Monday, January 30, 2012

Staff Get Together

"RETRO"...aLAMAK ada temalah pulak...tapi oklah sebelum ni asyik nengok gambo kawan2 kerja kat tempat lain memang meriah kalau annual dinner tu, macam-macam tema ada.Tak sangka akhirnya setelah 13 tahun bekerja baru dapat merasa.

Mula-mula tukan aku tak terpkpun apa2, pakai je t-shirt hijau yang di bagi tapi ada kawan terdekat aku tu  asyik mengoogle baju-baju retro dan ada sorang tu siap nak sewa lagi costume retro. Ini macam tak leh jadi ni takkan aku satu bendapun tak ada....


Kebetulan pergi MyDin beli barang2 dapur so sempat tergrab spek mata yang besar2 tu.RM10 aje bolehlahkan.Topi pulak terjumpa masa gi kedai RM5 so oklah untuk suka-suka. Tup-tup korang tahu kawan aku yg 2 orang tu pakai  t-shirt ijau aje...

Habis program dalam pukul 4.00pm dan aku bernasib baik dapat voucher KFC yang bernilai RM20.Rupa-rupanyakan ada yang datang tapi tak dapat hadiah apa-apa dan ada pulak yang baru masuk kerja sebulan dah dapat hadiah utama TV LCD.....itu namanya rezekikan...  





Monday, January 16, 2012

Makan2 di HOMST Kota Damansara

Mana mahu makan Kakak?? kakak geleng kepala..."Apa-apa je asalkan nasi"..
Mana mahu makan Tah?? Sari Ratu
Mana mahu makan Faiz??Faiz tak nak makan...
Mana mahu makan Ajeen??Senyum je...

Perut anak-anak aku ni semuanya perut nasi maklumlah ada tempias2 perut orang pantai timur..
So aku suggest jom kita kita gi HOMST kat kota Damansara jelah dan kebetulan hari tukan aku dah rasa makanan kat sana not bad jugak.

Ini sempena jugak untuk meraikan kakak agar dia lebih bersemangat lagi untuk mencapai kejayaan.Keputusan UPKK yang diterima tahun lepas..."Syukur Alhamdulillah"






Ok gakkan harga tu coz banyak yang kami order...

1.sotong goreng tepung
2.daging black papper
3.kailan
4.udang petai
5.Telur Dadar
6.Tom Yam Campur
+ Air-air............

Wednesday, January 11, 2012

Detik Permulaan Sebuah Perjalanan

Enam tahun dahulu  Fatin Syatirah(6 tahun)  n Farah(4 tahun) tadika bersama di "Sri Zesta Montessori"


Kini Faiz Syahmi(6 tahun) n Farzeen Syafia(4 tahun) di "Genius Aulad Subang Bestari"

Thursday, January 5, 2012

Meraikan Kawan di HOMST-Seksyen 13 Shah Alam

Sorang demi sorang keluar dari company aku ni,lately ni orang lama-lama yang berhenti. Adoi macam dah tak best je kerja tapi nak buat cam na...kalau tak kerja macam mana nak bagi duit kat mak ayah....
Meraikan pemergian Faizal di HOMST Seksyen 13 Shah Alam

Nak cari kerja lain rasa cam dah tua dan dah malas nak redah jem2.Kalau boleh nak kerja dekat ngan rumah dan yang senang2 je...tapi..ade ke?? Ahh...malas nak pk lebih2 selagi boleh kerja mkn gaji ni kerjalah dulu kalau dah terpaksa kerja kat rumah jelah ulit anak2 dan suami.

Baru-baru ni sorang lagi dari department aku anto surat tender tapi dia ni kira kategori orang baru.Baru 3 tahun kat cni.Bagi budak muda2 ni kalau dapat better offer baik pergi.

Buat adik ni akak doakan semoga berjaya diluar sana dan jangan lupa kami yang masih tinggal disini....

Wednesday, January 4, 2012

Permaisuri Resort and Tiara Beach Resort PD

Penutup tahun 2011, kami sekeluarga ke PD.Itulah tempat percutian yang terdekat dan mudah.Ingatkan cuti lama naklah pergi jauh2 tapi husband tak prefer nak drive jauh2 pulak.Penat katanya..so just booked di Permaisuri Resort and Tiara Resort.Kali ni angkut anak sedara yang perempuan2  tiga orang so ditambah dengan anak aku 4 orang.Korang bayangkan 7 orang semuanya...ramaikan anak aku..tapi memang seronok kalau tak gaduh.Time gaduh masing2 telepon ibu masing2.Budak perempuanlah katakan....


 Permaisuri Resort Hotel terletak di Bt 10( Blue Lagoon)-Room Ok tapi pantai kurang menarik.

 Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Pasir Panjang

Tiara Beach Resort(New look ada tempat permainan baru kanak2) dan dah kena bayar untuk main semua pool)

Tuesday, January 3, 2012

Tutti Frutti at Platinum Walk Danau Kota

Sekarang ni macam-macam ice cream di pasaran.Teringat masa dulu2 ice cream potong dan ice cream kon yang apek cina datang dari rumah ke rumah.Yang menarik tu ada yang pakai tikam2.Korang cuma perlu pusingkan jam yang ada kat motor apek tu.Kalau nasib baik dapatlah ice cream banyak..kalau tak dapat seketul jelah...Kalau ice cream Walls tu dah ada tapi agak mahal sikitlah dan kalau aku betul2 nak makan ice cream mahal tu kenalah simpan duit sekolah.Hebatkan zaman dulu2..tak yah mak ayah suruhpun aku dah pk apa yang harus aku buat kalau nak dapatkan sesuatu.

Aku cuba gak terapkan nilai2 tu pada anak2 aku sekarang tapi hasilnya kekadang aku yang kalah.Kononnya tak sampai ati dan mungkin satu lagi aku sebagai ibu mudah sangat  cair dan tak nak anak2 susah coz aku dah rasa dulu..Betul ke tindakkan aku ni??Entahlah..susah sebenarnya jadi ibu bapa zaman sekarang...

Baru-baru ni bawak anak2 dan anak sedara enjoy Tutti Frutti di Platinum Walk di Danau Kota.Hati2 yea kawan2 Tutti Frutti ni main timbang so silap2 kalau budak2 tak nak share mau beratus kena.Inilah yang kitaorang kena tapi tak pelah sekali sekalakan apa salahnya.Lepas tu kitaorang gi shopping mall baru di "Festival City".





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails