nak bagi bonus padahal duit dah ada.Setiap kali nak run bonus mesti ada problem.

Problem kali ni tak settlepun tapi nasib baik melibatkan 3 orang je so end up dengan bayar manual untuk 3  orang ni tapi sempat jugaklah aku nengok GMHR marah-marah..ialah boslah katakan, nak marah dengan siapa lagi kalau bukan dengan anak buah.

Hari sabtu tu dengan tak tengokpun amount dlm bank tapi dalam otak ni macam-macam nak beli,Kebetulan ada sale crocs kat Ikano so apa lagi dapatlah budak2 dan bapaknya sekali kasut raya. Mehlah jamu mata nengok kasut anak-anak aku...





Mana kasut aku?? Husband aku dah belikan awal-awal lagi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails