Tuesday, December 20, 2011

Basikal Baru

Sebut pasal basikal teringat aku kisah dulu.Masa tu kakak aku dapat keputusan SRP cemerlang so Abah aku tanyalah dia nak adiah apa.Belum sempat je kakak aku jawap, aku yang cakap "Nak basikal choper".Yang istimewa kakak aku yang kedua ni dia jenis diam n tak kisah..so..apa yang aku mintak tu tertunailah.Bestkan...

Sekarang masa dah berubah dan anak-anak aku memang beruntung,cakap je boleh pilih basikal apa nak.Bertuahkan...

Masa suruh Faiz pilih basikal,terkejutnya nengok harga basikal kesukaan aku dulu BMX. Hampir RM600.Kalau dulu tak silap aku dalam 250 je.La ni Basikal budak2 bawah 5 tahun yang RM250.Sungguh berbeza...




Wednesday, December 14, 2011

Mendermalah selagi Mampu

Kempen Derma Darah datang lagi kat opis aku ni.Last time aku derma darah 6 tahun lepas, masa tu tak tahupun tengah mengandung anak ke-3.Lepas je derma darah, aku rasa pening dan nak pitam. Adalah 2 tiga ari, baru hilang.Period pun dah sebulan tak datang so ghupa2nya mengandung....

Semuanya ada hikmahkan, kita je tak tahu dan aku dikurniakan seorang hero..Semoga keberanian aku masa tu akan diwarisi oleh sang hero ni. Insyaallah..

Masa dicucuk tadi, kawan aku kata darah aku laju je.Nurse tu cakap pembuluh darah kita ni umpama longkang.Kalau besar longkang, lajulah dan aku pikir kalau besar dan tak tersumbat longkang baru lajukan...

Selain derma darah, ada gak pemeriksaan tulang.Alhamdulillah kandungan tulang aku sangat baik.Padahal lately selalu sakit-sakit badan.Aku pernah check di Homeopathy dan aku di kategori kekurangan iron.

Sebenarnya banyak yang dirisaukan bila umur dan nak bertukar angka ni.Apa-apapun aku sedar kita tak boleh lawan hukum alam dan ketentuannya. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita perlu sayang kat diri kitakan.





Tuesday, December 13, 2011

Urus Wang Ringgit Anda

Date
:
13 December 2011 (Tuesday)
Time
:
8.30am – 1.00pm
Venue
:
Room 9, 2nd Floor


Shah Alam Convention Centre (SACC)


No. 4, Jalan Perbadanan 14/9


40000 Shah Alam


Selangor Darul Ehsan
Speaker             
:
Puan Nur Azrienna binti Hussain


Credit Counselling and Debt Management Agency


Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)


Inilah julung-julung kalinya company aku ni ada talks macam ni.Memang bagus jugak untuk orang-orang yang baru mula menempuh alam pekerjaan.Orang macam aku ni bagus gak dengar walaupun rasa macam dah terlambat dan bagi-bagi mereka yang dah rasa terbankrap rupa2nya boleh pergi ke AKPK ni.Kat sinilah nanti dia advise dan dia akan tolong juga untuk ringankan beban dengan pelbagai cara.Kalau ada masa tu boleh datang ke Maju Junction untuk dengar talks setiap hari Sabtu 9.50am- 1.30am.



Monday, December 5, 2011

MBO Subang Parade

Anak-anak sibuk tak nak balik, nak bercuti lagi..plan-plan asal dari Melaka nak ke PD..tapi aku tak booking awal2.Silap besarlah rupanya hotel mostly fully booked so plan bertukar dia orang nak nengok movie.Aku sebenarnya kurang suka bawak anak2 masuk pannggung sangat tapi ialah majoriti nak sangat so ikut ajelah.
"Misteri Jalan Pulang". Dekat je kat MBO Subang Parade.



Tak menarik sangatlah cerita ni cuma rasa kelakar gaklah macam cerita ultraman boleh terbang-terbang dan penggunaan teknik CGI. Bagi aku teknik2 baru bagi filem-filem Melayu dan diselit-selitkan unsur2 kampung dan alam budian yang kebanyakkan budak2 sekarang tak tahupun alam budian tu ujud.

Sunday, December 4, 2011

Melaka Hebat...

Memang seronoklah cuti ke Melaka kali ni.Anak-anak dah besar dan memang berbaloi kalau bawak diorang ke negeri yang kaya dengan kisah-kisah sejarah.Ini pengalaman akulah, masa anak-anak kecik dulu dan tak tahu membaca,dia orang tak hargai sangat kalau pergi tempat-tempat macam ni.

Kami stay di Equatorial Hotel 4 hari 3 malam dan kebetulan pula ada kawan husband masa belajar di East London bekerja disana, dan yang paling menariknya pula rupa2nya kawan aku sama2 belajar di MRSM Jasin.Kecikkan dunia...

Banyak tempat-tempat menarik kerajaan Melaka bina kalau nak dibandingkan zaman masa aku sekolah-sekolah dulu.Misalnyakan seingat aku Sungai Melaka ni aku tak jelingpun kerana tak menarik lasunglah..tapi la ni sungguh cantik terutamanya kalau  naik cruise waktu malam. Banyak lukisan-lukisan tentang sejarah dilukis dibangunan-bangunan lama dan aku suka sangat nengok perkampung Melayu "Kampung Morten".Korang tahu, semua rumah di Melaka ada lima anak tangga..dan yang paling best semua perbelajaan rumah2 dia orang ni di tanggung oleh kerajaan negeri. Mengikut kata pemandu cruise tu tak lama lagi nanti ada Kapal selam pulak.Memang Hebatkan Negeri Melaka.

Tempat- Tempat yang menarik dan bersejarah semuanya berhampiran dengan Equatorial ni,Dataran Pahlawan, Afamosa, Taming Sari, dan kalau nak relaks lagi naik beca je tapikan kesian gak kat pak cik2 yang bawak beca tu kalau naik bukit terpaksa turun untuk seret beca.

 Equatorial Hotel

 Taming Sari

 Museum Kapal

 Beca,Afamosa n Makam Hang Jebat

 Sekitar Tempat bersejarah (Belakang Kapal Terbang tu Pokok Melaka)

 Indori n Umbai ikan Bakar

Melaka Cruise


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails