Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Original Kayu Kota Damansara

 Antara kedai mamak yang menjadi pilihan selain dari pelita.Sebenarnya bukan apa dekat dengan rumah  untuk diterjah.Antara menu-menu pilihan inilah....yang gambo kat bawah ni..tapi pilihan aku selalunya roti puri dan roti sardin..yang lain tu aku tak suka sangat.

Thursday, February 7, 2013

Serai at Paradigm Mall

Jalan-jalan di Paradigm Mall Kelana Jaya terserempak dengan Serai.Ingatkan ada di Empire Subang aje.Banyak cawangan rupanya, kalau tak salah diCyberjayapun ada.

Dengar cerita dari kawan2 makanan kat sini sedap2.Itu yang nak cuba jugak.Sebenarnya yang aku lihat konsep Serai ni menghidangkan makanan bagi semua bangsa misalnya nasi kerabu masakan melayu,masakan thai,masakan mamak, masakan Cina dan Western food. Kiranya pelbagai pilihan di satu tempat. Mudahkan.





Monday, January 28, 2013

Laman Grill Chef Zubir

 Rancangan Masterchef Malaysia musim kedua dah lama berakhir,aku baru berkesempatan menerjah Laman Grill Chef Zubir di seksyen 13 Shah Alam.Selalunya dengar cerita Laman Grill ni sentiasa penuh tapi masa aku datang tak ada orang pun...so happylah boleh menikmati makanan dengan tenang.Rasa makanan kat sini boleh tahan dan yang pentingnya kita boleh makan western food dengan tanpa rasa was2.







plus.google.comShare
No G33, Block 5, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40000, Shah Alam, Selangor  40100
03-5523 7386

Monday, July 30, 2012

Iftar di Grand BlueWave Shah Alam




Aku tak ingat bila last birthday aku jatuh dalam bulan puasa.Actually dah semakin bertambah umur dan terasa sangat perlu membuat perubahan dalam diri supaya lebih dekat kepadanya..insyaAllah.

So kebetulan dlm bulan puasa,kami sekeluarga ke Grand BlueWave di Shah Alam..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 26, 2012

Garrett PopCorn

Masa dulu-dulu makan popcorn beli pasar malam ataupun gi nengok wayang je.Bagi aku kalau keropok2 lagi sedap.

Masa jalan-jalan kat KLCC, husband tanya anak2 nak tak makan popcorn sedap? Dalam kotak fikiran aku apalah yang sedap kalau setakat popcornkan...

Tapi bila dah rasa sekali pasti nak lagi dan ada pelbagai perisa rupanya..Memang sedap dan harganya pun sedap...regular pack around RM21.So kalau nengok wayang berdua tu beli yang small pack cukup dalam RM10.00.

Wednesday, February 15, 2012

Secawan Kopi

Tempat sama tapi suasana dah berbeza...Dulu "Dave's Deli" sekarang "Starbucks" so dah tak ada tempat kenangan aku jumpa kawan lama dulu-dulu."Subang Parade" Tempat yang paling mudah dan tenang untuk dikunjungi.Lepas beli2 barang-barang adiah and sempat gak membaca buku di MPH, kami terus menhirup secawan kopi.

Actually kopi bukanlah minuman kegemaran aku tapi memang feberet my hubby....layan jelah....



Saturday, February 11, 2012

Tanjung Lumpur

 Selalunya kalau ke kuantan memang kami tak pernah lupa singgah makan di Tanjung Lumpur.Baik waktu pagi,tengah hari,petang dan malam.Banyak pilihan.Baru-baru ni pada asalnya nak bertndang ke rumah Chu..alih2 dibawanya kitaorang mkn tengah hari di tanjung Lumpur.Apa-apapun terima kasih banyak2 to Chu n Ayah Wi.


Menu pilihan :Tempoyak ikan patin,singgang ikan ayer,gulai ikan tenggiri,ayam goreng,ulam-ulaman dan yang paling penting budu cili....ini memang antara kegemaran keluarga sebelah husband.

Mail ikan Bakar selalunya singgah di Ana Ikan Bakar ataupun Nara Ikan Bakar.Apa2pun sama tapi harga disana jauh lebih murah kalau nak dibandingkan ngan sekincan ikan bakar.Dalam masa yang sama sempat jugak berkenalan dengan kawan lama husband di Mahaad Hamidiah Kajang.

Menu pilihan:Ikan Bakar,Ketam bercili,Sotong goreng tepung,Kailan Ikan Masih,Tom Yam Campur dan Sambal Belacan + air2 harganya cuma RM 80...memang berbaloikan.

Tuesday, January 3, 2012

Tutti Frutti at Platinum Walk Danau Kota

Sekarang ni macam-macam ice cream di pasaran.Teringat masa dulu2 ice cream potong dan ice cream kon yang apek cina datang dari rumah ke rumah.Yang menarik tu ada yang pakai tikam2.Korang cuma perlu pusingkan jam yang ada kat motor apek tu.Kalau nasib baik dapatlah ice cream banyak..kalau tak dapat seketul jelah...Kalau ice cream Walls tu dah ada tapi agak mahal sikitlah dan kalau aku betul2 nak makan ice cream mahal tu kenalah simpan duit sekolah.Hebatkan zaman dulu2..tak yah mak ayah suruhpun aku dah pk apa yang harus aku buat kalau nak dapatkan sesuatu.

Aku cuba gak terapkan nilai2 tu pada anak2 aku sekarang tapi hasilnya kekadang aku yang kalah.Kononnya tak sampai ati dan mungkin satu lagi aku sebagai ibu mudah sangat  cair dan tak nak anak2 susah coz aku dah rasa dulu..Betul ke tindakkan aku ni??Entahlah..susah sebenarnya jadi ibu bapa zaman sekarang...

Baru-baru ni bawak anak2 dan anak sedara enjoy Tutti Frutti di Platinum Walk di Danau Kota.Hati2 yea kawan2 Tutti Frutti ni main timbang so silap2 kalau budak2 tak nak share mau beratus kena.Inilah yang kitaorang kena tapi tak pelah sekali sekalakan apa salahnya.Lepas tu kitaorang gi shopping mall baru di "Festival City".





Sunday, October 30, 2011

Wong Solo Seksyen 7

Dapat call dari Abang Inal.Dia ajak kami sekeluarga datang rumah, ada kenduri katanya.Rasa tak patut pulak kalau aku tak pergi tapi kami dah plan nak makan tengah hari di Wong Solo so kami tangguhkan ke makan petang.

Untung gak aku pergi kenduri ni sebab ada satu lauk kegemaran aku.....Sedap...nak buat kat rumah memang husband dan anak2 tak makan."Masak tempoyak Udang".Dulu-dulu mak suka buat tempoyak udang ni dan korang tahu aku sempat berangan masa nengok Master Chef. Tajuk tugasan diaorang kali ni ialah Sajian masa kanak-kanak.Kalau aku masuk sure aku masak lauk tempoyak udang ataupun cekodok goreng cicah sambal bilis mak aku.Huuhhh sedapnya..Dalam masa yang sama terpk gak apalah masakan aku nanti yang akan jadi kesukaan anak2...he..he...

Petang baru kami terjah Wong Solo kat seksyen 7.Nak gi makan malam macam leceh je.Aku rasa makan kat sini memang sedap dan yang paling best sambal cili dan sambal kicap...Ahh...Kenyang..Dah tak de istilah diet2.







Wednesday, October 19, 2011

CITTA MALL Ara Damansara

Jumaat lepas tiba2 husband declared "setiap malam sabtu, hari kami berdua" Alamak sejak bilalah suamiku ni pandai romantik2 ni.Setahu aku dia biasa-biasa je...padahal selalu jugak keluar berdua.

Tak palah ikut ajelah,tapi malam tu aku susah ati sikit coz "Tahjud cinta" episod akhir.Dalam otak ni pk tempat manalah yang paling dekat so teringat CITTA Mall.

Tak banyak kedai lagi bukak dan konsep CITTA Mall ni macam korang kena keliling pusing kedai,tempat parking tengah2.Kira open spacelah.

Kedai makanpun tak banyak bukak lagi...yang ada chilis, papa rich, BBQ king dan ada beberapa kedai lagilah.Bolehlah tapi setakat ni tak menarik lagi.....akhirnya kami telan Turkey breast...



Tuesday, October 18, 2011

Singgah di Tupai2 KL

Voucher Sogo tamat 31 oct so aku gagahkanlah diri menapak kesana dan kebetulan turn balik gombak.Sebenarnya tak tahu nak beli apa dengan voucher2 tu.Kira banyaklah jugak.
Pk punya pk so teringat kat kakak.Berapa kali dah dia merungut baju tidur dia dah pendek2.

Cari punya cari dapatlah 4 pasang dan yang surprisenya baju tidur dia yang paling murahpun RM20.Hai.. barang2 semuanya dah naik harga dan teringat aku kat baju2 tidur kakak yang aku beli dulu2 yang beharga RM5 hinggit aje.

Masih aku ingat lagi kawan-kawan tegur baju kakak beli kat mana..mesti mahal...tapi padahal baju tu.....tapi itulah keistimewaan kakak, pakai baju apapun nampak cantik n comel dan kawan2 aku gelarkan dia snow white.Itu dululahkan...sekarang ni cantik gak tapi snow white tu dah tak delah...

Berbalik pada kisah Sogo baliklahkan..lepas beli adiah untuk su and ira kitaorangpun bergerak nak cari tempat makan.Mula-mula tu nak gi INSAF je tapi tak jadi teringat yang insaf kena tutup atas sebab2 kebersihan.Eeee.....sekarang baru rasa Eeee dah banyak aku telan sebelum nie.

Kami bergerak ke Tupai2 KL.Ingatkan ari ahad ada buffet makan tengah hari ghupanya ala carte je.Buffet tengah hari ni ok gak dari buffet steamboat..ataupun aku ni bukannya pengemar steamboat, itu yang dok compare..bagi aku sedap tak sedap tu depend pada selera masing2.

Kat tupai2 ni aku order mee udang and hot plate special tupai2..dan...rasanya tak memenuhi selera aku kot.Tapi air laici dragon fruit memang sedap..Ok kalau korang gi sana tak yahlah order yang dikatakan special tu yea.....





Monday, May 16, 2011

Sepetang di Secret Recipe Subang Perdana

Kalau dulu nak cari kek Secret Recipe punyalah susah. Paling dekatpun kat Giant sek.13 Shah Alam.Ada sekali tu sampai kek coklat indulgence kitaorang penyetlah...

Itu dulu sekarang ni tak susahlah coz dah ada yang paling dekat ngan rumah.Cawangan baru buka di Subang Perdana.
Lepas siKakak habis tuition petang ahad lepas, kitaorang gi minum-minum and makan kek kat sana....


Friday, April 8, 2011

The New Muhibbah

Sunyi gak rumah weekend lepas coz fatin n farah ada program kem ibadah di Sekolah aunty Maria di Bukit Antarabangsa.

So Petang tu bawak 2 orang ni je gi survey2 beli kamera. Akhirnya beli Digital kamera brand Lumix Panasonic. Awat tak beli yang DSLR ke? Husband aku ni bukannye jenis suka bende-bende cam ni. Ialah lain orang lain kot.

Lagipun aku tahu dia malas nak amik2 gambo ni..dan akupun sama malas nak pegang benda2 berat masa jejalan. Hee..he..itu akulah, so end up dgn digital kamera jelah yang ringan dan senang nak dibawa kemana-mana.
Lepas tu we all terjah makan di Muhibbah.Ghupa2nya tempat baru ni berhampiran dengan tempat majlis perkahwinan anak arwah ayah Dha.

Kedainya boleh tahan besar tapi macam makan kat kantin sekolah je..coz open sangat . Apa-apapun makanannya memang sedap.Seperti biasalah menu faberet  kami sekeluarga ialah Daging Blak Paper, Udang sambal petai and Asparagus goreng belacan.

Monday, March 28, 2011

Makan2 Di Saba

Hari Ahad lepas, Dillah (adik ipar) belanja makan Tengah hari so pilihannya adalah di Saba di Dataran Jelatek.Kami sekeluarga dari Rumah,adik beradik yang lain semuanya berkumpul di umah mak mertua di Gombak.


Emm..dah dapat bonus agaknya..tapi bila tanya bonusnya bulan 4 so kira advance dululah ni.Kiranya ni kali ketigalah aku makan disini.Restaurannya tak banyak cuma ada 2 saja, di Cyberjaya dan Dataran Jelatek ni.
Sampai sana lebih kurang kul 3 petang tapi still ramai orang. Kami diberitahu mungkin lambat sikit coz terlalu ramai orang.Perut memang dah terasa lapar.Alhamdulillah mungkin rezeki kami sekeluarga agaknya dalam 20 minit je dah sampai pesanan.



Antara menu2 yang kami pesan ialah Nasi Kabsah ayam grilled, Lamb, Nasi Mandi dan kebab.Tak sempat nak amik2 gambo, ingat nak makan je..lagipun kamera aku 2-2 dah rosak.Harapkan amik gambo kat hp jee..Oklah buat kenang-kenangankan.


Sunday, November 14, 2010

Kuih Pantai Timur

Macam-macam kuih rupanya ada kat M'sia nikan.Aku dibesarkan kat selangor ni hanya tahu kuih karipap yang memang kesukaan aku tu jelah..
Dah belajar di tempat orang n dah kawin dengan orang luar (luar selangorlah) barulah tahu macam-macam kuih yang tak pernah aku jumpa sebelum ni. Tekak aku ni rasanya semua boleh terima main sumbat je asalkan kuih tu sedap.


Pulut Lepa(Kuih ni inti dia ikan tapi selalunya kita jumpa orang panggil pulut panggang) Sedap jugak..dan dalam gambar ni dibungkus special sikit.



Ini plak paung inti ikan..kelakarkan semuanya inti ikan..tapi sedap gak..


Kuih2 ni memang tak de jual kat sini..kat negeri pantai timur je ada so kalau korang gi jejalan kat sana cuba-cubalah cari yea...gerenti sedapnye...


Wednesday, July 28, 2010

Pannaz...


Lama rasanya tak dating berdua-duaan.Sesekali memang best tanpa gangguan anak-anak.Agaknya bila anak dah besar-besar nanti lagi selalulah kami berdua-duaan gamaknya.
Rasa nak makan western food so kamipun memilih di Pannaz Damansara Perdana.Pergi waktu weekdays so taklah ramai orang sangat.Okaylah sedap jugak, lain kali leh datang lagi...

Tuesday, July 27, 2010

Makan2 di Santai

Ada orang nak belanja makan sempena naik pangkat dan dapat bonus tapi  berapa kali tah tukar tempat, adalah 10 kali kot  akhirnya memilih "Jom Santai di Kota Damansara".

So malam sabtu tu gilah kota damansara dibelakang restoran sari ratu rasanya.Punyelah ramai orang makan2 terutamanya orang cina.Ialah memang kawasan diorangpun..

Adik ipar aku order punyelah banyak..sampai penuh satu meja panjang.Alhamdulillah..tapi rating boleh bagi 3 jelah..

Apa-apapun tq dillah semoga dimurahkan rezeki dan dapat belanja kitaorang lagi....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails