Banjir Kilat Terburuk Di KL
Posted on Monday, June 11 @ 09:12:08 MYT by greenboc
KUALA LUMPUR 10 Jun – Ibu negara malam ini dilanda banjir, disifatkan sebagai terburuk sejak 2003 apabila beberapa kawasan utama bandar raya ditenggelami air sehingga satu meter.
Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di beberapa jalan utama dan mangsa-mangsa yang terperangkap terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
Antara kawasan paling teruk dilanda banjir termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul.
Dataran Merdeka, yang meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad ditenggelami separas pinggang.
Lebih dahsyat, air banjir turut memasuki sehingga ke ruang sembahyang di Masjid Jamek, Jalan Raja. Masjid itu terletak kira-kira 10 meter dari paras normal Sungai Gombak-Sungai Klang.
Ibu kota juga dilaporkan mengalami kesesakan teruk di beberapa jalan termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi dan Jalan Kampung Pandan.
Hujan turun lebat di sekitar ibu negara sebelum 6 petang dan berlarutan sehingga 8 malam ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati kenderaan terkandas di jalan-jalan tersebut akibat dimasuki air sehingga menyebabkan kesesakan.
Banjir terburuk pernah melanda ibu negara ialah pada 1971 apabila beberapa kampung di Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir termasuk Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang-Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor.
Kuala Lumpur juga ketika itu terputus hubungan terus dengan dunia luar dan pasaran saham terpaksa ditutup kerana seluruh Kuala Lumpur banjir.
Sementara itu, menurut Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Wilayah Persekutuan, Shahrul Kamar berkata, kawasan yang dilaporkan paling teruk dilanda termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru.
Menurutnya, bot-bot penyelamat dikerah mengesan dan menyelamat mangsa yang dipercayai terperangkap akibat bencana alam tersebut.
‘‘Secara keseluruhannya, JPA telah mengerahkan seramai 40 anggota untuk ditugaskan dalam usaha menyelamat,” katanya ketika ditemui di Jalan Tun Perak dekat stesen LRT Masjid Jamek di sini, malam ini.
Dalam perkembangan yang sama, Shahrul memberitahu, tiga orang mengalami cedera ringan selepas terkena serpihan kaca dalam sebuah restoran makanan segera di Jalan Tun Perak di sini.
‘‘Kaca di restoran itu dipercayai pecah selepas terkena libasan air akibat daripada sebuah bas yang melalui jalan itu,” katanya.
Sementara itu, seorang peniaga di Lebuh Ampang, K.Maran, 36, ketika ditemui kecewa dengan cara pihak berkuasa menangani masalah banjir di ibu negara.
Katanya, beliau sudah hilang kepercayaan kepada terowong SMART yang sebelum ini dikatakan boleh menangani masalah banjir kilat di ibu kota.
‘‘Baru satu minggu lalu banjir melanda, minggu ini ia berulang lagi, apakah setiap kali hujan lebat banjir akan terus melanda,’’ katanya.
Radenjowo
Dalam keghairan kepada PEMBANGUNAN kononnya, nah….banjir sudah menjadi satu perkara biasa yang tidak digemari. Mungkin ad pihak yang menjadikan HUJAN sebagai alasan. Tetapi sepatutnya para bijak pandai sekarang tahu bahawa jumlah air turun dan keluar tidak sekata. Bangunan yang banyak dan saliran air keluar yang kurang menjadikan air bertakung di banyak tempat. 2 jam hujan, KL dipenuhi air.
Jadi….kena fikirlah sebelum pembangunan dibuat. Jangan syok dengan duit masuk, lupa semuanya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari kita. Dan punca banjir kilat yang buruk ini adalah datangnya dari kita. Kena paham lah, kalau tak paham memang bangang la.
No comments:
Post a Comment