Thursday, November 28, 2013

Grand Puteri Kuala Terengganu

Cuti Deepavali hari tu kami sempat melawat fatin n bawak dia bermalam di Kuala Terengganu.Terubat rindu walaupun baru je balik bercuti raya haji 2 minggu.

Betullah orang kata kalau jauh2 bertambah rindu dan sayang.
Sempatlah jalan2 dibandar terengganu ni,kebetulan hotel yang kami duduk tu berdekatan dengan pasar payang so mudah sangat.Jalan kakipun boleh tapi kalau dah bawak barang banyak baik naik beca aje.

Review tentang hotel...Ehmm..bilik agak terhad juga keluasannya tapi harga memang murah dan nett pulak tu.Kolam renang plak ada 2 bahagian untuk orang lelaki n untuk perempuan tapi mana2 boleh masuk...tak ada orang marahpun..

Yang kelakarnya orang terengganu panggil hotel ni hotel Wakaf...kalau wakaf patutnya freelahkan.

Agro Resort Setiu

Terengganu lagi..lepas ni dalam setahun bukan sekali dua je balik terengganu..selalu gamaknya.
Best memanglah best tapi penat gak duk dlm keta lelama.Masa hantar anak aku di Setiu,kami menginap di Agro Resort.Tempat ni sesuai untuk aktiviti team building ataupun kem2 motivasi.Tak sesuai jika saja2 nak menginap disini walaupun terdapat kolam renang.Tempatnya juga sunyi dan agak jauh dari jalan raya.
Kami tiada pilihan dan resort ni saja yang ada selain hotel2 rumah kedai di bandar permaisuri.




Wednesday, November 27, 2013

Tanjong Vista Kuala Terengganu




Tak ada ceritapun...just nak post gambar di Tanjong Vista Hotel.Review hotel..oklah tapi space bilik yang agak kecil dan swimming pool ada atap tapi yang paling best depan hotel ada tutti fruity so bolehlah makan ais krim dengan mudahnya.

Asrama

Cita-cita nak masuk asrama akhirnya terlaksana juga.Masa awal2 kemasukkan budak2 form 1 keasrama,aku selalu pujuk fatin memang tak ada rezeki..semua ada hikmah di sebalik kejadian.

Alhamdulillah setelah hampir setahun menunggu akhirnya berpeluang jua mendapat tawaran,walaupun jauh,itulah yang dikatakan rezeki.Allah permudahkan semuanya.Rugi kalau tak terima.

Mula2 Ayahnya memang tidak membenarkan dia pergi tapi akhirnya terpaksa akur kerana dia yang beria2 hendak pergi. Jauh memanglah jauh dan perasaan aku bercampur baur dengan komen kekawan yg mengatakan anak masuk asrama dari form 1 jauh dari keluarga dan apa2 keputusan dia orang tak refer sangat ibubapa ni tapi bila husband mengatakan yang dia tidak macam tu walaupun masuk asrama dari form 1 n terus belajar di luar negara tapi apa2 keputusan yg nak dibuat masih refer kepada ibubapa sebagai panduan.

Harap2 anak akupun akan mengikut jejak langkah macam tu juga.Semoga fatin dilindungi oleh Allah dan berjaya didunia dan akhirat.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails