Sunday, October 30, 2011

Wong Solo Seksyen 7

Dapat call dari Abang Inal.Dia ajak kami sekeluarga datang rumah, ada kenduri katanya.Rasa tak patut pulak kalau aku tak pergi tapi kami dah plan nak makan tengah hari di Wong Solo so kami tangguhkan ke makan petang.

Untung gak aku pergi kenduri ni sebab ada satu lauk kegemaran aku.....Sedap...nak buat kat rumah memang husband dan anak2 tak makan."Masak tempoyak Udang".Dulu-dulu mak suka buat tempoyak udang ni dan korang tahu aku sempat berangan masa nengok Master Chef. Tajuk tugasan diaorang kali ni ialah Sajian masa kanak-kanak.Kalau aku masuk sure aku masak lauk tempoyak udang ataupun cekodok goreng cicah sambal bilis mak aku.Huuhhh sedapnya..Dalam masa yang sama terpk gak apalah masakan aku nanti yang akan jadi kesukaan anak2...he..he...

Petang baru kami terjah Wong Solo kat seksyen 7.Nak gi makan malam macam leceh je.Aku rasa makan kat sini memang sedap dan yang paling best sambal cili dan sambal kicap...Ahh...Kenyang..Dah tak de istilah diet2.







Thursday, October 27, 2011

First Movie..Ehmmmmm....

Jom nengok wayang.....Eh betul ke apa yang aku dengar ni.Aku kira-kira dah 14 tahun kot aku tak jejak panggung wayang.Sejak kawin sampailah dah anak empat ni...inilah pertama kali husband aku ajak nengok wayang.Lagikan pantaipun berubah,ini pula orangkan.He..he...

Budak-budak suka aje.Dia orang selalu pergi dengan adik-adik ipar,cuma Faiz  dan Farzeen aje belum, so alang-alang cuti ni (sambungan cuti deepavalilah) kami redah panggung wayang yang tak ramai orang(Bukit Raja).Tengok kat internet ada tayangan pukul 11.50 am (huuhhh hebat..pagi tu..)

Sempatlah beli pop corn n air sebelum masuk tu.Fulamak.. harga pop corn je RM6.50.Teringat masa dating2 dulu RM2.50 je.Teringatlah pulak masa dating2 dulu..."Kenangan"... ialah "Kenangan"...ada kawan aku tu nak buat entry pasal kenangan ni tapi yang pastinya kenangan tu tetap ada indah dan tak indahnyakan.

Best gak cerita "Joanny English" Kelakar tapi anak dara aku yang kecik ni orang gelak diapun bantai gelak terbahak2.Entah faham ke tidak..Lepas tu masa cerita nak habis dia sibuk nak berak.Boleh tu cakap kuat2 "Ummi nak berak!!" Adoii...cam na ni, dah lah Umminya lama tak masuk panggong.....Pujuk punya pujuk akhirnya dia diam.Habis je cerita terus gi cari toilet.Yang aku geram nye dia boleh kata tak jadi beraklah Ummi...Farzeen...farzeen....Lain kali aku tak mo bawak dialah.Boleh ke??






Monday, October 24, 2011

Terengganu tetap Di Hati

Balik kampung sempena cuti deepavali..eh..ada kampung rupanya kitaorang ni.Tempat jatuh lagikan di kenangkan..mungkin itulah perasaan husband aku kot.Sedaya upaya nak jugak balik kampung halaman walaupun kami hanya lalu aje rumah-rumah yang dahulunya menjadi tempat persinggahan bila hari raya.Arwah Tok ki,Arwah Mok semua menjadi kenangan.Ada antara mereka aku tak sempatpun jumpa, cuma dengar cerita-cerita yang menarik je dari husband.Yang pastinya memang cerita masakan2 diaorang yang sedap2 yang tak sempat aku rasa.

Sepanjang perjalanan memang hujan .Kami menginap di Grand Continental Hotel.Alhamdulillah hari kedua terang benderang dan sempat kami ke Taman Tamadun Islam.Seronok anak-anak aku dapat naik perahu pusing2 pulau dan kebetulan masa tu ramai budak2 sekolah.Sebelum naik perahu, ada taklimat sikit dan yang bestnya tu Farzeen disuruh jadi model untuk pakai life jacket.Farzeen..mewarisi sikap kakak fatin sikit kot...apa2pun selalu berani jika dibandingkan dengan Faiz n Farah.




3 hari 2 malam memang rasa tak sempat je untuk jalan2 sebab dalam masa yang sama kena singgah rumah sedara mara.Dulu-dulu aku tak suka sangat singgah rumah sedara mara tapi dah beberapa tahun aku hidup dan pelajari cara2 orang terengganu, rupanya diaorang suka sangat dan wellcome kalau korang datang rumah.Betul tak orang terengganu??Kalau korang still tak de perasaan macam tu,buat2lah berubah..he..he...

Percutian kitaorang ni patutnya nak dilanjutkan ke Cherating tapi memandangkan keadaan cuaca tak mengizinkan so balik jelah KL.Apa-apapun kami akan tetap balik lagi.Tunggu.....


Wednesday, October 19, 2011

CITTA MALL Ara Damansara

Jumaat lepas tiba2 husband declared "setiap malam sabtu, hari kami berdua" Alamak sejak bilalah suamiku ni pandai romantik2 ni.Setahu aku dia biasa-biasa je...padahal selalu jugak keluar berdua.

Tak palah ikut ajelah,tapi malam tu aku susah ati sikit coz "Tahjud cinta" episod akhir.Dalam otak ni pk tempat manalah yang paling dekat so teringat CITTA Mall.

Tak banyak kedai lagi bukak dan konsep CITTA Mall ni macam korang kena keliling pusing kedai,tempat parking tengah2.Kira open spacelah.

Kedai makanpun tak banyak bukak lagi...yang ada chilis, papa rich, BBQ king dan ada beberapa kedai lagilah.Bolehlah tapi setakat ni tak menarik lagi.....akhirnya kami telan Turkey breast...



Tuesday, October 18, 2011

Singgah di Tupai2 KL

Voucher Sogo tamat 31 oct so aku gagahkanlah diri menapak kesana dan kebetulan turn balik gombak.Sebenarnya tak tahu nak beli apa dengan voucher2 tu.Kira banyaklah jugak.
Pk punya pk so teringat kat kakak.Berapa kali dah dia merungut baju tidur dia dah pendek2.

Cari punya cari dapatlah 4 pasang dan yang surprisenya baju tidur dia yang paling murahpun RM20.Hai.. barang2 semuanya dah naik harga dan teringat aku kat baju2 tidur kakak yang aku beli dulu2 yang beharga RM5 hinggit aje.

Masih aku ingat lagi kawan-kawan tegur baju kakak beli kat mana..mesti mahal...tapi padahal baju tu.....tapi itulah keistimewaan kakak, pakai baju apapun nampak cantik n comel dan kawan2 aku gelarkan dia snow white.Itu dululahkan...sekarang ni cantik gak tapi snow white tu dah tak delah...

Berbalik pada kisah Sogo baliklahkan..lepas beli adiah untuk su and ira kitaorangpun bergerak nak cari tempat makan.Mula-mula tu nak gi INSAF je tapi tak jadi teringat yang insaf kena tutup atas sebab2 kebersihan.Eeee.....sekarang baru rasa Eeee dah banyak aku telan sebelum nie.

Kami bergerak ke Tupai2 KL.Ingatkan ari ahad ada buffet makan tengah hari ghupanya ala carte je.Buffet tengah hari ni ok gak dari buffet steamboat..ataupun aku ni bukannya pengemar steamboat, itu yang dok compare..bagi aku sedap tak sedap tu depend pada selera masing2.

Kat tupai2 ni aku order mee udang and hot plate special tupai2..dan...rasanya tak memenuhi selera aku kot.Tapi air laici dragon fruit memang sedap..Ok kalau korang gi sana tak yahlah order yang dikatakan special tu yea.....





Tuesday, October 4, 2011

Alhamdulillah.Akhirnya...


3 beranak dijel

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tiga beranak termasuk seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman dihukum penjara dan denda selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM100 juta dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta, empat tahun lalu.
Hakim Rozana Ali Yusoff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Adzhar, 56, dan dua anak perempuannya, Noradzma, 35 dan Noradzrin, 26, di akhir kes pembelaan. Keseluruhannya, Adzhar dihukum penjara lima tahun dengan dua tahun dan denda RM1 juta bagi kesalahan menerima deposit tanpa lesen dan tiga tahun bagi pengubahan wang haram.

Manakala Noradzma yang juga ibu tunggal dikenakan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000 bagi pertuduhan menerima deposit haram serta dua tahun penjara bagi pengubahan wang haram.

Sementara itu, Noradzrin yang popular menerusi single lagu ‘Pujaan Malaya’ yang menghadapi 166 pertuduhan pengubahan wang haram diarah menjalani hukuman penjara selama 12 bulan.

Manakala, syarikat pelancongan Noradz Travel & Services yang diterajui ketiga-tiga tertuduh turut dikenakan denda RM5 juta terhadap pertuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak bagi pertuduhan pengubahan wang haram turut mengarahkan hukuman bagi pertuduhan menerima deposit tanpa lesen berjalan berasingan bermula semalam.


Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara hingga proses di Mahkamah Rayuan selesai dengan syarat tambahan wang jaminan RM1 juta dengan cagaran RM500,000 ditambah lagi RM500,000. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa menggunakan wang haram untuk membeli beberapa hartanah di Perak dan Pahang, membeli produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka.

Mereka didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram itu di beberapa bank di sekitar Kuala Lumpur termasuk di EON Bank Berhad, Malayan Banking Berhad, Ambank (M) Berhad dan Eoncap Islamic Berhad antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.

Adzhar dan Noradzma turut menghadapi tuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah di antara Julai 2006 dan Oktober 2008 di No 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya. Syarikat mereka juga didakwa atas pertuduhan sama.

Rozana dalam penghakimannya berkata, keterangan yang diberikan tertuduh bersifat penafian semata-mata tanpa disokong keterangan lain selain memberi keterangan yang tidak konsisten dan sering berubah-ubah.

“Ini mengakibatkan mahkamah sukar mempercayai dan menerima keterangan bersumpah tertuduh,” katanya.

Rozana turut berkata keterangan tertuduh yang memberitahu bahawa mereka tidak mengetahui selok belok menguruskan syarikat itu tidak boleh diterima.

Sebaliknya, mahkamah berpendapat berdasarkan keterangan yang diberi jelas menunjukkan tertuduh memainkan peranan aktif dalam pengurusan syarikat itu.

Selain itu, Rozana turut mengharapkan supaya hukuman yang dijatuhkan akan menginsafkan tertuduh.

“Mencari kekayaan bukan dengan cara ini, mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang tidak mengetahui perjalanan perniagaan kamu,” katanya.

Syarikat Noradz Travel & Services mempunyai beberapa rangkaian syarikat yang terbabit dalam perniagaan penyewaan kereta, agensi pelancongan, pelaburan dan penerbitan filem seperti filem lakonan Saiful Apek bertajuk ‘Shhh...Dia Datang’ dan beberapa drama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farez Rahman dan Pegawai-Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Anthony Kularaj Kulasingam dan Fahmi Abd Moin manakala tertuduh diwakili peguam Afifuddin Mohd Hafifi.

Difahamkan ketiga-tiga beranak itu gagal membayar denda berkenaan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku percaya ramai diluar sana telah tertipu dengan agenda Datuk ni.. dan kami sekeluargapun tak terkecuali tapi aku lebih percaya ada hikmah disebalik semua kejadiankan. Sekurang-kurangnya Allah telah menunjukkan jalan benar kepada beliau diatas dunia lagi.
Kepada sesiapa yang masih dapat hidup senang lenang diatas kepayahan orang lain.Insaf2lah..semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails