Saturday, June 5, 2010

Cuti-Cuti di Tiara Beach Resort

Kunjungan ke TBR memang tidak memboringkan bagi anak2 aku ni.Maklumlah ada 4 buah kolam yang besar- besar dan banyak pilihan gelongsor yang mereka boleh pilih.Ini kali ke-4 kami bercuti disini.Pertama kali melalui hotel dan yang lain-lain tu melalui internet dan kawan-kawan office yang memiliki apartment kat sini.

Dalam pukul 3 ptg budak-budak sibuk nak turun mandi..tak kira panas ketidak tapi aku sempatlah lumurkan sunblock kat muka dan badan diorang coz masa pergi TBR dulu pakai sikit je..muka masing-masing jadi hitam legam dibuatnya termasuklah muka aku tapi muka walidnya cuma jadi kemerah-merahan je..kira oklah.Mandi punya mandi tak sedar rupa-rupanya dah 6.30 petang..

Makan malam telah dicepatkan ke makan petang,takut malam nanti ramai orang. Restaurant seafood di PD memang ramai.Sebenarnya dah banyak kali kami kena restaurant yang cantik tak semestinya sedap tapi petang ni memanglah terkena lagi...tak sedap n mahal..dah nasib badan sedap lagi ikan bilis dan nasi goreng yg dibekalkan ibu tengah hari tadi.

Malam plak,budak-budak ajak turun coz malam memang ada persembahan nyanyi ,pertunjukkan akrobat dan movie, tapi malam tu memang kami dah tak larat nak turun. Apa lagi mengamuklah masing-masing..
Akulah plak tak leh tidur,batuk dan bunyi bising kat luar..
Pagi2 kitaorang dah keluar gi b/fast ngupanya dah ada dah gerai2 nasi lemak kat luar mungkin cuti umum kot.Lepas makan2 tu terus mandi kolam dari kul 8.30 - 11.00am.

Check out dlm kul 12.30am.
Alang-alang dah satu jalan so singgah umah mak kat nilai.Punyalah ramai orang nak gi nilai 3 tu.Semua nak cari kain nak buat baju raya ataupun langsir raya kot..
Makan T/hari kat umah mak n lepas asar budak2 sibuk nak gi umah k.nana, nak mian2 dgn Ain plak. Balik rumahpun dah malam itupun jem teruk dekat Sunway.

1 comment:

Hati Ahmadi said...

ada contact no tak kawan2 yang ada apartment kat situ..ingat isnin selasa ni nak pegi bawak anak2.

kalau ada boleh sms kat no saya 0133888781
tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails