Friday, June 17, 2011

Cara mudah Menderma


Baru-baru ni dapat email dari Islamic Relief Malaysia.Dah lama rasa tak log on kesini so kepada sesiapa yang nak menderma cara mudah dan selamat, inilah tempatnya.Mudah sahaja.

"Ramadhan kembali lagi… dan tahun ini Islamic Relief Malaysia kembali melaksanakan Program Bantuan Ramadhan atau Ramadhan Relief Show Your Care 2011 (sebelum ini dikenali dengan Ramadhan Feed The Fasting).
Hanya dengan RM50, anda telah  melengkapkan makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga terdiri daripada 4 ahli. Pek makanan tersebut mengandungi beras, gula, garam, susu, tepung, minyak, sardine, teh, makanan bertin dan kurma ini diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.
Pada tahun 2010, Islamic Relief Malaysia telah mengagihkan pek bantuan makanan kepada 5,610 buah keluarga. Bagi tahun 2011 pula, Islamic Relief Malaysia mensasarkan untuk mengagihkan bantuan kepada lebih 6,000 keluarga di seluruh Malaysia.
Melalui Ramadhan Relief Show Your Care, keprihatinan anda akan melengkapkan Ramadhan mereka".  

http://www.irm.org.my/portal/ramadhan-relief-show-your-care-2011-programme

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails