Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Macam mana ni???

 

Kerajaan Selangor serah semula tugas urus pembersihan kepada PBT

2011/04/18

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti pungutan sampah di setiap rumah masih lagi dikendalikan oleh Alam Flora.
"Kami putuskan kuasa untuk perkhidmatan pembersihan diberi semula kepada PBT kerana kita dapati antara masalah terbesar dan aduan yang kita terima adalah mengenai kebersihan.
"Kita rasa dua tugas itu terlalu besar untuk dijalankan oleh Alam Flora. Sekiranya Alam Flora menumpukan kepada pemungutan sampah saja kita lebih senang tahu tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga mendapati Alam Flora lebih banyak bertindak sebagai koordinator dan menggunakan khidmat kontraktor untuk menjalankan tugas pengutipan sisa pepejal.

Beliau berkata, keputusan itu tidak memberi implikasi kepada kewangan PBT yang membelanjakan antara RM300 juta dan RM400 juta untuk kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal.

"Kita menganggarkan lebih daripada RM200 juta akan digunakan untuk pengurusan pembersihan," katanya.
Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor juga melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan sembilan PBT itu dapat menjimatkan kos pengurusan sebanyak 10 peratus yang selama ini dikenakan Alam Flora untuk pengendalian pengurusan pembersihan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, pengambilalihan tugas daripada Alam Flora sepatutnya dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula 1 April tahun ini menerusi peruntukan undang-undang yang telah diluluskan.

"Peruntukan itu memberi kuasa kepada kementerian untuk menentukan tugas syarikat konsesi perkhidmatan sisa pepejal tersebut di setiap negeri di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara," katanya.

"Oleh kerana belum dapat diselaraskan lagi pentadbirannya jadi kementerian belum jalankan tanggungjawab itu. Sebab itu pada dua minggu lalu kerajaan Selangor telah buat keputusan untuk bahagikan tugas tersebut," katanya.

Abdul Khalid juga berkata, keputusan itu tidak bercanggah dengan perjanjian kontrak yang dibuat dengan Alam Flora sebelum ini.

Ditanya kemungkinan kerajaan Selangor akan menamatkan perkhidmatan Alam Flora selepas ini, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian. - BERNAMA
 

Wednesday, February 16, 2011

Salam Akhir

Pagi semalam terima berita dari mak yang Acik Piah, adik kepada abah aku masuk hospital Serdang. Mak kata macam dah nazak dan dah tak kenal orang, mungkin dlm seminggu agak nye..tapi tup2 pukul 12 tengah malam tadi abah call kata Acik Piah dah tak ada lagi..Inalillahwainalillahirajiun...Aku baru rancang nak gi melawat this weekend tapi ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki semuanya Allah yang tentukan.

Akhir aku pertemu arwah ialah masa raya tahun lepas dan sekali lagi aku tak berkesempatan di saat2 akhir Acik piah.Nampaknya raya tahun ni kami kehilangan lagi sorang orang tua yang wajib kami kunjung dipagi hari raya.Acik Piah merupakan anak ke3 dari 6 beradik di sebelah keluarga abah dan seingat aku umurnya kurang 2 tahun dari umur mak, maknanya dalam 66 tahun.

Mula-mula yang pergi dalam keluarga abah ialah pak ngah anak ke2 diikuti anak ke6(acik udi) dan ke5(acik Saadiah) dan yang terkini Acik Piah so yang tinggal sekarang Abah(anak sulung) dan Pak amin(anak ke4).Begitu akhirnya kehidupan kita didunia ini,apabila samapai saatnya kita juga akan menyusul..

Semoga arwah di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Alfatihah...

Thursday, May 6, 2010

Betul ke??

Abai penampilan

Oleh Shamsul Munir Safinishamsulmunir@hmetro.com.my2010/05/06

KUALA LUMPUR:”Isteri-isteri di Malaysia kurang menjaga penampilan diri, malah ada yang sudah bosan menjadi suri hati suaminya yang dianggap sudah ‘pencen’. Lebih menyedihkan mereka hanya fokus kepada anak dan cucu berbanding suami,” kata kaunselor, Hushim Salleh mengenai sikap isteri pasangan warga emas sekarang. Katanya, fenomena itu budaya baru dalam masyarakat apabila pasangan sudah menjengah usia emas.
Kaum wanita (isteri) katanya, sudah jarang menjaga penampilan diri malah ada yang memarahi suami jika cuba bermanja-manja dengan alasan sudah lanjut usia dan sebagainya.
Hushim berkata, tidak hairanlah jika lelaki atau suami warga emas ini mudah didekati gadis muda dari seberang yang ternyata pandai melayan dan menjaga hati lelaki ini. “Golongan wanita warga asing ini pandai mendalami keinginan lelaki warga emas yang tidak akan pernah surut.
“Bukan itu saja, golongan suami ini tidak dipedulikan, malah jarang berkomunikasi dengan si isteri yang sibuk dengan anak dan cucu hingga merasa terpinggir kerana tidak didekati seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai seorang lelaki warga emas yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Klang, Selangor sejak beberapa hari lalu dipercayai dilamun cinta sebelum membuat keputusan nekad mengikut seorang wanita warga Indonesia pulang ke negara asalnya.
Hushim berkata, masyarakat tidak boleh hanya menyalahkan perempuan dari seberang apabila berlaku kes seperti ini kerana masalah berpunca daripada pasangan itu sendiri.
“Memang tidak dapat disangkal perempuan ini mahukan kesenangan, lebih lagi cinta sebegini bukan sesuatu yang ikhlas.
“Mereka mungkin hanya mahukan wang ringgit sebelum meninggalkan lelaki warga emas itu terkontang-kanting, namun isteri perlu mengambil langkah mengatasi masalah ini sebelum ia menjurus ke arah itu,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri V S Suwaminathan berkata, ia bukan satu jenayah jika mengikut wanita seberang dengan rela hati.

“Ia akan menjadi satu jenayah besar jika mereka ditipu dan terdapat unsur jenayah seperti menghasut dan sebagainya.
“Jika ia dilaporkan kepada polis dengan dakwaan dan bukti kukuh oleh pihak keluarga, ia sepatutnya dipandang serius kerana bakal mengundang pelbagai masalah,” katanya.
Suwaminathan berkata, perkara ini jika tidak dibendung akan menjadi masalah besar kelak, termasuk perpecahan keluarga akhirnya menjadi faktor kepada gejala sosial.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails