Aku kenal KidZania 2 tahun lepas,itupun aku nengok gambar-gambar kawan aku bawak anak dia kat Jakarta.Memang menarik,masa tu terlintas di fikiran,bilalah Malaysia nak ada KidZania ni.Tup-tup tahun ni KidZania Malaysia dibuka.
Ada gak bercita-cita nak bawak budak2 ke sana.Biar diaorang dapat kelainan aktiviti di musim sekolah.Kalau zaman aku dulu-dulu aktiviti cuti sekolah mesti kat kampung.Bila cerita dengan kekawan yang memang duduk kampung seronok je rasa coz aku sempat melalui detik-detik tu dulu.Bila aku bandingkan dengan zaman anak-anak aku sekarang sungguh jauh berbeza.Macam ada sorang kawan aku tu bercerita yang dia darjah 6 dah amik air kat perigi basuh seluar jeans abang dia..dan yang paling aku respek tu boleh rendam dulu beberapa hari sebelum berus...Hebatkan..
Hari tu aku bandingkanlah kawan aku dengan anak dara aku ni..Korang tahu tak apa anak aku cakap "Ummi macam tu ke dulu?" Alamak!! terdiam sekejap...Susahnya nak sedarkan budak2 sekarang ni...
Berbalik pada cerita KidZania tadi...Kebetulan sekolah Tadika Genius Aulad adakan rombongan ke sana so memang rezeki budak kecik 2 orang tulah.
Faiz berminat nak jadi Pilot tapi mungkin ramai so dia berpeluang jadi Fireman dan Farzeen pulak berpeluang jadi Dentist dan Chef.Happy sangat dia orang.
Kakak2 pulak nak ke sana ada perjanjian kalau exam dapat 5 A je akan Ummi usahakan.
Pergi ramai-ramai so cikgu amik gambar ke tidak kat sana..
Friday, April 13, 2012
Saturday, April 7, 2012
12 tahun.....Fatin Syatirah
12 tahun berlalu...Emm macam tak caya jekan.Alhamdulillah dah kira kami mempunyai anak remaja yang lebih layak di gelar anak dara.
Semoga anak dara kami akan menjadi anak solehah yang akan mendoakan kami disana kelak.
"Selamat hari Ulang tahun ke-12 Sayang"
Semoga anak dara kami akan menjadi anak solehah yang akan mendoakan kami disana kelak.
"Selamat hari Ulang tahun ke-12 Sayang"
Kek tempah dari Isteri En.Dollah
Makan2 di Vicchuda
Monday, March 26, 2012
Garrett PopCorn
Masa dulu-dulu makan popcorn beli pasar malam ataupun gi nengok wayang je.Bagi aku kalau keropok2 lagi sedap.
Masa jalan-jalan kat KLCC, husband tanya anak2 nak tak makan popcorn sedap? Dalam kotak fikiran aku apalah yang sedap kalau setakat popcornkan...
Tapi bila dah rasa sekali pasti nak lagi dan ada pelbagai perisa rupanya..Memang sedap dan harganya pun sedap...regular pack around RM21.So kalau nengok wayang berdua tu beli yang small pack cukup dalam RM10.00.
Masa jalan-jalan kat KLCC, husband tanya anak2 nak tak makan popcorn sedap? Dalam kotak fikiran aku apalah yang sedap kalau setakat popcornkan...
Tapi bila dah rasa sekali pasti nak lagi dan ada pelbagai perisa rupanya..Memang sedap dan harganya pun sedap...regular pack around RM21.So kalau nengok wayang berdua tu beli yang small pack cukup dalam RM10.00.
Wednesday, March 21, 2012
Kelas memasak 4 Kids
Atas permintaan anak2.Aku buat kelas memasak cookies.....Nak hantar diorang kelas memasak macam mahal je dan lebih baik aku yang pergi belajar memasak dulukan.So sempena aku cuti2 ari tu sempat jugak ajar dia orang buat coklat chip.....senang je...dan hasilnya budak2pun suka makan.
Tuesday, March 20, 2012
Benjiana Steak House Setiawangsa
Keluar makan sekeluarga sempena Birthday anak Afdal Mia..Pilihan steak house terletak di Setiawangsa bersebelahan dengan Sekinchan Ikan Bakar.Bolehlah tapi service agak mengecewakan.....Apa-apapun Happy Birthday Mia.....semoga jadi anak yang solehah,berjaya didunia dan akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)






