Friday, April 13, 2012

Faiz n Farzeen at KidZania

Aku kenal KidZania 2 tahun lepas,itupun aku nengok gambar-gambar kawan aku bawak anak dia kat Jakarta.Memang menarik,masa tu terlintas di fikiran,bilalah Malaysia nak ada KidZania ni.Tup-tup tahun ni KidZania Malaysia dibuka.

Ada gak bercita-cita nak bawak budak2 ke sana.Biar diaorang dapat kelainan aktiviti di musim sekolah.Kalau zaman aku dulu-dulu aktiviti cuti sekolah mesti kat kampung.Bila cerita dengan kekawan yang memang duduk kampung seronok je rasa coz aku sempat melalui detik-detik tu dulu.Bila aku bandingkan dengan zaman anak-anak aku sekarang sungguh jauh berbeza.Macam ada sorang kawan aku tu bercerita yang dia darjah 6 dah amik air kat perigi basuh seluar jeans abang dia..dan yang paling aku respek tu boleh rendam dulu beberapa hari sebelum berus...Hebatkan..

Hari tu aku bandingkanlah kawan aku dengan anak dara aku ni..Korang tahu tak apa anak aku cakap "Ummi  macam tu ke dulu?" Alamak!! terdiam sekejap...Susahnya nak sedarkan budak2 sekarang ni...

Berbalik pada cerita KidZania tadi...Kebetulan sekolah Tadika Genius Aulad adakan rombongan ke sana so memang rezeki budak kecik 2 orang tulah.

Faiz berminat nak jadi Pilot tapi mungkin ramai so dia berpeluang jadi Fireman dan Farzeen pulak berpeluang jadi Dentist dan Chef.Happy sangat dia orang.





Kakak2 pulak nak ke sana ada perjanjian kalau exam dapat 5 A je akan Ummi usahakan.
Pergi ramai-ramai so cikgu amik gambar ke tidak kat sana..

1 comment:

AziE said...

Hebat jugak kawan ko tu ya.
Budak2 sekarang ni......pening aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails