Semalam 17 Jun father's day. Anak aku siap buat kad untuk walid dia. Mother's day bulan mei hari tu aku dapat bunga rose plastik. Sanggup tu dia beli dgn harga $1, so duit belanja dia tinggal $1 je. Mungkin dia bawak bekal ke sekolah agama jadi duit tulah digunakan untuk beli bunga. Emmm...budak-budak zaman sekarang dari kecil diajar untuk meluahkan kasih sayang pada orang tercinta, nak dibandingkan dengan aku dulu tak tahupun hari-hari istimewa ini ada...dan setiap hari bagi aku adalah hari istimewa coz emak dan abah sentiasa ada kat sisi aku kalau aku aku menghadapi apa-apa masalah.
Tapi hari ini aku rasakan aku kekurangan sesuatu iaitu aku tak dapat lahirkan perasaan sayang dan cinta aku pada mereka.Padahal semalam sepatutnya aku peluk dan cium abah aku sempena father's day tapi kenapa ianya terlalu sukar.....Diusia abah menganjak 72 tahun banyak perubahan yang aku tengok dari kelopak mata dan raut wajahnya,semua telah dimamah usia . Bagi aku dia seorang abah yang tabah walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi untuk membesarkan kami. Abah seorang yang tenang,tak pernah marah apatah lagi merotan kami dan tak pernah merungut atau mengkritik setiap hidangan yang emak sediakan. Baginya semuanya sedap walaupun lauk yang hidangkan biasa-biasa aje. Yang paling menyedihkan diusia emas ini sepatutnya anak-anak membahagiakan dan mengembirakan dia tapi ada diantara kami yang benar-benar mengecewakan dan menghampa dia.Kalau ditanya pada aku sebelum aku menjadi seorang ibu, siapa yang paling aku sayang antara emak dan abah pasti jawapan aku abah.
Dalam kehidupan aku sekarang ni bagi aku kedua-keduanya emak dan abah tak ada tolok gandingnya dan insyaAllah setiap detik dan sisa waktu yang masih tinggal ini akan aku gunakan untuk melahirkan kasih sayang aku pada mereka .InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment