Semalam aku di serang gastrik dan dapat MC dari klinik bawah office.Selalunya kalau tak betul-betul sakit klinik ni memang susah bagi orang MC so memang aku sakitlah semalam tu.. tapi dalam sakit-sakit sempat jugak aku menghabiskan buku yang menceritakan kisah tentang adik Nur Madihah.Ya Allah malu rasanya pada adik ni..seusia 12 tahun sudah melalukan puasa sunat dan bertahjud di tengah malam...begitu hebat ibu-bapanya dalam mendidik anak-anak.
Disaat ini terasa sangat aku diuji dengan gelagat dan kelakuan anak-anak dan aku terasa sangat ceteknya ilmu-ilmu agama selama 36 tahun aku hidup didunia ni. Bukan itu sahaja yang aku rasa dalam bidang kerjayapun aku bukanlah menyerlah sangat dan hingga kini masih ditakuk lama..sedih bukan?
No comments:
Post a Comment