Saturday, May 29, 2010

HAPPY ANNIVERSARY -11 TO US...


May Allah bless our marriage alwiz..didunia and disana nanti..insyaallah

Tuesday, May 18, 2010

LITTLE SHOWCASE- We're Brothers and Sisters


The ninth performance was a show about the ‘Ipoh Tree’ by GA Kota Damansara. This song reminds us to love and save the environment. Props include flower costumes, steam roller, KLCC, mushrooms, rainbows, trees, chopper, lightning, contractor costume, and butterflies. The storyline was adorable yet educational.



"Dear parents,

Please note on the details:


1. PERFORMANCE participation is only for 4 & 5 years children.

2. Parents will come with children on 16th May 2010 to dewan S.U.K Shah Alam. Other details & map can be found in the children's MESSAGE BOOK.

3. Children need to be at the Dewan by 1.30pm for preparation and changing as Showcase starts at 3.00pm.

4. ENTRANCE for parents & families are FREE! 5. As almost 600 children will be attending and participationg, follow the instruction of seatings to ensure smooth DISMISSAL for you child.

We wish Good luck to ALL. -Special guest "RAIHAN" "




First konsert for Faiz Syahmi.Walaupun demam tapi bersemangat nak buat show.Kakak2 asyik tanya "faiz jadi apa?" tapi memang differentlah anak lelaki dengan anak perempuan.Kalau anak perempuan tu macam bertih mulut diorang..tapi hero yang sorang ni relex je cakap "Faiz tak jadi apa-apa ..goyang je"
So bila tiba hari tu kakak2 bersemangat nak tengok adik dia buat apa sebenarnya...punyalah ramai orang sampai tak muat dewan.We all pun dapat duduk kat tangga aje.Lama jugak nak tunggu persembahan group ke 9 "Ipoh Tree".

Sorang demi sorang budak GA Kota Damansara keluar..tercari-cari faiz.Rupa-rupanya jadi mushroom..lepas tu kena tebang and mati...ehm menarik..


For me and sekeluarga, apa yang kami belajar tentang Faiz ialah seorang yang hebat, kuat semangat, relax and tidak show off walaupun dia tahu sesuatu benda tu.



Sunday, May 9, 2010

Cheese Cake


Sempena Hari ibu semalam, rasa nak buat cake untuk sefamily.Sedang tengah siap-siapkan bahan mak n abah datang rumah.Okaylah dapat diorang rasa cheese cake aku hari ni.Mula-mula tu takut gak tak jadi coz aku punya oven dah bengong sikit instead bakar 1 jam aku punya oven jadi 2 jam.Inilah hasilnya ada 2 gambar tapi satu dah terdelete plak..

Bahan-Bahannya:
1.Tepung cake optima
2.Telur 5 biji
3. satu pek cheese 250g
4.Butter 250g
5.2 sudu susu cair
6.2 sudu lemon jus.

Senang je campur kesemua bahan-bahan tadi and mix selama 4 minit.Lepas tu masukkan dalam loyang yg telah di sapu dengan mentega.Bakar selama 1 jam dengan 175c.



Thursday, May 6, 2010

Betul ke??

Abai penampilan

Oleh Shamsul Munir Safinishamsulmunir@hmetro.com.my2010/05/06

KUALA LUMPUR:”Isteri-isteri di Malaysia kurang menjaga penampilan diri, malah ada yang sudah bosan menjadi suri hati suaminya yang dianggap sudah ‘pencen’. Lebih menyedihkan mereka hanya fokus kepada anak dan cucu berbanding suami,” kata kaunselor, Hushim Salleh mengenai sikap isteri pasangan warga emas sekarang. Katanya, fenomena itu budaya baru dalam masyarakat apabila pasangan sudah menjengah usia emas.
Kaum wanita (isteri) katanya, sudah jarang menjaga penampilan diri malah ada yang memarahi suami jika cuba bermanja-manja dengan alasan sudah lanjut usia dan sebagainya.
Hushim berkata, tidak hairanlah jika lelaki atau suami warga emas ini mudah didekati gadis muda dari seberang yang ternyata pandai melayan dan menjaga hati lelaki ini. “Golongan wanita warga asing ini pandai mendalami keinginan lelaki warga emas yang tidak akan pernah surut.
“Bukan itu saja, golongan suami ini tidak dipedulikan, malah jarang berkomunikasi dengan si isteri yang sibuk dengan anak dan cucu hingga merasa terpinggir kerana tidak didekati seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai seorang lelaki warga emas yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Klang, Selangor sejak beberapa hari lalu dipercayai dilamun cinta sebelum membuat keputusan nekad mengikut seorang wanita warga Indonesia pulang ke negara asalnya.
Hushim berkata, masyarakat tidak boleh hanya menyalahkan perempuan dari seberang apabila berlaku kes seperti ini kerana masalah berpunca daripada pasangan itu sendiri.
“Memang tidak dapat disangkal perempuan ini mahukan kesenangan, lebih lagi cinta sebegini bukan sesuatu yang ikhlas.
“Mereka mungkin hanya mahukan wang ringgit sebelum meninggalkan lelaki warga emas itu terkontang-kanting, namun isteri perlu mengambil langkah mengatasi masalah ini sebelum ia menjurus ke arah itu,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri V S Suwaminathan berkata, ia bukan satu jenayah jika mengikut wanita seberang dengan rela hati.

“Ia akan menjadi satu jenayah besar jika mereka ditipu dan terdapat unsur jenayah seperti menghasut dan sebagainya.
“Jika ia dilaporkan kepada polis dengan dakwaan dan bukti kukuh oleh pihak keluarga, ia sepatutnya dipandang serius kerana bakal mengundang pelbagai masalah,” katanya.
Suwaminathan berkata, perkara ini jika tidak dibendung akan menjadi masalah besar kelak, termasuk perpecahan keluarga akhirnya menjadi faktor kepada gejala sosial.

Selamat Menyambut Hari Ibu

Sms dari sahabat lama di Universiti.....



"Ya Allah, wanita yg membaca sms ini adalah seorg ibu yg cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dgn rezeki yg berkat, kau rahmatilah setiap langkahnya dlm mencari rezeki keluarganya. Kau bersihkanlah htnya.. kau kuatkanlah imannya... kau peliharakanlah dia dr fitnah . Amin Ya Rabbilalamin..SELAMAT MNYAMBUT HARI IBU."

Ingatkan kawan yang buat sms ni tapi hari ahad ramai plak yg forwardkan e-mail yang sama..
Sempena hari ibu kali ni pagi-pagi lagi anak2 aku dah ucapkan Selamat Hari Ibu dan siap cakap yang 'ummi kitaorang tak ada duitlah nak beli hadiah"...It's okay sebenarnya koranglah hadiah dan harta yang paling beharga yang ummi ada sekarang.

Tuesday, May 4, 2010

Lagu Kanak-kanak

Bila Faiz Syahmi mula nyanyikan lagu-lagu sekolah tadika rasa best gak dengar.Masa Fatin dan Farah dulu tak banyak lagu2 yg dinyanyikan cuma bila tiba nak konsert je duk hafal-hafal lagu..

Kat sini aku rakamkan lirik lagu yang dinyanyi minggu lepas dan semalam..

Anak-anak Nabi

Anak nabi kita ada tujuh orang**
Tiga laki-laki empat perempuan
Pertama Qasim kedua Abdullah**ketiga Ibrahim keempat Ruqayah
Kelima Umi Kalsum keenam Zainab**ketujuh Fatimah anak yang sudah




Rama-Rama

Dari ulat jadi kepompong..

Tidur lena dalam keronsong..

Bila tiba masa kepompong pecah.."pom!"

jadi rama-rama nan indah...

Rama-rama terbang berkawan...

Sungguh cantik, terbang merata..

tapi sayang hidupnya tak lama....

Monday, May 3, 2010

Jom Makan-Makan di Le Chateau dePuah



Sabtu malam Adik ipar belanja makan. Ini kira aktiviti keluarga sebelah husband aku.Kebetulan hari tu dia dapat duit kena berhenti kerja and terus dapat kerja lain.Ialah rezeki orang tapi petang semalam dia cerita yang dia dah resigned pulak .Laa.. baru nak rasa belanja malam tu dah resign plak..tak tahan kerja katanya.Menurut cerita bossnye teruk, macam-macam di buatnya sehingga diri rasa diperbodohkan.Lebih kurang spesis boss aku kat office di jugak tapi cumanya boss aku yang bodoh kitaorang pandai-pandai belaka..sib baiklah dia tak baca blog...he..he.. tapi apa-apapun insyaallah kalau cari kerja sure dapat punye.Kalau tak nak kerjapun tak pa laki dia dah gaji beso dah.Jaga anak kat rumah jelah...




Saturday, May 1, 2010

Makan-Makan n Kawan Lama


Hari sabtu lepas tengah hari husband ajak makan di Restaurant Arab di Dataran Jelatek. Sedap katanya..sampai-sampai punyalah ramai orang.Dalam tunggu punya tunggu ternampaklah sorang kawan lama sekeluarga.Mula-mula tu takut nak tegur takut salah orang tapi bila diamati betul-betul memang sahlah kawan aku masa belajar dulu.Punyalah excited gilah menegur kawan tu...alih-alih sedihnye dia tak kenal..Aku yang beria-ia cakap nama aku..dan tanya dia keje mana..tinggal mana dan anak berapa...tapi dia tak tanyapun aku..alahai sedihnye tapi tak pelah.Lepas makan aku tak pandangpun kawan aku tu..cepatnya manusia berubah padahal bukannya kawan sekolah rendah.. ini kawan masa di U dulu..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails