Wednesday, May 30, 2007

Anniversary ke 8

Diam tak diam dah 8 tahun kami mengharungi hidup bersama.Alhamdulillah dah 3 cahaya mata.Fatin Syatirah,Farah Syafiqah dan Faiz Syahmi. Ummi dan Walid sentiasa mendoakan kalian semua menjadi anak soleh dan solehah.Selalunya setiap kali anniversary kami hanya makan-makan saja tapi kali ni aku dapat hadiah dari hubby iaitu seutas rantai tangan, perfume dan makan cowboy steak di Cowboy station kat Kelana Jaya.Alhamdulillah tahun ni rezeki Allah bagi lebih sikit.Sebenarnya kasih sayang dan saling percaya mempercayai adalah hadiah yang tak ternilai buat kami selama ini . Biarlah kebahagian ini akan kekal sampai akhir hayat kami.InsyaAllah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails