Sunday, August 15, 2010

Dugaan Ramadhan ke-5

Pagi tu seperti biasa Faiz,Farzeen,Adam dan Aishah suka bermain basikal di halaman depan rumah wan mereka.
Suasana memang meriah macam dah nak raya pulak rasanya.Dalam pukul 10 pagi Adam n Aishah  balik Seremban , rumah wan di sebelah sana, lagipun mak diaorang dalam pantang melahirkan anak ke-4, so tinggal faiz dengan farzeen aje..kakak-kakak pulak sibuk nak pergi MPH dengan uncle Nazri.

Selepas zuhur diaorang dah berangkat ke MPH.Aku plak perasan yang Faiz senyap je.Selalunya dia mesti nak ikut.Dalam hati aku mungkin Faiz dah pergi so akupun solat zuhur. Lepas solat zuhur turun ke dapur tolong ibu buat karipap. Beberapa minit kemudian husband plak turun dari atas tanya..

Husband : Budak- budak dah pergi ke?
Aku        : Dah .
Husband : Faiz ikut sama ke?
Aku        : Tak tahu.

Mak mertua akupun cakap Cu Ham dan Najat ada so dia suruh husband aku call chu Ham jaga dan tengok2kan Faiz.Adik ipar aku Najminpun telefon husband dia tanya Faiz ada ikut ke? Husband dia Nazri cakap tak ada..

Mana Faiz?? Suasana jadi kecoh dan panik.Husband aku memanggil-manggil nama Faiz... Akupun jerit nama Faiz...cari dalam bilik tak ada..,dalam bilik air tak ada...,depan rumah tak ada..,belakang rumahpun tak ada...Yang ada cuma basikal dan kasut aje....

Husband aku dah meraung menangis sambil cakap "Faiz dah hilang bu...anak aku dah hilang...." Sawiyah(pembantu rumah kami) pun tak keruan sambil menangis keluar berjalan cari Faiz...
Mak mertua aku nangis-nangis siap call Adik ipar di seremban kata Faiz dah hilang....

Najminpun suruh husband dia balik kata Faiz dah hilang.....
Perasaan aku tak tahu nak cakap apa lagi...Nangis dan suruh husband call polis je...Ya Allah bagaikan hilang nyawa separuh badan anak hilang....
Ditambah pula dengan kenyataan Najmin.Ada kes budak hilang dikawasan Gombak ni.
Dalam otak ni teringat dalam TV macam mana budak di tangkap..terbayang-bayang muka Faiz...

Dalam cari punya cari..akhirnya husband aku jumpa Faiz dalam keadaan berpeluh-peluh tidur dibawah coffie table yang ada alas...Siapa sangka dia boleh tidur di sudut ruang tamu yang budak-budak tak main kat situ...
Didukung, dipeluk..alahamdulillah sujud syukur dipanjatkan pada Allah kerana aku masih berkesempatan menatap wajah anak aku lagi....

Bagaimanakan perasaan ibu kepada adik Syarlini yang hilang sampai kini tidak bertemu, Bagaimana perasaan ibubapa kepada adik Nureen yang dipotong2 dan dimasukkan kedlm beg..dan kini aku pulak merasainya dengan dugaaan kehilangan anak beberapa jam sahaja....

Bagi ibu-bapa yang lain janganlah pandang remeh atau terlalu biarkan anak kita berdikari sendiri kerana zaman sekarang tak seperti zaman dahulu dimana unsur-unsur kemanusian , kepercayaan terhadap janji-janji dan balasan Allah seakan hilang dan lenyap begitu sahaja.Sayangi dan berhati-hati sebelum ianya terlambat...

Anak-anak adalah saham amanah kita diakhirat nanti.Insyaallah..

1 comment:

AziE said...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails