Seorang kawan aku yang bergelar pensyarah telah membuka kelas bakingnya sendiri.Selama ini, dia banyak menerima tempahan kek dan membuat kelas baking di rumah sendiri.So kami kawan2 sepakat untuk ke Melaka sempena cuti sekolah sambil bawak keluarga bercuti.
Seronok belajar buat kek ni tambah-tambah lagi dapat cikgu yang best cam kawan aku ni.Korang tahu sebenarnya bukan mudah buat kek ni..tak semua yang dirancang akan menjadi.Ada jugak bancuhan-bancuhan yang terpaksa di buang,misalnya terover mix ke or terlambat mix ke..dan ianya perlu kesabaran yang tinggi.
Sepanjang kelas tu kami sempat siapkan kek Russian,Kek indulgence,Pandan Layer,Pavlova dan kek fondant.Start pukul 10 pagi sampailah ke 7 malam...huuhhh memang penat tapi bebayar penat kita tu bila nengok hasil-hasilnya...
No comments:
Post a Comment