Sunday, April 20, 2014

Ummi...Hari ni Birthday Faiz lah...

Sekali lagi aku diuji..
Diuji dengan kelupaan dengan birthday anak2.Mungkin bagi aku kecil je tapi besar maknanya bagi anak2.Sorry Faiz ..and terima kasih farah kerana ingatkan tarikh 20 April.
InsyaAllah semua mendoakan Faiz berjaya didunia dan akhirat..

Friday, April 18, 2014

Best Western prima inland resort

Wow..panjang nyer nama resort ni..actually dulu2 dikenali sebagai Tiara Beach Resort.Cuti sekolah bulan 3 baru2 ni kami sempat bawak budak2 ke PD..percutian kami yg terdekat.Tahun ni banyak sangat dugaan melanda dengan pak mertua sakit so hati memang tak tenang untuk bercuti jauh2.Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.

Thursday, April 10, 2014

Birthday Kakak 7 April

Kakak: Ummi ingat tak hari ni??
Ummi: Hari ni? Kenapa?
Kakak: Birthday kakaklah...
Ummi : Happy birthday kakak...

Bila kita di kejauhan memang merindui sangat ucapan2 dari yang tersayangkan..
sorry kakak...ummi pepagi memang kalut nak pi kerja dan siapkan adik2 kebetulan hari isnin pulak tu...
Apa2pun ummi doakan anak ummi berjaya didunia dan akhirat..luv n miss u....

Saturday, February 22, 2014

Sweet 6 years

Happy birthday our sweet heart...

Wednesday, February 19, 2014

Roti..Roti

Sebenarnya malu nak post percubaan pertama setelah amik kelas buat roti.Inipun atas permintaan sifarah..mungkin boring asyik belajar aje dan weekend tu kami tak kemana cuma sempat ziarah pil di ijn.

Seronok depa2 ni membentuk roti sehinggakan ada yg nak bukak kedai bakerylah dan yg bujang plak tetiba bercita2 jadi chef.

Apa2pun practice make perfect..pokok pangkal kena rajin.

Tuesday, February 18, 2014

Jalan2 Kota Bahru

Kami stay di holiday villa.Kecik je hotelnya tapi mudah untuk memborong diwakaf che yeh.Tempat makan pun dekat.

Tempat makan banyak yg glamer di KB ni tp jangan terkejut, tempat mkn dia biasa2 je bukannya restauran mewah:
Breakfast best kat kedai kopi din tokyo or kedai kopi white house.
Ada Pizzeria Traudi, restoran itali halal. Owner org perancis muslim. 
Kat KB wajib pergi restoran Yati ayam percik, By-T laksam, n restoran Zakini nasi kukus.
Jika nak mkn thai food bolehlah singgah di Sri Chengmai,
Kalau nak makan ikan bakar pula di KST ikan bakar dan makan lunch di Kraftangan.
Haa..sebenarnya bila berjalan ni dlm otak ingat makan je..

OKlah kami sempat ke pengkalan kubor..cuma beli toto, coklat..kacang2 n beg2 palsu tuk budak2..
Pagi terjah ke pasar siti Khadijah dapatlah belikan beras kiriman mil.Itu jelah..sebenarnya ini lawatan kedua kami disini..dulu2 masa fatin n farah kecik lagi dan diaorang dah tak ingatpun pernah jejak kaki ke sini.

Thursday, January 23, 2014

Wednesday, January 15, 2014

Roti jala Kuah Durian

Masa balik nilai hari tu mak aku bagi durian.Dia kata durian dari kebun arwah atok aku.Mak n abah batuk so tak ada org nak makan.Tetiba terpklah pulak roti jala n kuah durian so sempena cuti maulidur rasul, aku gagahkan juga menjala ni dengan dibantu oleh mek farah n mek ajeen..
Resepi senang je 2 cwn tepung..2 cwn santan,1/2 air,2 biji telor dan sedikit pewarna kuning..lepas tu blend...inilah hasilnya..sorry yea jala aku x cantikk....

Monday, January 6, 2014

Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu

Hotel Tabung Haji berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu.Sebenarnya hotel ini didirikan untuk kemudahan jemaah haji dari pantai timur so mereka tak perlu untuk datang ke kl kerana penerbangan akan terus dari Terengganu.Agak besar juga hotel ni dan yang menarik kolam renang dia ala2 mini team park. Kami sempat bermalam di sini sebelum hantar kakak balik ke asrama dan sempat juga jalan2 makan ict(ikan celup tepung) di teluk ketapang.

Thursday, January 2, 2014

School holiday Dec 2013

Hanya di KL..kami habiskan masa bersama..ummi off masak..pepagi dah keluar.Penat memanglah penat tp tiada saat yg paling indah selain bersama keluarga tercinta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails