Wednesday, June 6, 2007

Cuti Sekolah June07









Cuti Sekolah kali ni kami se keluarga termasuk family kak.nana gi jejalan kat Bandar Melaka.Kami stay kat Mahkota Hotel Melaka, inilah tempat yang dekat dan mudah nak pergi selain port dickson.Ialah bebudak ni kecik lagi so leceh nak pi tempat jejauh.Diaorangpun paling utama tempat tu mesti ada swimming pool.
Bertolak hari sabtu 2 june,Jalan punyalah jam start dari nilai dah teruk...Ramai yang bercuti bawak anak jejalan kot ataupun paling tidak balik kampung.
Memula tu singgah rumah abg Zaffur kat lendu.Dia ajak makan tengah hari tapi sampai dah dekat pukul 3.Perut punyalah lapar gile,aku melantak mee hoon goreng sampai 2 pinggan. Husband aku plak nak nasi jugak.. yang aku terkejut tu dia tak pernah makan telur itik masak lemak tapi habis 2 pinggan...
Dalam pukul 4.00 petang bertolak ke bandar Melaka cari mahkota hotel.Pusing punya pusing akhirnye jumpalah ialah bandar melaka ni kecik tapi macam-macam aktiviti nak buat. Rasanya masa aku belajar dedulu taklah sesesak macam sekarang ni.Masa telah merubah segala-galanya seperti jugak manusia lagi cepat berubah...
Bebudak ni sampai je terus tanya baju mandi...adoi...penatpun tak hilang lagi.Dalam pukul 6 petang baru kitaorang turun.Mandi-mandi sampai pukul 7.Malam plak abg Hidir malas nak keluar,dia kata keletihan so Fakrul je gi beli makanan malam.
Malam tidur si Faiz buat perangai asyik meragam..penat rasanya tapi dalam hati aku kata sabar-sabar inilah masanya Allah uji kesabaran aku sebagai seorang ibu...
Hari Ahad pepagi bebudak ni tuntut nak gi Zoo Melaka kebetulan kalau duduk hotel ni dapat discount 50% so apa lagi lepas breakfast kat hotel kitaorang bertolak ke air keroh.Jauh jugak rasanya dari bandar hilir.Sampai di Zoo Melaka ada pertunjukkan orang utan dan lepas tu kitaorang naik train aje coz kesian kak.nana kalau jalan takut plak terberanak nanti lagi susah.Sebenarnya kupun tak larat nak jalan...
Lepas dah puas2 kat zoo,pergi cari medan ikan bakar,memula pergi jeti anjung batu tapi kawasan tu macam dah tak ade je..Jadi gi umbai jugaklah...makan tengah hari kat situ pilih ikan buat asam pedas+sup sayur+tomyam.Licin....
Balik hotel suruh bebudak tidur dulu sebelum mandi kolam .Dalam pukul 6.30 baru gi umbai balik untuk makan ikan bakar..
Besoknya Lepas breakfast terus mandi kolam lagi.Faiz mandi sampai tak nak naik atas dah.Dalam pukul 12 siap-siap nak balik dah...nanti tak tahu lagi bila boleh datang lagi kat sini.Okaylah tempat dia dan rasa best jugak dapat bawak bebudak ni jejalan masa cuti sekolah...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails