Friday, August 23, 2013

Laksa johor

3rd time mencuba..resepi yg berbeza.Alhamdulillah tak sangka dapat serve tuk 60 org makan.Alang kakak kepada mil aku khabo "buleh doh bg ijazah..."

Resepi from yati:

Bahan2 A:1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)100gm udang basah (sukati le tak yah exact heheh)50gm udang kering - direndam sekejap (ni optional)20gm isi ikan kurau - dibakar sekejap ( ikan kurau kering pon ok.. takde pon takpe.. tapi kurang kick hehe) (blend semua ni, masuk air sket utk senang blend)
Bahan2 B - kisar:3 labu bawang besar15 tangkai cili kering (sukati kalu tak nak pedas, kurangkan)2 ibu jari halia2 ibu jari lengkuas2 ibu jari kunyit hidup4 ulas bawang putih3 batang serai - diketuk(bhn2 kat atas ni kisar)2 keping asam keping1 kotak santan pekat/ lebih1 paket kerisik (atau dlm 6/7 sudu besar)4 sudu besar serbuk ketumbar3 sudu besar serbuk jintan manis3 sudu besar serbuk jintan putihGaram dan gula secukup rasaBelacan

Bahan2 sampingan:2 biji limau kasturi belahtimun - di racik halustauge - buang ekorbawang besar - hiris bulatlada merah/lada hijau - dihirisDaun kesum / daun selasih / daun pudina - diracik halusLobak asin – potong kecik2sambal belacan

Cara-cara:Masak spaghetti seperti biasa angkat dan toskan. Rebus ikan kembong, udang basah dan toskan jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah.buangkan tulang ikan (kalu rajin, mesin tulang ikan, lepas tu tapis..)mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan, panaskan minyak di dalam kuali,masukkan serai dan bahan2 B (kisar) yang telah dikisar sehingga wangi ,bila garing, masukkan serbuk jintan2 & ketumbar dan kacau sebentarkemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisarkacau rata masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan  (adjust le kuah, kalu pekat..)kacau sebati,akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula merah dan garam secukupnya,kacaukan agar semua bahan sebati.Renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge.cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, daun kesum, lobak asin, daun selasih, limau, kuah dan sambal belacan

Tuesday, August 20, 2013

Gold Coast Morib

Morib..memang mengimbau saat2 bercuti bersama keluarga dulu2.Antara tempat2 yang Abah pernah bawak kami sekeluarga bercuti..bercuti dengan kata lain jalan2 aje bukannya stay di hotel.Itu sudah cukup bagi aku walaupun tanpa gambar2 tp memory tetap terpahat diingatan.Aku cuba recall pantai2 diMorib tapi suasana memang berbeza.Seingat aku,aku dapat tangkap banyak ketam.

Sempena cuti raya yang agak panjang kami sekeluarga terjah morib..stay di Gold Coast Morib.Ramai yg confius antara gold coast morib Sepang.Sebenarnya Gold Coast Morib taklah semahal gold cost sepang tu.Pantai morib ni memang tak boleh mandi manda cuma setakat jalan2 sahajalah.Review tentang Gold Coast Morib plak..bagi kami taklah best sangat coz water park kecik je so tak puas sangat budak2 nak main2.Setiap hotel ada ditempatkan jacuzzi so bila dah boring2 mandi bolehlah manja2kan badan di jacuzzi plak.
Keseluruhan cost nak pi sini selain duit hotel,bayaran ke water park kanak2 ialah rm20 dan dewasa rm 35.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails