Impian terlaksana untuk gather2 shopping di ober see..setelah sekian lama masing-masing bertungkus lumus melahirkan anak..berpantang.. lahirkan anak lagi..Itulah hakikatnyakan kehidupan seorang isteri dan ibu.
Alhamdulillah masing-masing dapat husband yg spotting..Sanggup melepaskan para-para ibu ni untuk bersantai-santai.
Seawal pagi dah bertolak ke LCCT.Bersemangat rasa walaupun terpaksa tinggalkan anak2 dan sang suami.Plan asalnya hanya nak ke Jakarta aje tapi atas permintaan ramai so setuju ke Bandung.
Selamat sampai di lapangan Terbang Soekarno-hatta dalam 9 am.waktu Malaysia.Perbezaan masa kita dan Indonesia adalah 1 jam so waktu disana baru 8.00 am. Dalam hati, lain sungguh suasana airport nye jika dibandingkan dengan 2 tahun lepas, rupa-rupanya lapangan terbang baru terminal 3 dan kitaorang perlu menaiki bas untuk ke sana.
Pak Samsir sudah lama menunggu untuk bawak kita orang ke Fave Hotel.Perjalanan kira 1 jam...tapi yang kelakarnya Pak Samsir datang bawak Avanza.Alamak mana muat dengan beg2 yang besar2.Nak tak nak berhimpit2lah..
Sampai je hotel terus menapak ke Tanah Abang.Actually hotel tu berdekatan dengan Tanah Abang.Kitaorang kat sana dari kul 11 pagi hingga 5 petang...kalau bab2 shopping ni tak terasapun penat.Memang heavenlah kalau shopping sama kekawan ni.
Malam pulak gi jejalan ke Jakarta Mall dan sekitarnya.Malam tu memang semua tidor nyenyaklah sebab dah kepenatan.Keesokkan hari aktiviti berjalan-jalan lagi tapi singgah lagi Tanah Abang tu almaklumlah ada yang nak di beli lagi.Makan tengahari di Restauran Sederhana masakan nasi padang..lebih kurang Sari Ratu tapi harga jauh lebih murahlah.Malam pulak sempat singgah di Senayan City dan Makan-makan diRestaurant Ayam Goreng ibu Suharti.
Isnin Pagi-pagi lagi kitaorang bergerak ke Bandung.Kat Bandung cuma sempat singgah di Rumah Mode, beberapa outlet, Pasar Baru dan Kartika Sari.
Keseluruhan memang best jalan-jalan sama kekawan dan rasa macam zaman belajar-belajar dulu.Insyaallah kalau dipanjangkan umur kita plan lagi yea....