Sunday, June 6, 2010

Geng-Geng Brutel





Aku pun pelik cam nalah geng aku ni digelar brutel suatu ketika dulu.Rasanya ramai lagi yang brutel dari kitaorang kat U dulu..mungkin..kami semua memiliki motor yang bagi diorang macam anak2 dara yang tak sopan kot..hehe..betul ke andaian aku ni, tapi antara kawan-kawan motor akulah yang paling canggih dan mengancam.Dengan lampu bulatnya dan selalu mati enjin..plug asyik basah je..nak beli motor baru memang tak mampulah..itupun saki baki bekas kakak aku belajar kat USM dulu.Bayangkanlah dari utara sampai keselatan.. so bertahan jelah dgn motor entik tu..kalau kat kampung2,orang bawak gi noreh getah..
Dah hampir 15 tahun dah kisah di Skudai Johor berlalu..dan kisah di KL plak hampir 20 tahun..

Perjumpaan yang dah lama dirancang baru terlaksana.Almaklumlah masing2 dengan komitmen sendiri.

Jumpa di SOGO..aku rasa inilah tempat yang paling senang nak jumpa.Dlm 10.30am aku dah sampai..ina,yati n ct naik 1 keta dari putrajaya dan c'wah dari wangsa maju.Cuma kami berlima je dapat jumpa yang lelain tu jauh2.
Kebetulan ina dah dapat bonus so dia belanja makan b/fast kat secret recipe.Lepas makan2 n borak2 gi shopping..Aku biasalah mula-mula tak nak beli apa2pun dah tergoda jugak..
Che Wah plak mentang2lah laki tokey minyak so no hal punye rasa suka je main amik je..yang lelain tu ada gak pk 2 3 kali baru beli.
Lama gak tersangkut kat SOGO lepas tu sepanjang jalan TAR diredah.Teringat masa belajar kat KL dulu..tempat2 ni memang dah jadi mainan kitaorang terutamanya pasar malam hari sabtu..Banyak makanan yang sedap-sedap.
Dari 1 kedai ke 1 kedai kami singgah itupun tak sedar dah kul 3.30 pm.C'Wah dan aku dah kelaparan..kesian c'wah perut dah masuk angin melayan kerenah budak2 ni pilih tudung..
So lepas tu masuklah kedai makan insaf.Masa belajar dulu sekali je masuk insaf ni..siap kata memang insaflah dengan harganya..
Semua order jus mangga, lauk ayam goreng,marsala n sotong goreng.Sotong goreng dia penuh 1 pinggan..last2 aku jugak yang menghabiskan..memang sedap tambah-tambah lagi free..C'wah belanja.
Lepas makan hujan plak kat luar so tak bolehlah nak teruskan ke aryani atau jekel cuma masuk kedai buku n kedai brooch.Itupun C'wah dah ajak gi Pavillion nak cari butik coach..Alamak tak terfikir lagi aku nak pakai beg coach ni..
Tak apalah c'wah lain punye trip kita gi butik coach plak yea.
Balik semula di SOGO.Boleh tu sambung shopping padahal nak balik dah.CT ajak minum petang plak di kopitiam kat bawah tu.Aku dah risau dah jam dah kul 6pm.
Lepas solat asar aku terus bergegas balik..kena parking rm 17 nasib baiklah duit cukup..ha..ha..lama tu, tapi rasanya sekejap je..rasa tak cukup masa bersama kawan-kawan..
Okay yea nanti next trip plan tau..rasanya kearah nilai..tapi..kesian kat aku yang jauh ni. Malam tu tak leh tidur kaki berdenyut-denyut sakit...





2 comments:

Yati-M said...

hahahah.... gelak aku baca part rm17 tu... org kat booth tu siap ckp, kawan akak kena rm17 hahahaha... mcm tau2 je kita kenal.. hhehe

Dr.aLIEya said...

padan muka busu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails