Wednesday, February 27, 2013

Farzeen dalam Pesan Atok musim Baru


Ajeen terpilih pada first audition untuk program "Pesan Atok di TV9". Dia memang berani dan bersemangat..sebenarnya bila nengok perangai Ajeen tak ubah macam perangai Fatin masa kecik-kecik dulu.Apa-apa event selalu nak kedepan, memang tak tahu takut langsung.

Sebelum bercuti ke terengganu,teacher mawar call kata kena pakai jubah.Mana plak nak cari jubah ni..padahal masa aku gi jakarta banyak jubah untuk kanak2 tapi masa tu beli untuk kakak2 dia aje.Rugi pulak rasanya tak beli kat sana coz harganya murah compare kat sini.Kat terengganu pula merata2 tempat kami cari jubah..alhamdulillah akhirnya jumpa di rumah2 kedai berhampiran dengan rumah arwah mok.

Aku dan husband amik cuti untuk rakaman program ni.Kebetullan the day lepas cuti CNY tapi tup2 last minit program ni di tangguhkan coz datuk ustaz Hassan Din tak dapat hadir ada masalah yang tak dapat di elakkan.Nampak gayanya aku dan Fatin jelah teman Ajeen pergi ntv9 di Glenmarie.

Leceh jugak proses rakaman ni..sampai sana pukul 10 pagi hinggalah ke 4 petang.Group Ajeen perform dalam 2.30 pm.Sempatlah husband aku datang so dapat jugak dia nengok Ajeen.Apa2pun  Ajeen memang happy dan esoknyapun dia nak pergi studio lagi..So akupun tak tahu bila kuar TV mugkin nanti pihak tv9 akan call bila akan keudara.Sure Ajeen tak sabar nak nengok muka dia kuar TV.


Friday, February 22, 2013

Original Kayu Kota Damansara

 Antara kedai mamak yang menjadi pilihan selain dari pelita.Sebenarnya bukan apa dekat dengan rumah  untuk diterjah.Antara menu-menu pilihan inilah....yang gambo kat bawah ni..tapi pilihan aku selalunya roti puri dan roti sardin..yang lain tu aku tak suka sangat.

Thursday, February 21, 2013

Roti fresh from oven

Impian nak buat roti tercapai akhirnya.Tak sempatpun beli bread maker.Uli pakai tangan je insyaAllah jadi.



Bahan2:
500gm tepung roti
100 gm gula
100 gm mentega
11 gm istant yeast
1/2 sdt bread improver
4 btr kuning telur
300 ml air sejuk
1/2 sdt garam
 Cara:
1. Campur semua bahan kering,kecuali garam,gaul rata
2.Masukkan air 200ml dan telur, dan uli
3.Masukkan mentega dan garam, uli lagi sampai elastik
4.Adunan dibentuk2
5.Bakar suhu 175 selama 30 minit bergantung pada oven masing2.

Wednesday, February 20, 2013

I am 5...Happy birthday Sayang




Presents Lyrics - Genius Aulad Talents 



Lots of presents gaily wrapped
With coloured ribbons they are packed
Big and small I had them all
On my birthday in the fall


On my 5th birthday yesterday
I had a great party just to say
Thank you Allah for another year
And let the next one to You bring me near


Lots of presents I received
From my parents and family
Wrapped in papers and coloured strings
Lots of happiness they did bring



But the one I love the best
The one I valued above the rest
Is the love that Allah gives to me
Through the love of my family



Friday, February 15, 2013

Jalang2 Terengganu 2013

Last minit kami decide nak berjalan di musim perayaan CNY.Sebenarnya banyak risiko jalan2 time ni tapi hati kami sefamily memang nak berjalan so redah jelah.Hotel semua fully book tapi alhamdulillah rezeki gamaknya dapat booking hotel yang baru 3 bulan beroperasi.Pagi sabtu bertolak, banyak kereta tapi selepas karak ,jalan dah ok semula so taklah teruk sangat,itupun kami bertolak around 6.30 am.Sapa2 yang bertolak  lambat skitt maybe sangkut kat genting kot...


Prinzpark Resort ,Kuala Ibai

 Berkuda di Pantai Batu Burok

 Makan2 Nasi Ulam n telur Penyu di Mat Binjai,Nasi Dagang-Mak Ngah, n Nasi Kerabu-Restoran Nasi Kerabu

 Satar n Keropok Lekor Kuala Kemamam and Keropok Lekor Cheese kat BTB

 Musim Duku so borong sampai 10 kg, bahulu and kuih cek mek molek.

Puas Makan and jalan-jalan, ini yang dikatakan jalang-jalang cari makanang

Thursday, February 7, 2013

Serai at Paradigm Mall

Jalan-jalan di Paradigm Mall Kelana Jaya terserempak dengan Serai.Ingatkan ada di Empire Subang aje.Banyak cawangan rupanya, kalau tak salah diCyberjayapun ada.

Dengar cerita dari kawan2 makanan kat sini sedap2.Itu yang nak cuba jugak.Sebenarnya yang aku lihat konsep Serai ni menghidangkan makanan bagi semua bangsa misalnya nasi kerabu masakan melayu,masakan thai,masakan mamak, masakan Cina dan Western food. Kiranya pelbagai pilihan di satu tempat. Mudahkan.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails