Sunday, June 26, 2011

New House



House warming kat rumah Afdal n Ain di Platinum kondo Danau Kota. Cuma keluarga kedua-dua pihak sahaja.Sembahyang jemaah and disusuli pula bacaan surah albaqarah.
Alhamdulillah...Emm cantik rumah semuanya putih tapi hati2 dua tiga bulan lagi lihatlah hasilnya.....

Friday, June 17, 2011

Cara mudah Menderma


Baru-baru ni dapat email dari Islamic Relief Malaysia.Dah lama rasa tak log on kesini so kepada sesiapa yang nak menderma cara mudah dan selamat, inilah tempatnya.Mudah sahaja.

"Ramadhan kembali lagi… dan tahun ini Islamic Relief Malaysia kembali melaksanakan Program Bantuan Ramadhan atau Ramadhan Relief Show Your Care 2011 (sebelum ini dikenali dengan Ramadhan Feed The Fasting).
Hanya dengan RM50, anda telah  melengkapkan makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga terdiri daripada 4 ahli. Pek makanan tersebut mengandungi beras, gula, garam, susu, tepung, minyak, sardine, teh, makanan bertin dan kurma ini diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.
Pada tahun 2010, Islamic Relief Malaysia telah mengagihkan pek bantuan makanan kepada 5,610 buah keluarga. Bagi tahun 2011 pula, Islamic Relief Malaysia mensasarkan untuk mengagihkan bantuan kepada lebih 6,000 keluarga di seluruh Malaysia.
Melalui Ramadhan Relief Show Your Care, keprihatinan anda akan melengkapkan Ramadhan mereka".  

http://www.irm.org.my/portal/ramadhan-relief-show-your-care-2011-programme

Thursday, June 16, 2011

Mak Teh dalam Kenangan

16.06.2011 Pukul 5.00 am kami mendapat perkabaran Mak Teh dah pergi mengadap yang Esa.Terkejut gak tapi ialah bila dah sampai waktunya tak tunggupun kita dimanapun berada, walau sesaatpun.

Asalnya Mak Teh sakit cirit birit pagi tu dan dia sempat ke bilik air untuk membersihkan diri sementara Kak Mek(anak Mak Teh) siap2 bersihkan najis yg tercicir.Habis bersihkan lantai, k.mek masuk ke bilik air dan tengok mak teh tengah duduk di toilet bowl, tapi bila k.mek nak papah maknya seolah2 mak teh dah tak ada lagi....

Jenazah Mak Teh di mandikan dan disembahyangkan di masjid Sungai Besi.Ilmu yang aku pelajari masa kursus menguruskan jenazah di uji pada masa giliran arwah Mak Teh.Aku bersama-sama Ustazah dan beberapa orang masjid menyiapkan keperluan jenazah, memandikan dan mensolatkan Mak Teh buat kali terakhir..

Alhamdulillah jenazah Mak Teh selamat dikebumikan dalam pukul 12 tengah hari dan antara kata2 Mak Teh yang akan aku kenang sampai akhir hayat ...

Aku : Mak Teh sihat???
Arwah: Aggoh kuak ni....

Alfatihah buat Mak Teh (Kakak kepada Bapak Mertua aku)


Monday, June 13, 2011

Bercuti ke Pulau Mahsuri

Alhamdulillah sampai juga kami sekeluarga sekali lagi ke pulau Mahsuri ni..Walaupun pelbagai rintangan jugaklah yang dihadapi untuk percutian kali ni.Pertama husband outstation tapi sib baik bila minta kebenaran Boss, dapat balik awal sikit 1 day before berlepas ke Langkawi.

Satu masalah selesai and tup2 aku pula diuji dengan company umumkan semua cuti kena freeze.Alamak susahnya nak plan gi jejauh ni tapi Allah maha kuasa kalau dengan izinnya insyaallah semuanya akan berjalan lancar, doa aku dimakbulkan...



Kali ni kami memang santai-santai je.Banyak masa dihabiskan mandi laut,mandi kolam, makan-makan and shopping sikit je...sampai masa nak balik tu semua tak mahu balik.Tenang je duk kat sana.Agak2nya bilelah aku dapat santai-santai cam ni tanpa gi kerja  tapi dapat jalan2, shopping2 and lepaq2 sama keluarga....Ehmmm. bestkan??..Bilalah...?? Ok selamat tinggal langkawi..insyaallah kami datang lagi bila faiz n farzeen dah besar sikit so bolehlah naik kapal round2 pulau plak...

From US with Love..


18 hari husband outstation, rasa lama gak coz kena handle sorang2 terutamanya gi pasar..ialah selalunya berdua..ini rasa kekok plak.

Alhamdulillah akhirnya penantian terubat,husband selamat balik.."Home sweet home katanya" Ialah duk negara orang tak sama ngan negara sendiri terutamanya makananlah...Balik-balik je semuanya nak ditelan..rindu ngan nasi lemak,roti canai,nasi kerabulah dan macam2 lagi..Eloknya orang cam aku yang gi sana boleh kuruskan badan sikit.he..he..

Yang paling best kali ni husband aku kumpulkan semua anniversary and bitrhday gift sekali....from US with Love.Tq Yang..kalau pergi lagi jangan lupa beli lagi yea...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails