Sunday, June 10, 2007

Weekend 9/10 june

Hari Jumaat lepas Fatin and Farah tidur rumah ngah dia di Usj.Dia orang punyalah excited nak tidur sana dari minggu lepas lagi. Bila tengok keletah diaorang teringat masa aku kecik-kecik dulu kalau cuti sekolah aku dan cousin aku sibuk nak balik kampung atau pergi rumah mak teh aku kat Subang airport. Masa tu rasa macam best sangat gi subang airport tu..La ni plak aku yang duduk berhampiran subang tapi suasananya taklah semenarik dulu.Dulu mak Teh aku selalu bawak kitaorang tengok kapal terbang naik dan turun.Ada sekali tu mak teh aku baru je dapat lesen kereta dan baru beli kereta toyota,tak ingatlah toyota apa tapi rupa dia aku ingatlah..Dia terpaksa gagahkan jugaklah hantar aku balik rumah.Masa tu rumah aku kat Taman Dato'Harun Pj.Hai...kenagan lama....
Masa diaorang tak ada rasa sunyi sangat rumah.Faizpun macam rasa kehilangan kakak-kakak dia.Baru aku tahu macam nilah rasanya kalau anak tak ramai.Ini aku baru dikurniakan 3 orang ajepun kekadang merungut penat padahal dah banyak kesenangan Allah bagi ,dengan ada pembantu lagi sejak anak sorang so ini semua nikmat Allah yang patut aku syukuri..Ada orang lain lagi susah .
Pagi sabtu tu lepas breakfast,husband aku ajak pergi Sogo cari perfume aku katanya..Sampai sana tak lah ramai sangat orang, Tengok baju budak punyalah banyak rasa geram je nak beli..Husband aku nak cepat takut notebook dia ada dlam kereta so dia belikan mak dia ,aku dan ibu yah handbag dan ayah dia baju.Turun bawah baru beli perfume Ester lauder pleasure(exotic) wangi jugak aroung $300.Mahalnya..tapi tak pa suami belanja.Mudah-mudahan murah rezeki dia dan rezeki kami sekeluarga juga.....
Malam makan -makan satu family kat Anuar Tomyam kat Kampung Baru coz tak tahu nak pergi mana.Adik beradik sibuk nak makan western tapi mak mertua macam tak berminat je so itu jelah tempatnya.InsyaAllah kalau gaji naik lagi bolehlah husband belanja lagi....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails