Saturday, August 28, 2010

Biskut Sarang Semut


Inilah biskut kuih raya tahunan keluarga aku.(Resepi dari Mak cik di sek.9 Shah Alam)

Bahan-Bahan:

250 gram mentega
200 gram gula halus
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
200 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung custard
100 gram coklat rice
cawan kertas secukupnya
hiasa:coklat rice secukupnya

Cara-cara:

Pukul mentega +gula(sehingga kembang)+ telur+esen vanilla
Masukkan semua jenis tepung+ uli hingga x melekat
parutkan dlam cawan kertas+tabur coklat rice




Friday, August 27, 2010

Kuih Raya 2010

Hari cuti Nuzul Quran nilah berkesempatan nak buat kuih raya.Pagi-pagi lagi dah siap-siapkan bahan.Bahan-bahan semua dah ada kat rumah ni.Antara rajin dan tak je.Mehlah nengok aksi-aksi didapur rumah aku...





Biskut coklat rice (Resepi dari Che Ngah kami)


Bahan-Bahan:

250 gram mentega
155 gram gula perang
60 gram koko Van Houtan
30 gram tepung jagung
225 gram tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
coklat rice (hiasan)

Cara-cara:
Pukul mentega + gula perang(sampai kembang)
Masukkan telur+ esen vanilla.
koko+tepung jagung+tepung gandum(ayak) dan masukkan sedikit demi sedikit dlm adunan.
Masukkan dlm acuan kuih dahlia.





Sunday, August 22, 2010

Meraikan Anak-Anak yang berpuasa

Suka hati anak-anak aku bila Walid ajak berbuka puasa di luar. Sebenarnya dia orang dah tanya banyak kali bila nak buka posa diluar macam tahun lepas di grand millinium hotel.Hari minggu lepas impian diorang terlaksana jugak.

Semua pergi, dengan budak2 kenit yang tak puasapun ikut.Aku siap warning si kenit tu,nanti jangan buat hal tau...dia siap jawap okay ummi, Ajeen tak amuk-amuk...dalam hati aku yealah tu.leh caya ke??

Okay jugak menu makanan disana.Sedap...Semua ada, perut ni je tak larat nak diisi. Budak-budakpun tak delah makan banyak cuma seronok je nengok diorang berkobar amik makanan.Lagi satu kat situ siap ada orang nyanyi-nyanyi lagi..Ini macam bukan majlis berbuka tapi majlis sambut hari raya..

Wednesday, August 18, 2010

Buka Puasa di KLGCC

Ramadhan yang ke- 8 buka puasa sama-sama officemate..ala 5kerat jepun..Itupun free..alhamdulillah.

Sempat amik gambar orang yang sedang kelaparan je...makanan?? dah masuk perut...

Sunday, August 15, 2010

Dugaan Ramadhan ke-5

Pagi tu seperti biasa Faiz,Farzeen,Adam dan Aishah suka bermain basikal di halaman depan rumah wan mereka.
Suasana memang meriah macam dah nak raya pulak rasanya.Dalam pukul 10 pagi Adam n Aishah  balik Seremban , rumah wan di sebelah sana, lagipun mak diaorang dalam pantang melahirkan anak ke-4, so tinggal faiz dengan farzeen aje..kakak-kakak pulak sibuk nak pergi MPH dengan uncle Nazri.

Selepas zuhur diaorang dah berangkat ke MPH.Aku plak perasan yang Faiz senyap je.Selalunya dia mesti nak ikut.Dalam hati aku mungkin Faiz dah pergi so akupun solat zuhur. Lepas solat zuhur turun ke dapur tolong ibu buat karipap. Beberapa minit kemudian husband plak turun dari atas tanya..

Husband : Budak- budak dah pergi ke?
Aku        : Dah .
Husband : Faiz ikut sama ke?
Aku        : Tak tahu.

Mak mertua akupun cakap Cu Ham dan Najat ada so dia suruh husband aku call chu Ham jaga dan tengok2kan Faiz.Adik ipar aku Najminpun telefon husband dia tanya Faiz ada ikut ke? Husband dia Nazri cakap tak ada..

Mana Faiz?? Suasana jadi kecoh dan panik.Husband aku memanggil-manggil nama Faiz... Akupun jerit nama Faiz...cari dalam bilik tak ada..,dalam bilik air tak ada...,depan rumah tak ada..,belakang rumahpun tak ada...Yang ada cuma basikal dan kasut aje....

Husband aku dah meraung menangis sambil cakap "Faiz dah hilang bu...anak aku dah hilang...." Sawiyah(pembantu rumah kami) pun tak keruan sambil menangis keluar berjalan cari Faiz...
Mak mertua aku nangis-nangis siap call Adik ipar di seremban kata Faiz dah hilang....

Najminpun suruh husband dia balik kata Faiz dah hilang.....
Perasaan aku tak tahu nak cakap apa lagi...Nangis dan suruh husband call polis je...Ya Allah bagaikan hilang nyawa separuh badan anak hilang....
Ditambah pula dengan kenyataan Najmin.Ada kes budak hilang dikawasan Gombak ni.
Dalam otak ni teringat dalam TV macam mana budak di tangkap..terbayang-bayang muka Faiz...

Dalam cari punya cari..akhirnya husband aku jumpa Faiz dalam keadaan berpeluh-peluh tidur dibawah coffie table yang ada alas...Siapa sangka dia boleh tidur di sudut ruang tamu yang budak-budak tak main kat situ...
Didukung, dipeluk..alahamdulillah sujud syukur dipanjatkan pada Allah kerana aku masih berkesempatan menatap wajah anak aku lagi....

Bagaimanakan perasaan ibu kepada adik Syarlini yang hilang sampai kini tidak bertemu, Bagaimana perasaan ibubapa kepada adik Nureen yang dipotong2 dan dimasukkan kedlm beg..dan kini aku pulak merasainya dengan dugaaan kehilangan anak beberapa jam sahaja....

Bagi ibu-bapa yang lain janganlah pandang remeh atau terlalu biarkan anak kita berdikari sendiri kerana zaman sekarang tak seperti zaman dahulu dimana unsur-unsur kemanusian , kepercayaan terhadap janji-janji dan balasan Allah seakan hilang dan lenyap begitu sahaja.Sayangi dan berhati-hati sebelum ianya terlambat...

Anak-anak adalah saham amanah kita diakhirat nanti.Insyaallah..

Sunday, August 1, 2010

Hujung Minggu

Aktiviti hujung minggu lepas banyak rasanya. Dengan surau kat rumah adakan kick off ramadhan dan dengan mak mertua nak buat BBQ untuk anak beranak.Undangan rumah mak mertua memang tak leh nak dielakkan langsung ialah selagi orang tua masih hidup ni kami seboleh-bolehnya tidak akan menghampakan segala permintaan dan harapan mereka dan aku sangat berharap agar anak-anak aku suatu hari nanti akan mengikut jejak langkah walid mereka.(khas buat faiz terutamanya)

Pagi ahad tu sebelum aktiviti berbaberque kitaorang jalankan activiti mengunting rambut...ini semua gara-gara si Farah malas basuh dan ikat rambut.Bayangkan mandi tak sampai 5 minitpun..patutlah bau rambut busuk.Apa lagi tak pasal-pasal tiga-tiga kena gunting rambut termasuklah aku...(aku bukan kes tak basuh rambut yea...)

Petang balik dari gombak tu sempat jugak kami singgah makan di surau.Padahal perut dah kenyang tapi hidup bermasyarakat dan berjiran so gagahkan jugak pergi.Malam tu lepas sembanyang isyak diadakan konsert Hijaz dan ceramah dari ustaz Nazmi dan ustaz Rahimi.Tak sabar rasanya menunggu kedatangan Ramadhan.Semoga aku sempat melaluinya kali ini dengan sempurna.Insyaalah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails