Monday, November 23, 2009

Kek Lumut Kukus

Inilah hasilnya kek keempat yang dah aku cuba..sebenarnya dari darjah tiga lagi aku bercita2 nak buat kek. Almaklumlah dulu susah so emak tak pernahpun buat kek untuk kami sekeluarga cuma yang aku tak akan lupakan abah belikan kek yang pertama pada hari jadi aku masa umur aku 9 tahun dan kek tu warna dia sebijik macam yang kek aku buat ni....Apa-apapun mak dan abah faham perasaan aku masa tu...

Cake lumut kukus(Resepi dari blog kak Ummi-Zaihadi)
Bahan-bahan:- ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A
225 gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
3 sudu besar horlicks
1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
1/4 cawan susu pekat manis
Cara-Caranya
1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula betul2 hancur). Gunakan kelajuan maksimum.
4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, ia akan menjadi kekuningan selepas dikukus).
8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri). Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
9. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian terbalikkan kek dan sedia utk dipotong.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails