Rata-rata ibu bapa hari ni mengalami kesukaran dengan anak-anak yang tak hendak langsung makan sayur. Dia orang ni sanggup keluarkan apa yang dimakan kalau terasa sayur...ada tu bila nak suap je.. mata dah ternampak sayur. Eee.. susah betullah budak-budak sekarang, banyak memilih makanan..kalau yang dipilih berkhasiat tak apalah, ini yang tak berkhasiat tulah yang dipilih.
Anak-anak aku semuanya tergolong dalam yang tak makan sayur cuma carrot, kentang dan kobis je yang ditelan selain tu jangan haraplah..tapi bukan anak-anak je..bapak diorangpun susah nak telan sayur so rasa memang macam kekurangan zat jugaklah keluarga aku nikan..Itu yang banyak supplement kena sediakan untuk budak2 ni.Ialah takut gak kurang ni kurang tu..pelbagai penyakit plak singgah.
Selain sayur-sayuran dan buah-buahan, susu juga mainkan peranan.Itu yang kerajaan bagi subsidi susu tanpa mengira pangkat dan kedudukan sekarang ni. Kalau tak silap aku dulu susu coklat kat sekolah tu diberi pada yang budak-budak tertentu aje..dan aku waktu tu boleh gak menikmati susu coklat dengan harga 40 sen.Kira murahlah tukan..
Panduan pemakanan sihat untuk keluarga:
1. Pastikan setiap ahli keluarga minum susu dan menyediakan susu sebagai menu makanan harian. Apabila anak-anak melihat, dia tidak mahu ketinggalan kerana semua orang berbuat demikian.
2. Benarkan anak memilih perisa susu yang mereka gemari. Mungkin anak anda lebih gemar minum susu berperisa berbanding susu biasa yang anda sediakan.
3. Hidangkan susu kotak secara sejuk dan susu tepung secara suam.
4. Sebelum minum susu ceritakan khasiat susu kepada anak. Dengan mengetahui kebaikannya, dia tentu lebih gemar minum susu.
5. Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menjadikannya lebih lazat.Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan untuk menghasilkan minuman dadih berkhasiat atau dimakan sebagai sarapan bersama bijirin.
6. Pantau pemakanan anak-anak, jangan biarkan anak anda mengambil makanan ringan dan makanan segera terlalu banyak sehingga dia mengabaikan pengambilan susu.
7. Ajar anak mengenai makanan yang patut dibeli di sekolah. Ini menjadikan mereka supaya tidak terikut dengan tabiat pemakanan kawan.
8. Sediakan bekalan berkhasiat kepada anak setiap hari ke sekolah.
9. Ibu harus tahu mengenai piramid makanan seimbang dan menyediakan makanan yang pelbagai dalam kuantiti sederhana dan paling penting seimbang.
10. Biasakan untuk menikmati hidangan makan malam bersama. Ini kerana apabila makan bersama, ia menyebabkan anak-anak akan turut makan dengan penuh selera.
11. Sediakan makanan dengan penuh kasih sayang serta sentiasa berdoa agar anak akan mendapat khasiat daripada makanan yang anda sediakan.
Source : Harian Metro
Ini Piramid Makanan seimbang...
No comments:
Post a Comment