Monday, March 28, 2011

Makan2 Di Saba

Hari Ahad lepas, Dillah (adik ipar) belanja makan Tengah hari so pilihannya adalah di Saba di Dataran Jelatek.Kami sekeluarga dari Rumah,adik beradik yang lain semuanya berkumpul di umah mak mertua di Gombak.


Emm..dah dapat bonus agaknya..tapi bila tanya bonusnya bulan 4 so kira advance dululah ni.Kiranya ni kali ketigalah aku makan disini.Restaurannya tak banyak cuma ada 2 saja, di Cyberjaya dan Dataran Jelatek ni.
Sampai sana lebih kurang kul 3 petang tapi still ramai orang. Kami diberitahu mungkin lambat sikit coz terlalu ramai orang.Perut memang dah terasa lapar.Alhamdulillah mungkin rezeki kami sekeluarga agaknya dalam 20 minit je dah sampai pesanan.



Antara menu2 yang kami pesan ialah Nasi Kabsah ayam grilled, Lamb, Nasi Mandi dan kebab.Tak sempat nak amik2 gambo, ingat nak makan je..lagipun kamera aku 2-2 dah rosak.Harapkan amik gambo kat hp jee..Oklah buat kenang-kenangankan.


Wednesday, March 16, 2011

Jalan2 JB

Lepas abis kelas farzeen terus bertolak ke JB. Ada cousin kawin di Gelang Patah so amik kesempatan bercuti sekalilah kat JB. Sesak sungguh bandar JB. Masa aku belajar kat sana 15 tahun lepas taklah sesesak ni.

Hari sabtu n ahad kitaorang stay di The Zon. Menarik gak hotel ni coz shopping mall kat bawah lepas tu duty free pulak tu so malam tu memang jadi aktiviti window shoppinglah sementara yang lelain tu gi acara nikah di rumah pengantin perempuan.

Keesokkannya pulak lepas bebudak mandi pool terus bertolak ke Dewan Gelang Patah, sesak gak jalan dan kebetulan ada jom heboh kat Danga Bay, tapi alhamdulillah sempat gak nengok pengantin bersanding.
Cousin kitaorang tu kawin ngan Singaporean so banyaklah aktiviti silatlah, menarilah dan macam2 pertunjukkan.Korang tahu, masa kat dewan tu anak bujang aku ada peminat..siap amik gambo lagi. Yang kelakar tu bukannye peminat kecik cam dia tapi anak2 dara. Dalam ati aku kecik2 dah cam ni nanti besar cam nelah...

Lepas balik dari orang kawin, kitaorang check in di Mutiara. Ok gak dia bagi upgrade bilik lagi in the same price. Sebelah Mutiara ada Holiday Plaza.Tempat shopping lagi..he..he.. tapi aku tak shopping pun.Teringat masa belajar2 dulu naik motor gi JB.Aku ada gak singgah kat Holiday plaza ni tapi masa tu aku lebih suka gi Pelangi Mall.

Hari isnin tu kereta bapak mertua aku aircon problem plak, hantar  repair tapi take time so dia terpaksa sambung stay lagi. Manager hotel plak bagi discount...cuma aku je balik. Fatin n Farah still stay kat sana sampai hati rabu.Puaslah diorang jalan2 jb... 

Tuesday, March 8, 2011

Membentuk Anak2 Insan Hebat.

(sumber: buletin adikbijak)

Anak-anak comel kita (jika boleh saya kiaskan) adalah seumpama Lucky Bamboo ini pada peringkat rebungnya. Untuk kita jadikan mereka insan hebat... kita perlu lakukan langkah berikut:
  1. Kita perlu wujudkan Visi dan Misi. Kita nak anak-anak kita ini jadi insan yang bagaimana bila besar nanti. Tetapkan matlamat anda.
  2. Sediakan acuan untuk kita bentuk dan lentur mereka. Acuan ini adalah dalam bentuk pendidikan, persekitaran, pergaulan dan asuhan yang kita beri. Jika kita inginkan si comel menjadi seorang pakar perubatan, maka sedari awal kita akan dekatkan dan tanamkan minat mereka kepada ilmu sains dan perubatan. Berikan permainan dan buku-buku yang berkaitan. Bawa melawat ke pusat-pusat sains dan seumpamanya.
  3. Sediakan sekitaran yang kondusif. Anak-anak akan lebih mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Pastikan mereka sentiasa membesar dalam suasana yang tenang, harmoni dan penuh kasih sayang, dan (seboleh mungkin) tidak terdedah kepada kepada unsur-unsur yang kurang sihat
  4. Berikan makanan yang halal dan berkhasiat. Tubuh yang sihat akan melahirkan minda yang cerdas
  5. Suburkan jiwa dengan Islam. Tubuh yang cantik dan tegap tetap akan jadi kosong jika jiwanya tidak diisi. Anak-anak yang jiwanya diasuh dari awal untuk mengenal Allah pasti akan terpancar kejernihan hatinya.
  6. Jadi mentor yang hebat. Anda perlu terus menerus memainkan peranan sebagai penunjuk jalan, pemberi nasihat dan jurulatih. Peranan ini mesti dilaksanakan tanpa rasa jemu dan letih kerana dari semasa ke semasa anak-anak kita ini perlu diperbetulkan, dirapikan agar mereka terus berada dalam jalan dan acuan yang kita mahukan.

Pepatah Arab ada berkata... "Orang yang tidak mempunyai anak tidak akan kenal erti kasih sayang. Dan orang yang mempunyai anak tidak akan kenal erti rehat". Mudahnya... pepatah ini memberi maksud (ikut faham sayalah... hehehe) tugas sebagai ibu bapa merupakan satu tugas sepenuh masa... anak-anak perlukan perhatian dan bimbingan berterusan dari kita. Dan tugas sepenuh masa lagi meletihkan ini... mempunyai ganjaran yang amat besar iaitu nikmat kasih sayang yang sejati.

Jika kita mahukan si comel membesar menjadi anak-anak yang "sejuk" dipandang mata dan hati... maka lenturlah mereka dari sekarang. Mereka umpama sehelai kain putih... kitalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jangan biarkan persekitaran mewarnakan kain putih ini dengan warna-warna noda dan duka.

Monday, March 7, 2011

Pre-Kindy Programme

Farzeen first day school at Genius Aulad. Pagi2 lagi dah siap2 nak gi sekolah, excited....Actually this is the first time class yang Genius Aulad conduct untuk budak2 below 3 years(hari sabtu je...) and dlm kesemua anak2 aku kira farzeen yang mula sekolah umur yg termuda..

Tak macam sekolah tadika yang biasa, ini lebih kepada activiti2 mengajar budak2 kreatif (finger painting, gunting2,nyanyi2,menari dan baca doa) dan mak pun kena masuk class sekali, nampak nye bertambahlah aktiviti aku hari sabtu.

Aku nengok Farzeen cam conpius gak ialah kat umah cakap melayu je tapi kat sekolah teacher cakap omputih. Penat nengok dia cuba nak fahamkan apa yang teacher ajar. Ok gaklah kiranya bagi dia expose awal2 dan aku nengok dia jenis berani and excited to learn a new things.

Wednesday, March 2, 2011

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails