Monday, December 17, 2012

Baking Class di Aniss Baking Deco Centre

Seorang kawan aku yang bergelar pensyarah telah membuka kelas bakingnya sendiri.Selama ini, dia banyak menerima tempahan kek dan membuat kelas baking di rumah sendiri.So kami kawan2 sepakat untuk ke Melaka sempena cuti sekolah sambil bawak keluarga bercuti.

Seronok belajar buat kek ni tambah-tambah lagi dapat cikgu yang best cam kawan aku ni.Korang tahu sebenarnya bukan mudah buat kek ni..tak semua yang dirancang akan menjadi.Ada jugak bancuhan-bancuhan yang terpaksa di buang,misalnya terover mix ke or terlambat mix ke..dan ianya perlu kesabaran yang tinggi.

Sepanjang kelas tu kami sempat siapkan kek Russian,Kek indulgence,Pandan Layer,Pavlova dan kek fondant.Start pukul 10 pagi sampailah ke 7 malam...huuhhh memang penat tapi bebayar penat kita tu bila nengok hasil-hasilnya...


Sunday, December 16, 2012

Sabah Negeri di Bawah Bayu

Sabah dan Sarawak antara negeri2 di Malaysia yang masih aku belum lawati. Masih tak lengkap lagikan jadi rakyat Malaysia. Haa...itulah sebabnya aku teringin sangat untuk selesaikan misi terjah negeri2 ni. Memula tu terjah Sabah dululah dan insyaAllah kalau ada rezeki ke Sarawak pulak.

Dari tahun lepas sebenarnya dah nak booking ticket flight tapi aku hanya dapat harga untuk enam orang sejumlah 3 K. Heemm agak mahal jugakkan dan kalau pergi sekeluarga macam tak best sikit so kakak akupun suggest  booking waktu murah dan dia sekeluargapun nak pergi sama. Menarik jugak tu coz family kakak aku dah beberapa kali bercuti ke Negeri di bawah bayu ni so senanglah untuk pergi ke tempat2 yang menarik.

Sampai bandar KK terus amik Van yang kami telah tempah awal2 dan perjalanan terus ke Kundasang. Agak jauh jugak perjalanan ke sana kira-kira dalam 2 jam.Sepanjang perjalanan tu hujan pulak dan kabus begitu tebal sampai jarak penglihatan hanya beberapa meter. Akhirnya terjumpa jugak tanda arah ke Celyn Resort ni tapi memang tak disangka2 kami perlu melalui perkampungan orang asli Sabah dan perlu mendaki cerun yang agak tinggi .

Keesokkan harinya barulah kami pergi ke Poring Spring,Canopy Walk, Kinabalu Park dan Dairy farms.Setiap tempat2 ni kena beli ticket tapi activiti yang berbeza. Kalau korang ke sini mesti kena cuba canopy walk.Satu pengalaman yang mungkin susah aku nak lupakan,memang best.Budak-budak memang tak takut langsung, sebaliknya aku plak rasa macam nak merangkak aje.Semasa kami di perhentian Timpohon iaitu perhentian pertama sebelum para pendaki mendaki, puncak gunung Kinabalu langsung tidak kelihatan.Agak frust jugaklah tapi rezeki kami agaknya bila balik ke resort tersergam indah Gunung Kinabalu dari resort kami.Subhanallah memang cantik gunung Kinabalu dan permandangan di Kundasang dan Ranau.
Sayangnya kami tak dapat melihat Bunga Refflesia sebab bukan musim katanya.

Hari ketiga kami check out resort dan turun ke  Marina Court Condo di bandar KK. Sepanjang perjalanan ke KK mata aku tak lepas2 melihat puncak gunung Kinabalu sehingga hilang dari pandangan.Kami sempat jugak singgah di Jambatan Tamparuli dan Rumah terbalik.

Petang kami habiskan masa berjalan-jalan di Pasar filipina dan makan-makan di Water front. Memang menarik dan seafoodnya agak murah coz kami order ketam, udang, ikan jenahak,ikan kerapu,tomyam, sayur  dan minuman untuk  11 orang hanya 200 hinggit sahaja.

Keesokkan harinya pula aktiviti ke pulau.Banyak pulau-pulau yang menarik kat Sabah ni seperti Pulau Gaya,Sapi,Sulug,Manukan dan Mamutik.Hanya pulau Manukan dan Gaya terdapat hotel penginapan. Kami hanya ke pulau Manukan coz pulau ni yang terdekat dan mengambil masa selama 20 minit menaiki bot ke sana.Sekali lagi memang cantik kerana terdapat ikan-ikan di persisiran pantai.

Alhamdulillah percutian kami tahun ni yang paling best..Gunung..Laut..pulau dan bandar kami terjah sekali gus.5 hari 4 malam dan aku rasa keindahan alam inilah membuatkan aku sentiasa memuji kebesaran mu ya Allah.


Masing- Masing dah tak sabar naik flight..Flight cantik plak ada gambar kartun....

Inilah Celyn Resort Kundasang


Poring Spring dan Canopy Walk


Gunung Kinabalu

Dairy Farms

Jambatan Tamparuli

Jesselton Point

Pulau Manukan

Manukan Beach

Marina Court Condo,Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Saturday, December 8, 2012

Bayou Lagoon Resort Melaka

Sebuah hotel yang agak baru di Melaka yang berkonsepkan theme park tapi taklah sehebat Sunway Lagoon..Lost World Tambun atau seangkatan dengannya.Mungkin akan datang agaknya memandangkan masih terdapat kawasan-kawasan baru yang masih dalam pembangunan.
Bagi aku ianya paling sesuai bagi keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil.Kami dan bersama 5 keluarga yang lain telah menempah melalui Groupan.2 room apartment yang harga asalnya RM430 menjadi 248 + 50 surcharge pada cuti sekolah dan bagi  studio room boleh dapat serendah 150.Ok jugakkan harganya.














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails