Wednesday, July 28, 2010

Pannaz...


Lama rasanya tak dating berdua-duaan.Sesekali memang best tanpa gangguan anak-anak.Agaknya bila anak dah besar-besar nanti lagi selalulah kami berdua-duaan gamaknya.
Rasa nak makan western food so kamipun memilih di Pannaz Damansara Perdana.Pergi waktu weekdays so taklah ramai orang sangat.Okaylah sedap jugak, lain kali leh datang lagi...

Tuesday, July 27, 2010

Makan2 di Santai

Ada orang nak belanja makan sempena naik pangkat dan dapat bonus tapi  berapa kali tah tukar tempat, adalah 10 kali kot  akhirnya memilih "Jom Santai di Kota Damansara".

So malam sabtu tu gilah kota damansara dibelakang restoran sari ratu rasanya.Punyelah ramai orang makan2 terutamanya orang cina.Ialah memang kawasan diorangpun..

Adik ipar aku order punyelah banyak..sampai penuh satu meja panjang.Alhamdulillah..tapi rating boleh bagi 3 jelah..

Apa-apapun tq dillah semoga dimurahkan rezeki dan dapat belanja kitaorang lagi....



Monday, July 19, 2010

ESQ Leadership Training

Disaat-saat aku mencari dan berperang dengan diri aku sendiri, apa yang aku hendakkan didunia ini, apa yang aku harus lakukan dengan pekerjaan yang sekakan-akan statik dan ditambah pula dengan dugaan dalam mendidik dan membesarkan anak2 yang silih berganti, dengan ilmu agama yang terlalu tipis..Aku sebenarnya hampir2 kecewa..

Pada mulanya aku terfikir untuk apalah training sampai 3 hari ni..dahlah weekend. Masa bersama keluargapun aku tak dapat penuhi seperti biasa...tapi Alhamdullillah aku sebenarnya adalah antara orang-orang yang terpilih yang Allah tentukan untuk menghadiri training ni.

Bagi aku training ni sungguh bermakna dan InsyaAllah akan aku pratikkan dalam kehidupan sehari-hari dan sehingga sampai aku bertemunya kelak..



Hayatilah lirik lagu ni yang diambil dari surah Asy-Syamsy:

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta binaanya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya

Allah,Subhanallah...Allah,Subhanallah...
Allah,Subhanallah...Allah,Subhanallah...

Allah mengilhamkan sukma kefasikkan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotorinya....Subhanallah

Album: Di Pintu Langit
Nasyid: Snada
Cipt: M.Lukman Nunasyim
Music: Ari Wibowo


Monday, July 12, 2010

Aksi-Aksi Paint ball

Selama ni dok dengar game paint ball tapi tak pernah plak terlintas dihati nak main game ni.Alih-alih kelab sukan office adakan acara paint ball so apa  lagi budak2 IT pun daftar nama aku.Kebetulan dalam IT ada 2 orang je perempuan so aku masuk jelah sekadar suka-sukalah katakan.

Selepas dengar taklimat,kaki dan perut dah rasa gementar, ialah tak pernah tengokpun orang main tapi dalam hati tu siap baca-baca doa sebenarnya.

First game memang kumpulan aku yang akan berperang "Virus Attack".Memang nasib aku tak baik baru nak main je dah kena tembak.Sakitnya Allah je yang tahu.Rasa kulit perit tapi memang yepun adalah sebesar tapak tangan lebamnya.

Seronok memang seronok tapi bagi akulah inilah kali pertama dan terakhir aku main paint ball agaknya.

Sunday, July 11, 2010

Birthday Farah Syafiqah

"Farah gi baca bukulah..., Farah dah solat ke belum?" "Ummi ni....Hari nikan birthday Tah...so suka hati Tahlah nak buat apa yang Tah suka..."

Hai! budak-budak sekarang..aku tak sempat cakap lagi dah macam-macam di jawabnya..

Okaylah Tah apa-apapun, betul jugak Tah cakap tu tapi Ummi rasa bukan masa birthday je..hari lain pun sama jugak...

Dikesempatan ni Ummi ucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-8..sorry tak sempat nak buat birthday party tapi Tah request nak pi Sari Ratu Subang Parade and makan kek secret recipe.Last-last nak masuk Subang Paradepun tak boleh ade event Celcom so pergilah Sari Ratu Kelana Jaya.

Ummi,Walid,K.Fatin,Faiz n Farzeen doakan semoga Tah berubah,dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah.


Monday, July 5, 2010

Projek Nilai

Akhirnya sampai jugak hajat kami nak gi jejalan kenilai. Jalan-jalan? bukan setakat jalan2 tapi perabis duit...he..he..
Ina yang borong sakan dari langsir,kain baju sampailah ke karpet...
Aku sempatlah berjasa untuk emak..okaylah dapat jugak mak aku beraya dengan langsir baru tahun ni.

Sambil menunggu langsir siap dijahit..kitaorng menjamu mata di kedai2 yang lain dan sempat isi perut di Marry brown dulu..ialah alas perut nanti kembung angin plak nanti.

Diam tak diam dah petang...macam sekejap je rasanya.Kalau duk office taklah sekejap ni...itu akulah..tak tahu orang lain.

Singgah rumah emak kejap and terus gi Bangi untuk menikmati ayam penyet.Bolehlah sedap gak tapi semua sakit perut lepas tu...tak baca bismillah ke apa??
Lepas makan sempat gak singgah Aryani..ada sale pra ramadhanlah plak..

Sampai putrajaya dlm kul 8.00 pm..sebelum kena bebel ngan Mat Plin , aku n yatie cabut dulu..he..he..coz ct janji ngan hubby dia nak balik around 4.00pm.Mana sempat beb..
Aku plak lepas drop yatie di putra height terus pecut balik rumah itupun anak2 sibuk call bilalah ummi nak balik.Sib baik yang tercinta gi tegok bola kat kedai so tak dengarlah apa-apa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails