Saturday, August 27, 2011

Berbuka di Grand Dorsett Subang



Just buat surprise kat anak-anak,so bawak diaorang berbuka di hotel.Punyalah suka masing2.Yang kelakar tu si Farzeen siap nangis-nangis nak mandi kolam.

Memang berbaloilah buka puasa kat sini.Macam-macam ada, rasa semua nak makan tapi yang paling best nasi beriani dia.Dulu-dulu nasi beriani ni terkenal ngan nama nasi beriani Shereton tapi mungkin tukang masak still maintain lagi kot.

Mantan menteri besar selangorpun ada.Memang ramai berbuka puasa kat sini mungkin diakhir2 ramadhan ramai yang malas masak dan dan bosan pergi pasar Ramadhan agaknya.

Thursday, August 18, 2011

Tragedi Berbuka Puasa

Sadis sungguhlah cite aku kali ni...huh..huh..Kisah berbuka puasa. Ada sorang kawan opis aku ni punyalah informed kat satu dept ada vendor nak belanja buka puasa kat KLGCC 18/8 .Siapa tak nakkan sekali sekala buka posa ngan kekawan opis best gak.Sampailah tarikh yang ditunggu2pun tiba semua dah plan nak pergi cuma ada 2 orang tak dapat pi.Sorang demam n sorang memang buka puasa ngan family aje agaknya.

Kita orang gilah 2 keta.Punyalah semangat menunggu waktu berbuka ni..Last2 aku cakaplah jomlah kita masuk register masa tu dah 6.45pm. Alih-alih terkejut gak nama vendor tu tak adapun dlm senarai.Adoi cam na ni??Member aku yang deal ngan vendor nipun tak ada no hp orang tu.Waktu dah kul 7pm masa tu.Kawan aku yang lagi sorang bagi idea suh dia check email.Nasib baiklah email dia tak save kat pc, save dlm server.So mintak jasa baik orang hotel tu untuk guna internet.

Tup2 ghupanya kawan aku kata 16/8 bukannya 18/8.Punyalah malu masa tu..dan dalam otak ni pk nak gi buka posa kat manalah..

Akhirnya kitaorang gi kedai mamak Ali Maju,tempat2 lain cam dah penuh aje.Nasib baik sempat.Aku malas dah nak layan kawan aku ni.Dia adalah buat lawak2 bodoh.

Lepas makan aku tinggalkan je kawan aku ni dgn bini dia..Sebenarnya bengang tapi tak sampai ati nak kutuk dia lebih2 maklumlah bini dia ada dan rasa hormat tu still ada.  
Kalau akulah jadi kawan aku ni, sure rasa bersalah sangat-sangat tapi aku nengok dia cam biasa je...lepas tu tak ada keluarpun sepatah dari mulut dia nak belanja ke....Itulah....manusia macam-macam perangaikan..

Tak ade rezeki makan kat sini...
Rezeki di sini akhirnya..Licin gaklah mee goreng mamak tu...


Wednesday, August 17, 2011

Kuih Raya 2011

Tahun ni kemalasan melanda..nak buat kuih rayapun malas.Fatin dah sibuk bising..Ummi ni dahlah tak beli kuih raya..buat kuih rayapun malas.Hai...inilah ada anak2 dara yang tengah membesar.Kesian kat diorang dapat Ummi kategori pemalas gak .

Sempena cuti nuzul quran, aku gagahkanlah buat kuih raya yang paling mudahlah konon-kononnya. Resepi special dari adik Atiqah. Nampak senang tapi susah gaklah Tiqah bagi orang yang tak pandai masak macam k.sal ni.

 Inilah pembantu tetap aku tiap2 tahun

Conflake coklat
Bahan2:Conflake,Badam,Coklat masakan,mentega
Cara2:Ramaskan conflake,masakkan coklat+mentega(double boil),sangaikan badam
Lepas tu gaul kesemua bahan dengan cepat dan masukkan dlm paper cup n bakar selama 10 minit.


Sunday, August 7, 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
http://2.bp.blogspot.com/_fnEVZDW63m4/TSLZEmY8ftI/AAAAAAAAGsU/JkuvOQKAcLY/s320/al-quran-al-kahfi.jpg

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Thursday, August 4, 2011

Menu Permulaan Berbuka puasa

Saje je nak tunjuk juadah kami 2 hari berbuka puasa.Kami sekeluarga memang wajib buka dengan nasi so memang lauk pauk jelah yang boleh di tayang...

Hari pertama:Masak Lemak Ketam,sambal bilis,Pujuk paku goreng,goreng ikan,
Kuih: Samosa,tepung pelita n karipap
Air:Teh Mangga

Hari Kedua: Sambal Udang n terung,Ayam percik n sayur kailan
Kuih:Kuih Bakar,Mee goreng,Popiah basah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails