Wednesday, May 25, 2011

Sayang Abah....

Pagi semalam, semasa perjalanan ke office, teringat 25.5...tarikh birthday seseorang...Birthday Abah rupanya.Siap cakap kat driver aku semalam "hari ni birthday abah akulah" yang aku ingat sangat birthday dia coz senang je 25.5.1935.Banyak angka 5 dan kebetulan pulak umur abah aku sama ngan umur emak si driver ni..(Dah melebihi angka bonuskan orang tua kita).

Sampai je office akupun telefon umah orang tua aku tapi emak yang angkat.Aku punyalah nak beritahu emak yang hari ni hari jadi abah..Mak aku nipun tak ingat, dia pilah tanya abah..

Emak: "isal kata, hari ni harijadi awak"
Abah : "Taklah esok 26"

La..selama ni aku salahlah..Setelah 38 tahun.Teruk sungguh aku nikan................
Tapi apa-apapun Abahlah orang yang paling aku sayang kat dunia ni..coz Abah tak pernah pukul, jentik dan marah kat akupun...Korang percaya tak? Itulah Abah aku yang sebenarnya.

(Gambar ni Farzeen yg snapkan masa atuk dia datang umah...Sekarang ni bila nengok Ustaz yg ajar aku ngaji kat office teringat abah....)

Monday, May 16, 2011

Sepetang di Secret Recipe Subang Perdana

Kalau dulu nak cari kek Secret Recipe punyalah susah. Paling dekatpun kat Giant sek.13 Shah Alam.Ada sekali tu sampai kek coklat indulgence kitaorang penyetlah...

Itu dulu sekarang ni tak susahlah coz dah ada yang paling dekat ngan rumah.Cawangan baru buka di Subang Perdana.
Lepas siKakak habis tuition petang ahad lepas, kitaorang gi minum-minum and makan kek kat sana....


Sunday, May 8, 2011

Pengertian Hari Ibu....

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayak...an pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.   Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.   Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.   Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.   Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.   Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.  
Sumber
Lately kat Malaysia semuanya meraikan hari ibu...bagi aku pulak apa-apapun bergantung pada niat kita.Biarlah hari-hari tersemat dalam hati kita adalah hari ibu.
                                   Kebetulan jalan2 di SCC mall ada org bagi bunga....(mother's day katanya)





Bawa anak-anak lunch..yang belakang farah tu, Family husband Melisa Saila.Mungkin menyambut hari ibu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails