Thursday, May 31, 2007

Derma Darah

Catat sejarah rasanya hari(1 june 06) ni coz first time aku derma darah setelah berumur 34 tahun...
Memula tu rasa gementar jugak tapi buat cool aje ,masa check tekanan darah tu dia kata tekanan darah aku kurang ..lepas tu dia suruh minum air milo sikit ,alhamdulillah tekanan darah naik sikit so tercapailah hasrat aku nak derma..
Masa baring nak ambil darah tu terkejut jugak nengok jarum...mak aiii...besar kedabokk...tapi taklah sakit sangat rasa macam gigit kerengge aje...
So..harap-harap darah aku ni dapat membantu orang-orang yang bebenar memerlukan....

Wednesday, May 30, 2007

Anniversary ke 8

Diam tak diam dah 8 tahun kami mengharungi hidup bersama.Alhamdulillah dah 3 cahaya mata.Fatin Syatirah,Farah Syafiqah dan Faiz Syahmi. Ummi dan Walid sentiasa mendoakan kalian semua menjadi anak soleh dan solehah.Selalunya setiap kali anniversary kami hanya makan-makan saja tapi kali ni aku dapat hadiah dari hubby iaitu seutas rantai tangan, perfume dan makan cowboy steak di Cowboy station kat Kelana Jaya.Alhamdulillah tahun ni rezeki Allah bagi lebih sikit.Sebenarnya kasih sayang dan saling percaya mempercayai adalah hadiah yang tak ternilai buat kami selama ini . Biarlah kebahagian ini akan kekal sampai akhir hayat kami.InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails