Monday, April 18, 2011

Macam mana ni???

 

Kerajaan Selangor serah semula tugas urus pembersihan kepada PBT

2011/04/18

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti pungutan sampah di setiap rumah masih lagi dikendalikan oleh Alam Flora.
"Kami putuskan kuasa untuk perkhidmatan pembersihan diberi semula kepada PBT kerana kita dapati antara masalah terbesar dan aduan yang kita terima adalah mengenai kebersihan.
"Kita rasa dua tugas itu terlalu besar untuk dijalankan oleh Alam Flora. Sekiranya Alam Flora menumpukan kepada pemungutan sampah saja kita lebih senang tahu tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga mendapati Alam Flora lebih banyak bertindak sebagai koordinator dan menggunakan khidmat kontraktor untuk menjalankan tugas pengutipan sisa pepejal.

Beliau berkata, keputusan itu tidak memberi implikasi kepada kewangan PBT yang membelanjakan antara RM300 juta dan RM400 juta untuk kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal.

"Kita menganggarkan lebih daripada RM200 juta akan digunakan untuk pengurusan pembersihan," katanya.
Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor juga melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan sembilan PBT itu dapat menjimatkan kos pengurusan sebanyak 10 peratus yang selama ini dikenakan Alam Flora untuk pengendalian pengurusan pembersihan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, pengambilalihan tugas daripada Alam Flora sepatutnya dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula 1 April tahun ini menerusi peruntukan undang-undang yang telah diluluskan.

"Peruntukan itu memberi kuasa kepada kementerian untuk menentukan tugas syarikat konsesi perkhidmatan sisa pepejal tersebut di setiap negeri di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara," katanya.

"Oleh kerana belum dapat diselaraskan lagi pentadbirannya jadi kementerian belum jalankan tanggungjawab itu. Sebab itu pada dua minggu lalu kerajaan Selangor telah buat keputusan untuk bahagikan tugas tersebut," katanya.

Abdul Khalid juga berkata, keputusan itu tidak bercanggah dengan perjanjian kontrak yang dibuat dengan Alam Flora sebelum ini.

Ditanya kemungkinan kerajaan Selangor akan menamatkan perkhidmatan Alam Flora selepas ini, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian. - BERNAMA
 

3 comments:

selipar buruk said...

aduhhhh...lingkupla Alam Flora macamni.

isal said...

dik janganlah cakap cam ni...kita masih disini lagi maa...

aisyahalya said...

kalau ada rezeki tak ke mana... Allah maha mengetahui

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails