Cuti sekolah akhir tahun ni sebenarnya dah plan nak pi pulau besar Melaka tup-tup plan bertukar ke Bukit Merah. Sepanjang perjalanan ke Bukit Merah, punyalah banyak kereta. Agaknya masing2 sibuk nak bercuti ataupun bawak anak-anak balik kampung.
Sampai bukit merah around 3.30pm, jauhlah pulak rasanya..tapi nak check in hotel je beratur panjang. Aku rasa kalau nak datang sini kena waktu cuti sekolah kot..kalau waktu2 biasa sure takut sikit. Banyak apartment yang kosong sehingga sewa homestay serendah $66.
Petang tu sempat jalan2 dikawasan sekitarnya dan beli tiket untuk keesokkannya.Gupanya dah naik harga, tak sama seperti harga dinternet.Semua aktiviti perlu dibayar..so kalau nak datang sini sediakan duit jelah. Malam ada aktiviti dance, fire show dan night safari.
Pagi Ahad, lepas b/fast di warong luar terus gi ke jeti untuk ke Orang utan Island.Seronok gak budak2..terutamanya Farzeen,tak takut langsung naik boat.Sampai kul 3.00pm kitaorang spend masa kat situ.
Petang plak terus ke penang.Kebetulan ada kawan lama husband menetap di Sungai Dua.Singgah sekejap rumah diorang dan malam tu sempat merasa mee udang sg.dua. Bolehlah..cuma udang dia je special boleh pilih2, nak yg besaq ke atau yang kecik.Tq Zaidi n Azizah sekeluarga.
Pagi isnin tu budak2 sibuk dengan aktiviti berendam lagi.Kebetulan kat apartment tu ada kolam yang besar..so mukapun berkilat..
Sampai umah dlm kul 3pm...
No comments:
Post a Comment