Monday, February 21, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Surau Al-Hikmah

Kebiasaannya setiap tahun memang ada aktiviti di surau Al-Hikmah ni tapi kali ni, sambutan di mulai dengan aktiviti anak2 Subang Bestari. Pagi2 lagi si Kakak bawak adik2nya kepertandingan mewarna. Kesian gak kat kakak pasal aku malas nak pergi awal2 so dia tak dapat masuk acara lain.Antara acara2nya ialah pertandingan Azan,melukis, kuiz dan khat.Sebelah malam pulak ada forum perdana.



Begitu khusyuk si Faiz mewarna

Nak kaler gak....dpt kaler free faber castle lagi tu....

budak2 kecik ni pandai sungguh kaler mengaler ni......

Sedapnye...

Pertandingan Azan

Saturday, February 19, 2011

Happy Birthday Farzeen Syafia - 3Years

Diam tak diam dah 3 tahun Farzeen Syafia. Begitu cepat masa berlalukan.Alhamdulillah dengan karenah si kecil molek ni buatkan kami sekeluarga bahagia. Selamat ulang tahun Syafia semoga bakal menjadi srikandi Islam yang berjaya didunia dan akhirat.
Meraikan Birthday Farzeen Syafia di Kenny Rogers Subang Parade

Wednesday, February 16, 2011

Salam Akhir

Pagi semalam terima berita dari mak yang Acik Piah, adik kepada abah aku masuk hospital Serdang. Mak kata macam dah nazak dan dah tak kenal orang, mungkin dlm seminggu agak nye..tapi tup2 pukul 12 tengah malam tadi abah call kata Acik Piah dah tak ada lagi..Inalillahwainalillahirajiun...Aku baru rancang nak gi melawat this weekend tapi ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki semuanya Allah yang tentukan.

Akhir aku pertemu arwah ialah masa raya tahun lepas dan sekali lagi aku tak berkesempatan di saat2 akhir Acik piah.Nampaknya raya tahun ni kami kehilangan lagi sorang orang tua yang wajib kami kunjung dipagi hari raya.Acik Piah merupakan anak ke3 dari 6 beradik di sebelah keluarga abah dan seingat aku umurnya kurang 2 tahun dari umur mak, maknanya dalam 66 tahun.

Mula-mula yang pergi dalam keluarga abah ialah pak ngah anak ke2 diikuti anak ke6(acik udi) dan ke5(acik Saadiah) dan yang terkini Acik Piah so yang tinggal sekarang Abah(anak sulung) dan Pak amin(anak ke4).Begitu akhirnya kehidupan kita didunia ini,apabila samapai saatnya kita juga akan menyusul..

Semoga arwah di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Alfatihah...

Jus Mona-vie


Korang pernah dengar pasal Monavie ni tak? Akupun baru cuba dah masuk 2 minggu.Banyak khasiat nya...
Aku bukannya nak promote tapi yang apa yang baik patut kita war-warkan.Cubalah...

Apa Itu Jus Monavie?

 

Monavie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit.

Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit. Ibu pejabat serta kilang pemprosesan di Utah Amerika Syarikat, Monavie diproses mengikut sistem piawaian GMP yang mementingkan kebersihan, ketulenan serta kepakaran teknologi. Monavie baru diperkenalkan pada 2005 di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat dan pantas di Amerika Syarikat dan Eropah. Rebutlah peluang untuk menjadi pengedar terawal di Asia khususnya di Malaysia.





Khasiat Jus Monavie?

Jus Monavie sangat sesuai untuk pelbagai penyakit. Terbukti berkesan untuk penyakit2 berikut:

Kencing Manis/Darah Tinggi/Kolestrol Tinggi/Gout/Sakit Jantung/Kanser/Gastrik/Sakit Belakang/Masalah Urat Saraf/Sakit Sendi/Penyakit Kulit/Letih Lesu/Strok/Lumpuh/Resdung/Asthma/Buasir/Buah Pinggang/Jangkitan Faraj/Sembelit/Otot Kejang/Awet Muda

Tuesday, February 15, 2011

Jalan-Jalan Terengganu 2011

Setahun sekali rasa memang dah wajib balik T'ganu ni.Tempat jatuh lagikan dikenang.Yealah walaupun nenek dah tak ada, tapi sedara mara masih ramai lagi..dan yang aku perasan orang t'ganu ni sifat menyambut kedatangan tetamu memang takleh lawanlah..dan kitapun rasa seronok nak singgah umah dia orang.

Nasib baik plan balik cuti maulidur Rasul kalau balik masa raya Cina alamatnye tak leh jejalan kemana2. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik berjalan lancar. Banyak gak membeli, standard..tapi sib baik fully sponsored.

Pantai Batu Buruk

Losong,jalan pantai and Maidin Mall

Ayam percik K.lah yang paling sedap..

Masakan Padang Kedai Pak Naza (Jiran rumah arwah Mok)

Sumai Resort

Sunday, February 6, 2011

Lasagna

Aktiviti nak menghabiskan barang2 sebelum expired.Apa lagi, cari punye cari resepi dari(k.ummi rasanya kalau tersalah tu kira maafkan jelah).Sedap gak macam kak kedai2 western food yg memahal tu..(puji diri sendirilah)


Lasagna
Bahan-bahan:-
5-7 keping lasagna (akak guna jenama San Remo)
#Bahan Sos tomato:-
  • 2 ulas bawang putih-ketuk
  • 1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
  • 4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu
  • 100 gram tomato puree
  • 200 gram daging cincang
  • ½ biji lobak merah-disagat halus
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sudu teh italian herbs
  • ½ sudu besar garam
    1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula
# Bahan Sos Putih:-
  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit serbuk lada hitam
Untuk topping:-
  • Keju mozzarella secukupnya
Cara-cara:-
Untuk sos tomato:-
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.
  2. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.
  3. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.
Untuk sos putih:-
  1. Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.
  2. Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.
Cara menyediakan:-
  1. Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
  2. Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
  3. Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
  4. Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.
# Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre-cooking required (tidak perlu direbus terlebih dahulu). Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. - (akak basahkan sedikit lasagna dengan merendam sebentar di dalam air panas)

Saturday, February 5, 2011

Ibu Bapa sebagai Motivator

Last saturday sekolah Sk Subang Bestari menjemput seorang motivator yang tak asing lagi iaitu Dato Fadhillah Kamsah. Rasanya ini pertama kali aku berpeluang untuk hadiri program dia..selalunya nengok kat TV je.
Ingatkan Dato ni seorang yg serius tapi banyak buat lawak sebenarnya.Ialah motivatorkan kalau tak buat lawak bosan plak.Banyak ilmu yang kita dapat, kekadang tu ada yang kita tak terpk pun..Tulah kalau ada peluang pergilah mana2 program motivasi untuk membolehkan kita jadi ibubapa yang cemerlang.

Kat sini aku nak share sikit pasal budaya 1Malaysia yang baru launch kot.sempat gak Dato berkempen yea


1. Budaya berprestasi Tinggi (Melakukan setiap perkara dan tugagasan pada tahap yg terbaik)
2.Budaya Ketepatan (Menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dlm tugas dan tanggungjawab)
3.Budaya Ilmu (Sentiasa memburu ilmu pengetahuan dan belajar sepanjang hayat)
4.Integriti (Bersifat amanah,bersih dan cekap dlm melaksanakan tugas dan tanggungjawab)
5.Ketabahan(Memliki keyakinan diri yg tinggi dan semangat juang yg kental)
6.Kesetiaan(Setia sepenuhnya kepada negara,sedia berbakti dan berkorban demi negara)
7.Kebijaksanaan(Berkhemah dan teliti ketika mengendalikan masalah agar tidak menyinggung mana2 pihak)
8.Budaya Inovasi(Sentiasa cuba mencipta perkara2 baru dan menjadi perintis dalam setiap bidang)

Rasa-rasanya boleh ke kita semua melaksanakan ni..??

Petua untuk Ibu Bapa menjadi Motivator

1.Bentuk matlamat yg jelas.Cuba bentuk misi keluarga bersama anak2.
2.Peka kepada apa mesej yg kita sampaikan kepada anak2.
3. Menggunakan masa yg paling jitu untuk amendidik anak.Waktu paling jitu:
-sebelum tidur
-semasa tidur
-Bangun tidur
-selepas mandi
-selepas sembahyang
-selepas mengaji quran
-selepas didoakan
-selepas terangsang emosi
-selepas riadah
selepas dimotivasikan
4.Haramkan perkataaan negatif didalam rumah tangga.
5.Didik anak menggunkan nisbah:80% rangsangan dan 20% hukuman
6.Bertindak mengikut personaliti dan situasi anak2 anda.
7. Lebih tegas dlm mendidik anak(waktu belajar,mengaji,tidur,riadah)
8.Risaulah yg anak sentiasa lihat perbuatan kita
9.Sentiasa berdoa dlm proses mendidik anak
10.Sentiasa hidupkan sunnah dlm rumah tangga.
11.Redha dan bersyukur dengan prestasi anak
12.Bahagia bila melihat dan bersama anak2 danraikan mereka
13.Elak kongsi kerisauan dengan anak2
14.Jangan lupa jadi isteri atau suami..dek terlalu sibuk jadi ibi bapa
15.Cuba lihat dari kaca mata anak2.
16.Ambil iktibar dari ibu bapa kita
17.Didik anak daripada qalbu.Ikut gerak batin dan iman,bukan sekadar ilmu logik
18.Mendidik anak adalah proses sepanjang hayat
19.Utamakan anak2 daripada perkara lain
20 Didik anak berfikir dan bertanggungjawab.Elak salahkan orang lain
21.Beri ingatan,teguran dan pesanan setiap hari.Nasihat sebulan sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails