Thursday, January 27, 2011

Pau Kaya

"Ummi, nanti cuti Ummi buatkan pau yea" Alamak ada permintaan plak so kalau permintaan anak2 ni seboleh2nye nak buatkan. Macam tu gaklah aku walaupun bakat masak memasak tu belum sebati dalam jiwa aku lagi..almaklum dulu2 mana nak tolong emak kedapur sangat. Inilah hasilnya..walaupun taklah segebu pau-pau dikedai tu....tapi..bolehlah.....





Pau (Resepi K.Ummi)
Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum
2 sudu besar margerin
4 sudu besar water roux
1 paket yis
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu kecil bread improver
secubit garam
air suam secukupnya untuk menguli
inti kari daging dan kentang secukupnya

Cara-caranya:

1. Dalam mangkuk besar campurkan tepung, margerin, water roux, yis, minyak zaitun, gula, bread improver dan garam.
2. Gaul dengan tangan hingga sebati.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit untuk menguli hingga doh terbentuk cantik dan tidak melekat pada tangan.
4. Tutup doh tadi dan rehatkan hingga naik sekali ganda.
5. Apabila doh sudah naik, tumbuk-tumbuk lembut untuk membuang anginnya. Uli dengan lembut dan bahagi-bahagikan mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Bulatkan doh tadi dan isikan inti kari di dalamnya. Buat hingga habis.
7. Rehatkan doh berisi inti tadi hingga naik sekali ganda dan kukuslah selama 15 minit dengan api besar.

Tuesday, January 25, 2011

Hadiah Vs Rasuah..

Sekarang ni banyak sangat cerita rasuah2 ni..ialah duit depan mata siapalah tak nakkan. Susah gakkan kalau jadi orang2 yang berurusan dengan benda2 cam ni. Kalau tak tolong, orang kata sombong..kalau tolong plak macam-macam dia bagi. Entahlah so bagi aku jauhkan jelah dari menerima apa2 bentuk Hadiah dari orang yang kita tolong atau orang2 yang seangkatan dengannya...

Cam kitaorang dapat makanan n limau ni leh makan ke??????ni kira hadiahkan tapi syarikat yg bagi ni ada sebab gak bagi, coz kita dah melabur hampir setengah juta ngan dia..so...so...mari kita fikirkan bersama2..



Rasuah mencakupi empat perkara:

1- Melanggar undang-undang yang dikuatkuasa
2- Penyalahgunaan harta negara
3- Merugikan negara
4- Memperkayakan diri sendiri dan kerabat

Manakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan
utama dalam rasuah merangkumi:
1- Meminta/ menerima rasuah
2- Menawar/ memberi rasuah
3- Membuat tuntutan palsu
4- Menyalahguna jawatan/ kedudukan

Selesa Hillhomes Resort, Bukit Tinggi


Mula2 dapat email kena gi Selesa Hillhome Resort Bukit Tinggi ni :

Date
:
21&22 January 2011 (Friday&Saturday)
Venue
:
Selesa Hillhomes Resort, Bukit Tinggi


28750 Bentong, Pahang Darul Makmur
Agenda
:
As per agenda attached

Macam2 perasaan aku rasa..pertamanya..tengoklah tarikh tu..Friday Ok lagi, tapi Saturday tu....
Masa bersama keluarga terpaksa aku korbankan.Memanglah bukan selalu tapi beratnya hati..banyak aktiviti rumah yang aku nak buat.Bila pk punye pk pergi jelah....




Ghupa2nya,bila sampai sana je semua perasaan malas aku hilang...betapa best nye kat sana..he..he...
Yang paling best tu bab makan...dan satu lagi bab jatuh2 dlm hutan...betapa rasanya dah tua dan dah gemuk aku ni dibandingkan dedulu masa kat U gi camping..dah x larat rasanye....

Korang tahu sebelum2 ni ada gak member2 cite tempat ni keras tapi memang keraslah, malam tu lepas balik kelas dlm kul 11 mlm, aku rasa ada org ikut aku dari belakang. Aku siap cakap dlm ati..ko jangan ikut aku masuk umah..Mlm tu aku memang susah tidor.Memula aku tak citelah kisah aku pada sesiapa..ialah mungkin aku sorang je yg lemah semangat agaknya tapi ada kawan aku lagi sorang kena gak. Dia tidor sorang2, lepas tu dia rasa cam ada org usik dia dan otomatik dia tolak benda tu n dengar benda tu jatuh. Diapun cuba beranikan diri nak nengok apa benda yang jatuh..tapi x de apa2pun.Hee...korang cuba pk benda apakah itu?? Hanya Allah je yang tahu...

Friday, January 14, 2011

Bukan Diriku

Harian Metro

Baim semakin diminati
BANYAK drama lakonan Baim Wong disiarkan di negara ini hingga bintang kacak ini mempunyai ramai peminat di sini. Antaranya, Benci Bilang Cinta berganding dengan pelakon jelita, Marshanda dan kini, Bukan Diriku yang disiarkan menerusi Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang.
Memegang watak Ryo yang terbunuh apabila dilanggar Ariel tetapi kerana cintanya yang begitu mendalam pada Ayla, Ryo masuk ke dalam badan Ariel supaya dapat mendekati Ayla dan meluahkan cintanya. Nama Baim Wong naik mendadak di negaranya menerusi Benci Bilang Cinta yang disiarkan di stesen RCTI Indonesia pada 2005 kemudian disiarkan di sini tahun lalu. Terbaru, pelakon berdarah Sunda-Cina (sebelah bapa) yang juga pemilik nama sebenar, Muhammad Ibrahim Wong, 29, ini mempertaruhkan sineton terbarunya, Kejora dan Bintang yang bakal bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang di saluran Astro Ria bermula 25 Januari ini. Kali ini, anak kelahiran Jakarta, Indonesia ini bergandingan dengan bintang jelita, Alyssa Soebandono sebagai teraju utama dalam sinetron menarik ini.

Lebih memberangsangkan, sinetron Kejora dan Bintang ini mendapat sambutan hangat di Indonesia pada 2009. Selepas setahun bersiaran di sana, barulah peminat tempatan berpeluang menontonnya di kaca TV di sini.


>PROFIL
NAMA SEBENAR: Muhammad Ibrahim Wong
NAMA KOMERSIL: Baim Wong
TARIKH LAHIR: 27 April 1981
UMUR: 29 Tahun
ASAL: Jakarta, Indonesia
KERJAYA: Pelakon dan pengusaha restoran
STATUS: Bujang
AGAMA: Islam
KELUARGA: Anak bongsu dari lima beradik
ANTARA SINETRON : Cincin, Benci Bilang Cinta, Bukan Diriku, Cinta Hilang Cinta Kembali dan Kejora dan Bintang
Sebenarnya akupun tak tahu cerita ni best tapi bila balik office je aku nengok anak dan bapaknya asal 6.30 terpajak  je depan tv.Sekarang ni akupun dah sama join...relekskan minda dengan cerita fantasi he....he..yang peliknyekan kalau cerita Malaysia sure tak lulus tapi cerita2 Indonesia boleh plak masuk Malaysia dengan mudah..Entahlah.
Tapi yang pasti pelakon2 indonesia cantik2..Mehlah nengok gambo2 ni...




Tuesday, January 11, 2011

"Pisang Goreng" @ "Goreng Pisang"

Petang-petang selalu teringin nak makan pisang goreng.Selalunya tempat pisang goreng n kuih muih tu bukak tapi memang bukan rezeki kitaorang kot. Biasa HB aku dah membebel dah padahal MIL dah sediakan lompat tikam dah kat umah tapi still nak cari pisang goreng gak. Aku apa lagi rasa beranginlah satu badan..siap cakap kat sini berlambaklah orang jual goreng pisang.Itu kisah akulah dlm keta..kisah bebudak pun ada...

Sekarang ni kalau gi memana semualah nak ikut dan nangis2 nak turun..adoiii..dahlah ati panas..lepas tu si Farzeen n Faiz pulak leh gaduh pasal Faiz kata bukan "Pisang Goreng" tapi "Goreng Pisang". Si Farzeen ni plak tak leh kalah siap cakap bukan..."Pisang Goreng"...sorang cakap "Goreng Pisang" dan sorang cakap "Pisang Goreng" Last2 gaduh n nangis...Korang bayangkanlah bingitnye...

Ummi "Pisang Goreng" ke atau "Goreng Pisang"? Faiz tanye aku....aku plak tanya Walid dia...Walid jawab dua2pun boleh.......

Dalam ati aku..Yea ke?? BM dapat berapalah agaknye dulu....he..he...

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru buat semua.Apa azam korang tahun baru ni???? sure bekobar2 nak buat azamkan.Insyaallah dimana ada kemahuan di situ ada jalan..
Semoga Allah memberi kesihatan agar memudahkan kita untuk melaksanakannya..Amin...

Baru2 ni 1.1.2011,sorang pelakon muda Faizal Yusof telah menemui ajalnya..so..marilah kita sama-sama berpesan dan saling ingat mengingati hidup kita entah esok..entah lusa..kita tak tahu cuma dikesempatan yang ada ni kita kumpulkan apa yang patut untuk kita bawa bersama nanti di sana.... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails