Cuti-cuti lagi...Rakyat Malaysia kira bertuah dapat banyak cuti ni.Akupun samalah kalau cuti suka aje dapat gi jejalan.Masa cuti CNY hari tu cuma jalan sekitar KL and balik ke rumah mak di Nilai.Memang dah predict jalan sure jem punya masa CNY tu so memang tak pergi jauh2lah.
Destinasi kali nipun taklah jauh sangat cuma ke Swiss Garden Kuantan.Mula-mula tu tak semangat sangat nak bercuti coz kebetulan Faiz n Farzeen demam, tapi sebaliknya pulak bila aku nengok dia orang lagi bersemangat dari aku sampai Faiz kata kenapa kita tak tidur 3 malam Ummi.
Kami bertolak hari Ahad tapi bila keluar dari Tol Karak tu terkejut nengok jalan jem jugak.Alahai tak best nye nak jejalan tapi nasib baik ramai yang naik Genting so smooth jugaklah perjalanan kitaorang.
Kat sana aktiviti seperti biasalah.Semua excited nak mandi laut.Angin punyalah kuat sampai terbang-terbang barang kitaorang.Gerun gak nengok ombak yang kuat so kitaorang decide main2 pasir dan mandi kolam aje.Kat hotel ni memang ada macam2 aktiviti disediakan macam ada swimming lesson untuk budak2, Sand Castle dan aktiviti lain ikut hari.Selebihnya kami banyak makan2 and jalan2 sekitar bandar kuantan.Balik sempat jugak menapau lompat tikam,akok,sata n kopok lekor.....makan saje jelah...
No comments:
Post a Comment