Sunday, February 19, 2012

Happy Birthday to Our Lovely Syafia

Semoga menjadi anak Solehah dan berjaya didunia dan akhirat.Sayang Farzeen Syafia......




d



Wednesday, February 15, 2012

Secawan Kopi

Tempat sama tapi suasana dah berbeza...Dulu "Dave's Deli" sekarang "Starbucks" so dah tak ada tempat kenangan aku jumpa kawan lama dulu-dulu."Subang Parade" Tempat yang paling mudah dan tenang untuk dikunjungi.Lepas beli2 barang-barang adiah and sempat gak membaca buku di MPH, kami terus menhirup secawan kopi.

Actually kopi bukanlah minuman kegemaran aku tapi memang feberet my hubby....layan jelah....



Monday, February 13, 2012

Anak Mas n Jubin Birthday kat Surian Kondo.

Lapan tolak enam = Duakan.Dah besar dah Si Dina ni.Ingat dulu-dulu last aku datang birthday dia kat Mc Donald Bangsar. Emmm..akupun dah semakin tua sebenarnya.
Kami di jemput untuk meraikan birthday Dina kali ni coz dah bertahun-tahun diaorang duk obersea.Temanya Wild Animals.Ikutkan malas gak nak pi coz susah ati takut2 kami tak mengikut Tema nanti buat malu tuan umah aje tapi bila kawan2 yg lain kata pakai baju biasa aje, kira oklah.

Masa sampai tu aku dah bayangkan sure semua pakai costume binatang2 ni.Anggapan aku meleset lagi ghupanya.Semua yang adir biasa2 aje termasuklah tuan rumah.Dalam ati "Legaa"






Enjoy gak kalau buat birthday party yang ada game2 ni.Aku tak pernah buatpun birthday anak2 yang ada game2 ni cuma cukup sekadar mengadakan majlis makan2 untuk keluarga terdekat.Terpulang pada sesiapa bagaimana untuk meraikan birthday anak2kan.Ini semua untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan untuk bagitahu pada anak-anak bertapa kita sayang pada diaorang.

Saturday, February 11, 2012

Tanjung Lumpur

 Selalunya kalau ke kuantan memang kami tak pernah lupa singgah makan di Tanjung Lumpur.Baik waktu pagi,tengah hari,petang dan malam.Banyak pilihan.Baru-baru ni pada asalnya nak bertndang ke rumah Chu..alih2 dibawanya kitaorang mkn tengah hari di tanjung Lumpur.Apa-apapun terima kasih banyak2 to Chu n Ayah Wi.


Menu pilihan :Tempoyak ikan patin,singgang ikan ayer,gulai ikan tenggiri,ayam goreng,ulam-ulaman dan yang paling penting budu cili....ini memang antara kegemaran keluarga sebelah husband.

Mail ikan Bakar selalunya singgah di Ana Ikan Bakar ataupun Nara Ikan Bakar.Apa2pun sama tapi harga disana jauh lebih murah kalau nak dibandingkan ngan sekincan ikan bakar.Dalam masa yang sama sempat jugak berkenalan dengan kawan lama husband di Mahaad Hamidiah Kajang.

Menu pilihan:Ikan Bakar,Ketam bercili,Sotong goreng tepung,Kailan Ikan Masih,Tom Yam Campur dan Sambal Belacan + air2 harganya cuma RM 80...memang berbaloikan.

Friday, February 10, 2012

Berehat di Swiss Garden Resort&Spa Kuantan

Cuti-cuti lagi...Rakyat Malaysia kira  bertuah dapat banyak cuti ni.Akupun samalah kalau cuti suka aje dapat gi jejalan.Masa cuti CNY hari tu cuma jalan sekitar KL and balik ke rumah mak di Nilai.Memang dah predict jalan sure jem punya masa CNY tu so memang tak pergi jauh2lah.

Destinasi kali nipun taklah jauh sangat cuma ke Swiss Garden Kuantan.Mula-mula tu tak semangat sangat nak bercuti coz kebetulan Faiz n Farzeen demam, tapi sebaliknya pulak bila aku nengok dia orang lagi bersemangat dari aku sampai Faiz kata kenapa kita tak tidur 3 malam Ummi.

Kami bertolak hari Ahad tapi bila keluar dari Tol Karak tu terkejut nengok jalan jem jugak.Alahai tak best nye nak jejalan tapi nasib baik ramai yang naik Genting so smooth jugaklah perjalanan kitaorang.

Kat sana aktiviti seperti biasalah.Semua excited nak mandi laut.Angin punyalah kuat sampai terbang-terbang barang kitaorang.Gerun gak nengok ombak yang kuat so kitaorang decide main2 pasir dan mandi kolam aje.Kat hotel ni memang ada macam2 aktiviti disediakan macam ada swimming lesson untuk budak2, Sand Castle dan aktiviti lain ikut hari.Selebihnya kami banyak makan2 and jalan2 sekitar bandar kuantan.Balik sempat jugak menapau lompat tikam,akok,sata n kopok lekor.....makan saje jelah...






Thursday, February 2, 2012

Wednesday, February 1, 2012

Suami Kawin Lagi

Korang pernah mimpi tak suami korang2 kawin lain???Aduhai apalah alamat mimpi nikan.Rasanya  dah 4 kali aku mimpi suami aku kawin lain.

Perasaan aku ?? tak tahu nak cakap dan tak tahu nak digambarkan.Memang sedih teramat sangat sampai teresak-esak masa dalam mimpi tu.

Korang bayangkanlah kalau dialam realiti.Bagi kawan-kawan yang dah pernah merasa mesti tahukan.Pada aku itu semua takdir dan ketentuannya darinya.Macam mana kita menggelakpun kalau itu telah ditakdirkan kita kena terima dengan hati terbuka.

Ini antara yang aku google tafsir mimpi aku tu.Janganlah percaya sepenuhnya.Orang kata mimpikan hanya mainan tidur.


SOALAN January 28, 2011 8:48 AM
As salam ustaz...
Saya kerap bermimpi suami saya beristeri lain...dan setiap kali mimpi..ia seperti kejadian yang sebenar..menangis hingga pagi saya bangun dari tidur...airmata serta sedu sedan masih ada..saya sangat takut jika kejadian itu benar berlaku...
JAWAPAN :
Wlksm Nanie3108.
Dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada dua orang mengalami mimpi yang sama atau hampir sama, tapi kadang-kadang maksudnya berbeza.

Sebelum ini memang ada seorang wanita bermimpi suaminya berkahwin lain, dan ta'bir yang saya berikan ialah suaminya bakal dapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan.

Dalam kes anda, saya sudah cuba mentafsirkan mimpi anda tapi tidak dapat. Saya kira mimpi anda itu dari jenis mimpi yang tidak perlu ditafsirkan. Ia terhasil daripada keadaan emosi anda sehari-hari.

Contohnya, seseorang yang lapar bermimpi makan. Mimpi jenis ini biasanya tidak ditafsir.
Kita marah seseorang lalu tertidur dan bermimpi memukul orang itu. Biasanya mimpi sebegini juga tidak perlu kepada tafsiran.

Ini sekadar pendapat saya yang dhaif.

Wah kalau betul tafsir mimpi ni mesti bestkan..."Keuntungan"  Ehmmm...banyak makna yang tersirat sebenarnya...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails