Monday, March 29, 2010

Bidadari- Hijazz

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku
Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku
Sumpah Setia
Hidup Mati Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku
Bidadari..Bidadari..Jadilah pendampingku
Bidadari..Bidadari..Jadilah sang setia
Kerna Cinta
Cinta SuciErtinya
Tidak Pernah Sepi Sepi daripada Cubaan yang tak terduga
Chorus Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula
Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Friday, March 26, 2010

Birthday Farzeen Syafia


Happy birthday Ajeen..Semoga menjadi anak yang soleh
Add Image

Thursday, March 18, 2010

Memory Bandung n Jakarta

Kami suami isteri serta rombongan yg di sertai emak,abah dan ahli keluarga k.Nana dlm 21 orang bertolak ke jakarta.Flight 6.50pm.Tiket flight dah booking tahun lepas lagi.Anak-anak tinggal bersama ibu Yah.Pada awalnya memang plan nak bawa yang besar2 Fatin n Farah tapi husband kata tak payahlah kita nak pergi shopping nanti susah bawa budak2 nanti kalau ada rezeki lain bawa mereka ketempat2 percutian ajelah.


13.03.2010 - Flight sampai Jakarta pul 9.00pm(waktu Malaysia) tapi waktu indonesia awal 1 jam(8.00pm).Urusan kemasukkan lambat jugak coz kebetulan ramai visitor dari hongkong.Ok jugak airport suharto cuma jika dibandingkan dgn KLIA tentulah KLIA lagi canggih.Cari punya cari nampak sorang pemuda pegang kertas tertulis"Ms Rohana and party" so kami dibawa ke bas untuk perjalanan ke Bandung.Perjalanan ke Bandung mengambil masa dalam 2 jam kalau tak berhenti dimana-mana perhentian. Andrew(pemandu pelancong) memperkenalkan kami kota jakarta dan sepanjang perjalanan ke Bandung agak gelap kerana tak banyak lampu dibuka.Kerajaan Indonesia terpaksa save energy katanya. Perutpun dah terasa lapar padahal sebelum naik flight tadi dah melantak mc donald.Banyak kedai dah tutup so makan KFC jelah.Husband aku sukalah coz ada nasi perut melayulah katakan.Sampai di Hotel dlm pukul 1am.Check in and mandi2 terus tidur.

14.03.2010 - Subuh di Bandung dlm pukul 5 am, so pukul 6 am dah terang dah.Lepas breakfast dihotel kami dibawa ke destinasi pertama iaitu 'jalan Dago'. Kedai kat sana buka dlm pukul 9 am.Teringat cam gi Sogo plak pagi2 dan tunggu kedai buka.'Grandis' nama factory outlet yg pertama kami tuju.Memang banyak pilihan..aku yang memang suka shopping baju budak2 nie macam tak tahu mana satu nak pilih kalau boleh satu kedai aku nak beli..he....he..tapi hati ni kata sabar dulu..nak masul factory outlet yang lain.Dari satu outlet ke satu outlet,last2 tengok jam dah 3 jam rupanya aku jalan itupun banyak out yg tak masuk lagi.Barangpun ada yg tak dapat lagi..tapi risau jugak orang dah tunggu di bas so akupun patah balik dibas memang sahlah orang lain tenggah tunggu aku je...malunye...



Dalam pukul 1pm bas menuju ke destinasi shopping iaitu Toko tiga yang menjual jeans original dan 'Pasar Baru'.Ramainya rakyat Bandung, dengan keadaan trafik yang teruk dan dekat mana2 aja ada orang menjual. Dipasar baru kami makan di food court.Makanan indonesia terlalu banyak tapi susah jugak nak sesuaikan dengan tekak ni.Shoping2 di pasar baru and balik dihotel dlm pukul 4pm.Badanpun letih tertidur sekejap and after magrib dlm 6.30 keluar balik untuk makan malam.


Makan malam di Chempelas Mall,cuba rasa Soto Malang..tak sedappun rasa macam makan maggi aje. dan lepas makan masuk lagi factory outlet untuk cari seluar budak2.Akhirnya jumpa jugak seluar jeans guess budak2 perempuan ni dlm harga 109000 rupiah lebih kurang $38 .One thing diBandung ni susah cari baju budak besar macam fatin.Kena rajin sikit jalan masuk semua outlet.Seperti biasalah malam tu orang yang tunggu aku.





15.03.2010- Masuk hari kedua ni aktiviti ke 'Kangtuban perahu' bekas gunung berapi tapi menurut penduduk di situ ada yang masih aktif lagi.Memang cantik pemandangan disana dengan suasana yg nyaman dan sejuk, lebih sejuk dari cameron highland.Strawberry dan Rasberry dekat sana pun manis-manis.Kalau datang Bandung ,rugi kalau tak singgah di kangtuban perahu ni.Dalam 1 tgh hari kami pun turun dan perutpun dah terasa lapar so singgah makan di 'Sari Rasa Masakan Padang' lebih kurang 'Sari Ratu' di Malaysia tapi yang uniknya semua hidangan disajikan cuma kalau yang disentuh saja dikira bayarannya.

Sedang menikmati hidangan hujan pulak turun tapi lepas tu aktiviti shopping tak terbantut coz "Rumah Mode" sebelah Sari Rasa aja. Aku dan husband apa lagi pergilah menapak kerumah Mode untuk cari tambahan baju budak2.Memang menariklah semua baju2 budak dalam rumah mode ni.Ramai jugak orang datang shopping,ramai jugak orang dari Malaysia.
Selesai urusan di rumah mode semua dalam keletihan dan nak balik di hotel untuk berehat.
Malam lepas magrib keluar balik untuk makan malam dan sempat jugak singgah dioutlet summit dan beberapa outlet yang lain.

16.03.2010 Hari terakhir di Bandung,sebelum bertolak ke Jakarta kami singgah dulu di "Kartika Sari" kedai menjual brownies ,kek lapis dan bermacam 2 jenis kerepek.Harga sebiji kek lapis agak mahal jugak dalam 350000 rupiah dalam 100 RM tapi dah datang jauh2 ni beli jugaklah.


Bas bertolak ke Jakarta dalam pukul 10 am.Sepanjang perjalanan banyak sawah-sawah dan kebun-kebun kecil yang diusahakan sendiri oleh penduduk tempatan.
Sampai di Jakarta dlm 12 tengah hari kebetulan jakarta cuti umum menyambut perayaan 'hari raya nyepi' bagi mereka yang beragama hindu.Singgah di "Tanah Abang",sebuah shopping complex ataupun macam pasar payang kalau di Terengganu tapi aku rasa ada 3 kali ganda besar dari pasar payang.Sebelum makan tengah hari sempat jugak shopping telekung dan baju mandi untuk budak.Sebelum bertolak ke airport singgah dulu untuk solat di Masjid Istiqlal yang bermaksud 'Merdeka'.Sempat jugak aku berbual dengan orang yang bertugas diinformasi masjid tapi dekat masjid ni ramai orang meminta sedekah,ialah mungkin itu aja yang mereka mampu lakukan dengan keadaan kehidupan disana.

Flight balik ke KL delay so makan2 dulu di airport.Rasa sekejap je penerbangan dari jakarta ke KL coz akupun tertidur.Sampai dalam pukul 12 malam. Ambik teksi menuju kerumah Mak di nilai itupun kena dalam seratus lebih..lebih mahal dari tambang flight tu..Apa-apapun best jugak jalan-jalan dengan husband je terasa macam pergi honeymoon aje..sorry fatin,farah,faiz dan farzeen...bagi canlah kat ummikan.






















































Wednesday, March 3, 2010

Badan Oh Badan

Hai...rasa nak mengeluh panjangpun ada..berat badan dah naik balik dah ni.Dulu rasanya tak terfikir sangat pasal berat badan ni tapi lepas bersalin anak pertama sehinggalah yg ke-4 memang mendadak naik dan tak turun2.
Selepas tu macam2 usaha dah buat tapi macam tak berbaloi je...

1.Dulu orang sibuk makan 'pil duromin'...akupun tak ketinggalan makan jugak tapi tak bertahan lama coz rasa badan gigil semacam n degup jantung laju.Lepas tu ada keluar news kata membahayakan so aku terus stop.

2.Lepas tu 'Adinax' ejaan dia cam napun aku dah lupa..tapi yg ni kelakar betullah sampai x leh makan apa2 kecuali makan serbuk tu je..adoi..nengok kawan office makan biskut pun boleh terliur dibuatnya.Bertahan 2 minggu je..kurus?? memanglah kurus coz tak makan apa2.

3.Bersalin anak ke 4, aku dikenalkan dengan 'Herbalife' Memula tu dengar harga dia macam mahal je tapi bila tengok testimonial semua orang akan kurus and healthy makan herbalife ni ,akupun apa lagi.Tapi memang tak dinafikan berat badan aku turun 4 kg dlm 1 months. After 1 months tu cam susah je n akupun tak displin sangat bab makan2 ni.

4.Member office aku ajak gi slimming center.Lagi takut dengonya tapi orang kata kalau tak cuba tak tahu dan kebetulan masa tu duitpun ada lebih so x fikir panjang sangat.Gilah kat 'London weight Management'.Best jugak, ada orang belai2 badan kita..masa tu terfikir patutlah org kaya lawo2 dok asyik dibelai badan hari2..aku kalau cam ni lawo jugak jadinya nanti.After 3 x buat rawatan tak kurus jugak..lepas tu dia kata badan aku banyak air so kena minum kopi and makan oat london...so tambah lagilah duitnya dari 4k tambah lagi 2k....
Kawan sepejuangan aku plak tereksiden (ngandung) so tinggal aku sorang je teruskan perjuangan..sebenarnya dah naik boring tapi memandangkan duit dah keluar so teruskan jelah.Dalam ngelat2 tu tersangkut jugak...dia suruh buat rapping plak...dia kata badan aku kena rap baru leh kurus.Tambah lagi 1 k coz ada promotionlah katanya..abis duit dah 7 k ni..husband n anak2 perli kenapalah ummi tak kurus2.Orang dlm tv tu leh kurus...kenapa aku tak leh kurus???

5.Jusmate 5.Sempat cuba 1 kotak je...rasa x sedap tapi kalau maintain and displin leh kurus agaknya.

So sekarang aku putus asa ada gak.Duk lantaklah makan je..tapi...gemuklah plak....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails