Monday, December 17, 2012

Baking Class di Aniss Baking Deco Centre

Seorang kawan aku yang bergelar pensyarah telah membuka kelas bakingnya sendiri.Selama ini, dia banyak menerima tempahan kek dan membuat kelas baking di rumah sendiri.So kami kawan2 sepakat untuk ke Melaka sempena cuti sekolah sambil bawak keluarga bercuti.

Seronok belajar buat kek ni tambah-tambah lagi dapat cikgu yang best cam kawan aku ni.Korang tahu sebenarnya bukan mudah buat kek ni..tak semua yang dirancang akan menjadi.Ada jugak bancuhan-bancuhan yang terpaksa di buang,misalnya terover mix ke or terlambat mix ke..dan ianya perlu kesabaran yang tinggi.

Sepanjang kelas tu kami sempat siapkan kek Russian,Kek indulgence,Pandan Layer,Pavlova dan kek fondant.Start pukul 10 pagi sampailah ke 7 malam...huuhhh memang penat tapi bebayar penat kita tu bila nengok hasil-hasilnya...


Sunday, December 16, 2012

Sabah Negeri di Bawah Bayu

Sabah dan Sarawak antara negeri2 di Malaysia yang masih aku belum lawati. Masih tak lengkap lagikan jadi rakyat Malaysia. Haa...itulah sebabnya aku teringin sangat untuk selesaikan misi terjah negeri2 ni. Memula tu terjah Sabah dululah dan insyaAllah kalau ada rezeki ke Sarawak pulak.

Dari tahun lepas sebenarnya dah nak booking ticket flight tapi aku hanya dapat harga untuk enam orang sejumlah 3 K. Heemm agak mahal jugakkan dan kalau pergi sekeluarga macam tak best sikit so kakak akupun suggest  booking waktu murah dan dia sekeluargapun nak pergi sama. Menarik jugak tu coz family kakak aku dah beberapa kali bercuti ke Negeri di bawah bayu ni so senanglah untuk pergi ke tempat2 yang menarik.

Sampai bandar KK terus amik Van yang kami telah tempah awal2 dan perjalanan terus ke Kundasang. Agak jauh jugak perjalanan ke sana kira-kira dalam 2 jam.Sepanjang perjalanan tu hujan pulak dan kabus begitu tebal sampai jarak penglihatan hanya beberapa meter. Akhirnya terjumpa jugak tanda arah ke Celyn Resort ni tapi memang tak disangka2 kami perlu melalui perkampungan orang asli Sabah dan perlu mendaki cerun yang agak tinggi .

Keesokkan harinya barulah kami pergi ke Poring Spring,Canopy Walk, Kinabalu Park dan Dairy farms.Setiap tempat2 ni kena beli ticket tapi activiti yang berbeza. Kalau korang ke sini mesti kena cuba canopy walk.Satu pengalaman yang mungkin susah aku nak lupakan,memang best.Budak-budak memang tak takut langsung, sebaliknya aku plak rasa macam nak merangkak aje.Semasa kami di perhentian Timpohon iaitu perhentian pertama sebelum para pendaki mendaki, puncak gunung Kinabalu langsung tidak kelihatan.Agak frust jugaklah tapi rezeki kami agaknya bila balik ke resort tersergam indah Gunung Kinabalu dari resort kami.Subhanallah memang cantik gunung Kinabalu dan permandangan di Kundasang dan Ranau.
Sayangnya kami tak dapat melihat Bunga Refflesia sebab bukan musim katanya.

Hari ketiga kami check out resort dan turun ke  Marina Court Condo di bandar KK. Sepanjang perjalanan ke KK mata aku tak lepas2 melihat puncak gunung Kinabalu sehingga hilang dari pandangan.Kami sempat jugak singgah di Jambatan Tamparuli dan Rumah terbalik.

Petang kami habiskan masa berjalan-jalan di Pasar filipina dan makan-makan di Water front. Memang menarik dan seafoodnya agak murah coz kami order ketam, udang, ikan jenahak,ikan kerapu,tomyam, sayur  dan minuman untuk  11 orang hanya 200 hinggit sahaja.

Keesokkan harinya pula aktiviti ke pulau.Banyak pulau-pulau yang menarik kat Sabah ni seperti Pulau Gaya,Sapi,Sulug,Manukan dan Mamutik.Hanya pulau Manukan dan Gaya terdapat hotel penginapan. Kami hanya ke pulau Manukan coz pulau ni yang terdekat dan mengambil masa selama 20 minit menaiki bot ke sana.Sekali lagi memang cantik kerana terdapat ikan-ikan di persisiran pantai.

Alhamdulillah percutian kami tahun ni yang paling best..Gunung..Laut..pulau dan bandar kami terjah sekali gus.5 hari 4 malam dan aku rasa keindahan alam inilah membuatkan aku sentiasa memuji kebesaran mu ya Allah.


Masing- Masing dah tak sabar naik flight..Flight cantik plak ada gambar kartun....

Inilah Celyn Resort Kundasang


Poring Spring dan Canopy Walk


Gunung Kinabalu

Dairy Farms

Jambatan Tamparuli

Jesselton Point

Pulau Manukan

Manukan Beach

Marina Court Condo,Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Saturday, December 8, 2012

Bayou Lagoon Resort Melaka

Sebuah hotel yang agak baru di Melaka yang berkonsepkan theme park tapi taklah sehebat Sunway Lagoon..Lost World Tambun atau seangkatan dengannya.Mungkin akan datang agaknya memandangkan masih terdapat kawasan-kawasan baru yang masih dalam pembangunan.
Bagi aku ianya paling sesuai bagi keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil.Kami dan bersama 5 keluarga yang lain telah menempah melalui Groupan.2 room apartment yang harga asalnya RM430 menjadi 248 + 50 surcharge pada cuti sekolah dan bagi  studio room boleh dapat serendah 150.Ok jugakkan harganya.














Tuesday, November 13, 2012

Kelas Memasak at Saujana Utama

Impian nak masuk kelas masak memasak ni dah lama tapi asyik tak kesampaian aje.Ada ja halangan.Baru-baru dia ada sorang kawan tu mewar-warkan kelas belajar buat Popiah.Dengar cam tak best je..dalam hati buat popiahpun nak belajar ke?Bila tanya husbandpun dia cakap awakkan dah pandai buat popiah, wat pe belajar lagi.Dalam hati gi jelah, lagipun bukannya jauh sangat dari rumah aku.

Aku ni bukannya jenis orang yang suka pakai GPS.Lebih suka cari sendiri tapi selalulah sesat kalau terjah sorang-sorang.Lepas tu call cik abang sure kena marah2 coz tak on GPS.Memang Saujana Utama totally dah berubah.Ingat dulu masa aku nak beli rumah kat kawasan ni,Mil tak setuju langsung..macam2 dia kata kalau anak sakit susahlah..jauhlah...
Itu dulu tapi sekarang tempat tu penuh dgn rumah n supermarket besarpun dah ada.
Cari punya cari akhirnya jumpa gak "Lynn Hassan My Sugar Class".

Ramai gak yang attend kelas ni.Masa berkenalan kebanyakkannya sudah buat business kecil-kecilan.Aku dok pk lepas bagi anak-anak aku makan dah bersyukur.Banyak gak kelas-kelas lain seperti kelas baking so sapa-sapa yang berminat leh kesini.Erra fazirapun belajar wat kek kat cni..
Masa belajar2 tu siap ada makan2,memang kenyang habislah.Kami bukan aje dia ajar buat popiah basah tapi di bagi extra belajar buat kuih bunga kemboja dan popiah ikat yang kecik2 tu.
Seronok jugak rupanya gi kelas memasak ni disamping ramai jumpa kenal-kenalan baru.



Kulit Popiah
500g tepung gandum
2 biji telur A atau 3 biji telur B(ambil putih telur sahaja)
1/2 tsp garam
300g air + 1/2 tsp garam
Ramaskan tepung gandum dengan telur,curahkan campuran air dan garam sedikit demi sedikit.Biarkan adunan selama 3 jam.

Sos Popiah
15 biji buah kurma + 1.5 cawan
2 tbsp tepung jagung
cili boh puteri(230g)
1 botol sos cili Maggi(500g)
garam, 3cawan air
7-8 tbsp gula merah

Blend buah kurma dengan air,masukkan semua bahan dalam periuk, masak sehingga kuah pekat.

Inti
Sebiji carrot
1/2 biji kobis
1/2 biji sengkuang
RM1 udang kering
3 ulas bawang putih
garam
sedikit minyak
Tumis dan masukkan semua bahan dan toskan.

Kuih Bakar Pandan
*10 helai daun pandan
air paip untuk kisar daun pandan.Lepas kisar, baru sukat 1 1/2 cawan

Bahan A
1 1/2 cawan air pandan
3 biji telor A atau 4 biji telor B
200g gula pasir @ 2 senduk membumbung
340g tepung gandum@5 senduk tepung gandum
santan RM2
1/2 tsp garam 
2 tsp pandan paste
1/2 tsp cinnamon powder
sedikit pewarna hijau

Tambahan
bijan
butter

Cara  membuatnya:
Dalam blender,blend semua bhan A.
Bubuh 1 tbsp butter di setiap loyang. Panaskan seketika dlm oven
curahkan adunan tadi dlm loyang sehingg 3/4 penuh.Taburkan dengan bijan.Bakar dengan suhu 200C selama 40 minit sampai masak

Sunday, November 11, 2012

Skyfall 007

First time menonton wayang berdua,selalunya ditemani anak-anak.Kalakar gaklah masa bercinta tak terpergipun, mungkin saat bercinta tak cukup masa, asyik nak dengar suara and pandang muka aje kalau gi menonton rasa rugilah plakkan.Haa..haa..yea ke teori aku ni..aku rasa tak apply kat orang lain kot coz banyak pasangan habiskan masa menonton bersama-sama.

Cerita Skyfall ni sama je macam cerita2 investigation dan cerita aksi2 yang lain cuma bagi aku bunyi2 dan permandangan yang cantik-cantik terutamanya kat Scotland tu yang menarik.Lagi satu yang paling menarik ialah angka 007 tu.Entah kenapa sepanjang hidup aku angka tu sentiasa hadir.Ada apa-apa keistimewaan ke atau hanya satu kebetulan...hanya Allah saya mengetahui apa yang tersiratkan.





Monday, November 5, 2012

Selesa Beach Resort PD

PD.. memang dah jadi destinasi pilihan bercuti dihujung minggu kami.Dekat dan tak penat memandu jauh-jauh.Kebetulan kakak pun baru selesai UPSR so memang dah janji nak bawak mandi pantai dan mandi kolam.Saat yang paling indah bersama suami dan anak-anak.

Baru pertama kali stay kat sini.Hotelnya okay dan harganyapun tak mahal.



Thursday, September 27, 2012

Kek Butter

 
Second trial...mengenangkan butter banyak dalam peti ais so apalagi mix2 and bakar dapatlah sebiji kek.


Bahan2:

250 butter
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan susu segar
4 biji telur
1 sudu teh asen vannila
Cara:
Mix butter+ gula
masukkan telur satu persatu
Masukkan tepung(diayak 3 x)
dan asen vanilla.
Bakar suhu 160 selama 40 minit..agak2 takut hangus..(senangkan)

Sunday, August 12, 2012

Majlis Buka Puasa n Solat Hajat SKSB

Pantas sungguh masa berlalu.Anak-anak yg lahir diY2K semuanya memasukki tahun 1 pada 2007.Anak sulung pulak tu.Perasaan gembira,sedih semuanya bercampur baur dan perasaan tu datang lagi disaat majlis iftar dan solat hajat bagi bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2012.

Hanya doa yang dapat aku bekalkan sebagai seorang ibu dan kami berserah dan bertawakal padanya setelah kami sebagai ibubapa memberikan yang terbaik buat anak-anak kami.InsyaAllah, buat yang yang terbaik yea kakak..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, August 6, 2012

Indahnya hati berbunga

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, August 1, 2012

Kuih Cara Manis

Acuan dah lama beli tapi ramadhan ni baru berkesempatan untuk mencuba.


bahan2:

1 cawan tepung gandum

1cawan santan

1/2 cawan air

1 biji telur

sedikit air pandan+pewarna pandan

secubit garam.

cara2:blend kesemua bahan2 tadi dan laserkan acuan dengan sedikit minyak.Masukkan bancuhan sedikit dan gula.Kemudian tuangkan sedikit lagi bancuhan tadi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 30, 2012

Iftar di Grand BlueWave Shah Alam




Aku tak ingat bila last birthday aku jatuh dalam bulan puasa.Actually dah semakin bertambah umur dan terasa sangat perlu membuat perubahan dalam diri supaya lebih dekat kepadanya..insyaAllah.

So kebetulan dlm bulan puasa,kami sekeluarga ke Grand BlueWave di Shah Alam..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 24, 2012

Jakarta n Bandung with BFF

Impian terlaksana untuk gather2 shopping di ober see..setelah sekian lama masing-masing bertungkus lumus melahirkan anak..berpantang.. lahirkan anak lagi..Itulah hakikatnyakan kehidupan seorang isteri dan ibu.
Alhamdulillah masing-masing dapat husband yg spotting..Sanggup melepaskan para-para ibu ni untuk bersantai-santai.
Seawal pagi dah bertolak ke LCCT.Bersemangat rasa walaupun terpaksa tinggalkan anak2 dan sang suami.Plan asalnya hanya nak ke Jakarta aje tapi atas permintaan ramai so setuju ke Bandung.

Selamat sampai di lapangan Terbang Soekarno-hatta dalam 9 am.waktu Malaysia.Perbezaan masa kita dan Indonesia adalah 1 jam so waktu disana baru 8.00 am. Dalam hati, lain sungguh suasana airport nye jika dibandingkan dengan 2 tahun lepas, rupa-rupanya lapangan terbang baru terminal 3 dan kitaorang perlu menaiki bas untuk ke sana.

Pak Samsir sudah lama menunggu untuk bawak kita orang ke  Fave Hotel.Perjalanan kira 1 jam...tapi yang kelakarnya Pak Samsir datang bawak Avanza.Alamak mana muat dengan beg2 yang besar2.Nak tak nak berhimpit2lah..
Sampai je hotel terus menapak ke Tanah Abang.Actually hotel tu berdekatan dengan Tanah Abang.Kitaorang kat sana dari kul 11 pagi hingga 5 petang...kalau bab2 shopping ni tak terasapun penat.Memang heavenlah kalau shopping sama kekawan ni.

Malam pulak gi jejalan ke Jakarta Mall dan sekitarnya.Malam tu memang semua tidor nyenyaklah sebab dah kepenatan.Keesokkan hari aktiviti berjalan-jalan lagi tapi singgah lagi Tanah Abang tu almaklumlah ada yang nak di beli lagi.Makan tengahari di Restauran Sederhana masakan nasi padang..lebih kurang Sari Ratu tapi harga jauh lebih murahlah.Malam pulak sempat singgah di Senayan City dan Makan-makan diRestaurant Ayam Goreng ibu Suharti.

Isnin Pagi-pagi lagi kitaorang bergerak ke Bandung.Kat Bandung cuma sempat singgah di Rumah Mode, beberapa outlet, Pasar Baru dan Kartika Sari.

Keseluruhan memang best jalan-jalan sama kekawan dan rasa macam zaman belajar-belajar dulu.Insyaallah kalau dipanjangkan umur kita plan lagi yea....





Sunday, July 15, 2012

Cheese Tart

Percubaan pertama.Walaupun dari segi rupa tak lepas tapi dari segi rasa anak2 kata "Hemmm sedapnya cheese tart yang ummi buat" "Nanti buat lagi yea".




Tart Shell

250 g tepung gandum
125 g mentega
60 g gula ising
1 biji telur kuning
1 sudu teh essen vanila

Bahan diatas di uli( dibentukkan dlm acuan dan dibakar 30 minit)

Filling
250 cream cheese
gula ising sikit
asen vanila
perasa lemon
Whipping cream sikit

(Di isi didlm tart shell and lorekkan dengan blueberry)-Bakar sekejap selama 5 minit...

Wednesday, July 11, 2012

Sweet 10 Years Farah Syafiqah

Alhamdulillah my second little girl become sweet 10 years..Semoga menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat sayang.Always remember we love you so much.





Sunday, June 17, 2012

SimeDarby Medical centre Subang Jaya

Ummi kata nak gi Hospital??Ini macam hotel je..

Nak gelak je rasa..Walidpun apa lagi kelentong...betullah hotel ni.... Farzeenpun conpius...kesian dia...

Sime Darby medical centre banyak berubah.Macam shopping complex..ada tempat makan bukan sekadar cafe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Restoran Chan Abdullah Kelana Jaya

Apalah nak bagi birthday gift untuk sang suami.Susah gak kalau main bagi je takut dia tak suka..so aku tanya nak apa.Surprise...dia kata tak nak apa2.Aku dan anak-anak adalah adiah yang tak ternilai buat dia.Alhamdulillah..perasaan suka dan terharupun ada.

Keluar makan di Restoran Chan Abdullah Kelana jaya.Regret sebenarnya..tak sesedap muhibbah n Homst.Tak palah inilah first n last gi sini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails