Friday, April 29, 2011

Shopping2 n Makan2

Akhirnya...berjumpa sekali lagi.Mula-mula tu macam-macam halangan.Kejap yang ni cam nilah..cam tulah tapi itulah semangat kekawankan.

So bolehlah jadikan aktiviti setiap tahun.Betullah kata Yatie dlm blog dia "friends forever".Aku tak jumpa kekawan macam korang walaupun aku dah jumpa ramai kawan lepas kerja ni.Perasaan tu lain sikit..hanya mereka2 yang telah merasainya saja dapat memahami.He..he...cam ayat jiwang plak..

Jakel KL

                                                                           Insaffff.....

                                               Rasanya aku yg makan paling banyak.(Tq Mas...)

                                                   Secret Recipe- Sogo (Tokey minyak belanja)

Eh..rasanya semua dah kena pau ni tinggal 2 je lagi....so....tunggu...............................

Wednesday, April 20, 2011

Selamat Ulang Tahun Faiz Syahmi - 5

Lately banyak sangat buat perangai entahlah hero sorang ni...ada je nak kacau dan tendang kakak2 dan adik.Yang tension tu kalau dia menangis atau mengamuk alamat macam nak runtuh langit dibuatnya....
Okaylah apa-apapun Ummi nak ucapkan Selamat hari lahir Faiz Syahmi....senyuman mu sentiasa dihati Ummi.

 Panjang umurnya .. panjang umurnya
Panjang umurnya ... serta mulia
Serta mulia ... serta mulia

Panjang umurnya .. panjang umurnya
Panjang umurnya ... serta mulia
Serta mulia ... serta mulia

Selamat ulang tahun kami ucapkan
Selamat panjang umur kita kan doakan
Selamat sejahtera sehat sentosa
Selamat panjang umur dan bahagia

Selamat ulang tahun kami ucapkan
Selamat panjang umur kita kan doakan
Selamat sejahtera sehat sentosa
Selamat panjang umur dan bahagia
Selamat panjang umur dan bahagia

Tuesday, April 19, 2011

Read To Me,Mom..by Genius Aulad

Kebetulan agaknya aku dijemput menghadiri program chit chat yang di anjurkan Genius Aulad.Program tu diadakan masa yang sama dengan kelas Farzeen so ibu-ibu boleh tinggalkan anak2. Actually anak aku dah 4 orang tapi inilah pertama kali aku menghadiri program cam ni.Ok gak untuk tukar2 pendapat dan dengar banyak pengalaman dari ibu-ibu lain.Mehlah baca sikit antara artikel yg ditulis:

Read To Me,Mom..

-Parents often wonder what they can do to help their preschooler be successful reader even before he or she begins to read,sometimes resorting to fancy computer software and aggressive reading strategies to help give their child a leg up.

- Simple everyday techniques,such as helping a preschooler understand what is being read to him, are a fun,effective and developmentally appropriate springboard for reading success.And reading comprehension and sequencing are two pre-reading skills that preschoolers can practice before they can read themselves.

-Readind comprehension is understanding the meaning of the text.Young readers sometimes become so involved in the process fo sounding out words.They forget to pay attention to what they are reading about!You can help your child learn to focus on what he reads by reviewing what you read together.

-How to practice reading comprehension:

--Wonder Why.When a character does something in a story that is explained later,ask your child why they think the character did it.For example,if you are reading"The Three Billy Goats Gruff".you might ask your child why the troll let the littlest billy goat go over the bridge instead of eating him.As you continue to read,you can see if his guess was correct.

--Notice New Words.When you come across a word your child may not know,stop and ask him what the word means.For example, if you read "There way an enormous crash!"As your child "What does enormous mean?"If he doesn't know,you can explain it to him,then re-read the sentence.This will help him to understand the meaning of what is being read and he will begin to feel more confident asking about words he doesn't know.Building a large vocabulary helps with reading because it's much easier to soung out a word that you know than one you have never heard before.

--Reading Review.Before you read a favorite story over again say,"I remember reading this story" but I don't remember what happens to the pig.Do you"Your child will surely chime in and tell you what happened and practice the important skill of retaining and viewing information.

--Delve into details.After the story is finished.ask a series of questions about the events and characters.For example:Why did the man hide the book?

--To teach your child to love reading.they first have to see that you love reading.Let them see you read often.Let them see that you would rather read the book than watch the movie.If you can train yourself this way.you are well on your way to giving your children a great advantage.

--Remember that your children will eventually become what they put in their minds.It is very, very important that you give them good character building books to read.Try to read them first yourself or at least skim them.Put good,moral things into your child's minds.Thing that will grow their character rather than just feed and dull their senses.Give them real living books to help them form their way of thinking.





Pn.Zaliza ni ada mention yang kita ni sering risau bila tanya anak orang dah tahap dah level 5, 6 lah sedangkan anak kita baru level 4.So jangan risau insyallah anak2 anda akan pandai membaca dengan sendirinya dan berdasarkan pengalaman aku memang betul apa yang dikatakan.

Monday, April 18, 2011

Macam mana ni???

 

Kerajaan Selangor serah semula tugas urus pembersihan kepada PBT

2011/04/18

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti pungutan sampah di setiap rumah masih lagi dikendalikan oleh Alam Flora.
"Kami putuskan kuasa untuk perkhidmatan pembersihan diberi semula kepada PBT kerana kita dapati antara masalah terbesar dan aduan yang kita terima adalah mengenai kebersihan.
"Kita rasa dua tugas itu terlalu besar untuk dijalankan oleh Alam Flora. Sekiranya Alam Flora menumpukan kepada pemungutan sampah saja kita lebih senang tahu tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga mendapati Alam Flora lebih banyak bertindak sebagai koordinator dan menggunakan khidmat kontraktor untuk menjalankan tugas pengutipan sisa pepejal.

Beliau berkata, keputusan itu tidak memberi implikasi kepada kewangan PBT yang membelanjakan antara RM300 juta dan RM400 juta untuk kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal.

"Kita menganggarkan lebih daripada RM200 juta akan digunakan untuk pengurusan pembersihan," katanya.
Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor juga melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan sembilan PBT itu dapat menjimatkan kos pengurusan sebanyak 10 peratus yang selama ini dikenakan Alam Flora untuk pengendalian pengurusan pembersihan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, pengambilalihan tugas daripada Alam Flora sepatutnya dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula 1 April tahun ini menerusi peruntukan undang-undang yang telah diluluskan.

"Peruntukan itu memberi kuasa kepada kementerian untuk menentukan tugas syarikat konsesi perkhidmatan sisa pepejal tersebut di setiap negeri di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara," katanya.

"Oleh kerana belum dapat diselaraskan lagi pentadbirannya jadi kementerian belum jalankan tanggungjawab itu. Sebab itu pada dua minggu lalu kerajaan Selangor telah buat keputusan untuk bahagikan tugas tersebut," katanya.

Abdul Khalid juga berkata, keputusan itu tidak bercanggah dengan perjanjian kontrak yang dibuat dengan Alam Flora sebelum ini.

Ditanya kemungkinan kerajaan Selangor akan menamatkan perkhidmatan Alam Flora selepas ini, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian. - BERNAMA
 

Thursday, April 14, 2011

Sejenak di KLIA

Sabtu lepas hantar husband keKLIA. Lama gak husband tak outstation.Last tahun lepas gi Jakarta.Kali ni project di Budapest,Hungary. Ramainya orang kat airport ingatkan zaman2 ekonomi cam ni orang tak gi jejalan.Gpupa2nya anggapan aku meleset sama sekali.Ramai orang berduit dan berwangkan.

Dalam reramai orang tu ada tempat yang check in tak ade orangpun.Bahagian business class n first class so mudah je husband aku, tak payah q pun.Ialah nak harapkan gi sendiri naik first class jangan haraplah berkurun simpan duitpun tak sanggup nak membayor harga tambang je yang berpuluh2 ribu.Harapkan rezeki kerja jelah.

Rupa-rupanya naik MAS ni dapat rewards.Kalau kita kumpul point bebayak dapat convert tiket free so harap2 (asyik ber harap je..) nanti kami sekeluarga dapat merasa gi jejalan ngan tiket free ni.Dedulu husband aku tak tahu so rugi cam tu..kalau tak dah banyak point agaknya.


D'Masiv - Rindu Setengah Mati

aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

kembali ke reff

aku rindu setengah mati

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu
 
 
(he..he..yo yo je aku ni siap lagu lagi...lagipun lagu ni 
tiap petang aku 
satu family dengar 
dlm kejora dan bintang dan la ni si dia tak de so rasa2 rindu tu 
muncullah sikit2.) 

Tuesday, April 12, 2011

Happy Birthday Kakak 7.04.2011


Sorry Kakak..Umi lambat sikit nak loadkan N3 ni.Sorry jugak coz terpaksa tukar plan asal gara-gara Ummi tak ingat hari tuition korang.Sebenarnya dah plan nak gi Sari Ratu tapi last-last sambut birthday kakak kat Top Seafood je.Dari air muka kakak, Ummi tahu macam tak happy je..tapi apa-apapun kita kena bersyukurkan, ada orang tak dapat sambutpun birthday.Ini kakak still ada Ummi, Walid dan adik-adik.Lagipun ini merangkap birthday faiz dan sempena Walid nak outstation.Boleh jekan...

Masa balik tu..ada orang siap bisik ngan ummi nanti birthday dia tak nak sambut di Restoran seafood..
Hai budak-budak sekarang..aku dulu dapat makan kat restoran je dah raya sedap dah.

Friday, April 8, 2011

The New Muhibbah

Sunyi gak rumah weekend lepas coz fatin n farah ada program kem ibadah di Sekolah aunty Maria di Bukit Antarabangsa.

So Petang tu bawak 2 orang ni je gi survey2 beli kamera. Akhirnya beli Digital kamera brand Lumix Panasonic. Awat tak beli yang DSLR ke? Husband aku ni bukannye jenis suka bende-bende cam ni. Ialah lain orang lain kot.

Lagipun aku tahu dia malas nak amik2 gambo ni..dan akupun sama malas nak pegang benda2 berat masa jejalan. Hee..he..itu akulah, so end up dgn digital kamera jelah yang ringan dan senang nak dibawa kemana-mana.
Lepas tu we all terjah makan di Muhibbah.Ghupa2nya tempat baru ni berhampiran dengan tempat majlis perkahwinan anak arwah ayah Dha.

Kedainya boleh tahan besar tapi macam makan kat kantin sekolah je..coz open sangat . Apa-apapun makanannya memang sedap.Seperti biasalah menu faberet  kami sekeluarga ialah Daging Blak Paper, Udang sambal petai and Asparagus goreng belacan.

Sunday, April 3, 2011

Emas Oh Emas

Emas..makin hari semakin naik.Adoi.. bila kenang-kenangkan emas2 aku yang hilang memang sedih bangat. Baru- baru ni aku temankanlah Ibu Yah ke Wah Chan. Dia dah lama nak tambah koleksi cincin..ari tu masa balik T'ganu tak sempat nak nengok2. Akhirnya tercapai gak hasrat nak pakai cincin, sampai 3 bentuk plak tu..Masa beli ni harga emas 157 tapi Wah Chan bagi potongan 2 hinggit.


Bolehlah kebetulan Ibu Yahpun nak sambung berkhidmat ngan kami sekeluarga lagi so apa salahnya aku jadi banker.Dia nak beli sekaligus tak mampu so sikit2lah. Apa lagi ibu..kiranye dah lengkap 1 badan ni...rantai, gelang semua dah ada..berbaloi gakkan keje sini...

Mula-mula tu teringin nak tukar koleksi aku ni tapi pk punya pk aku rugi sebenarnya..dahlah dapat barang yang kurang berat dan kalau nak barang yg sama berat aku kena tambah almost 1k lagi...memang tak berbaloi..

Punyalah semangat nak tayang kat Fatin, Last2 Fatin kata cam Zulian je....he.he....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails