Sunday, August 1, 2010

Hujung Minggu

Aktiviti hujung minggu lepas banyak rasanya. Dengan surau kat rumah adakan kick off ramadhan dan dengan mak mertua nak buat BBQ untuk anak beranak.Undangan rumah mak mertua memang tak leh nak dielakkan langsung ialah selagi orang tua masih hidup ni kami seboleh-bolehnya tidak akan menghampakan segala permintaan dan harapan mereka dan aku sangat berharap agar anak-anak aku suatu hari nanti akan mengikut jejak langkah walid mereka.(khas buat faiz terutamanya)

Pagi ahad tu sebelum aktiviti berbaberque kitaorang jalankan activiti mengunting rambut...ini semua gara-gara si Farah malas basuh dan ikat rambut.Bayangkan mandi tak sampai 5 minitpun..patutlah bau rambut busuk.Apa lagi tak pasal-pasal tiga-tiga kena gunting rambut termasuklah aku...(aku bukan kes tak basuh rambut yea...)

Petang balik dari gombak tu sempat jugak kami singgah makan di surau.Padahal perut dah kenyang tapi hidup bermasyarakat dan berjiran so gagahkan jugak pergi.Malam tu lepas sembanyang isyak diadakan konsert Hijaz dan ceramah dari ustaz Nazmi dan ustaz Rahimi.Tak sabar rasanya menunggu kedatangan Ramadhan.Semoga aku sempat melaluinya kali ini dengan sempurna.Insyaalah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails