Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

CenderaHati

Kata orang sayangkan anak tangan-tangankan dan kalau sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.Yea ke??kesian sang anakkan asyik kena tangan-tangan je...tapi kesian gak ngan si isteri asyik ditinggal-tinggalkan dan yang pasti kerja-kerja hal rumah tangga memang jatuh ketangan isterilah...hee..hee...Bagi aku apa-apapun dalam hal rumahtangga kita kena redha dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Ini, ada tu asyik merungut je laki tak pandai nilah..tak pandai tulah...tak tolonglah tapi bila fikir punya fikir yang kita ni perfect ke???pandai masak ke??pandai bergaya ke??cantik ke???Alamak...banyak jugak yang kita tak pandaikan??so renung-renungkanlah...

Sebenarnya tak ada apa nak cerita, mehlah nengok ole2 sebagai adiah aku ditinggal-tinggalkan.Terima kasih banyak2 pada sang suami,aku tak mintakpun tapi alhamdulillah rupanya dia tak pernah lupa pada isteri yang tercinta ni..




 Handbag "Cole Haan"(Baru tahu ada brand ni)

" Victoria Secret perfume"(suka sangat wangi2)

 Make up "Mac"(Actually kawan aku kirim bedak tapi aku yg dapat 1 set)

"Nike"(Cam perli je suruh aku exercise la ni)




Thursday, October 27, 2011

First Movie..Ehmmmmm....

Jom nengok wayang.....Eh betul ke apa yang aku dengar ni.Aku kira-kira dah 14 tahun kot aku tak jejak panggung wayang.Sejak kawin sampailah dah anak empat ni...inilah pertama kali husband aku ajak nengok wayang.Lagikan pantaipun berubah,ini pula orangkan.He..he...

Budak-budak suka aje.Dia orang selalu pergi dengan adik-adik ipar,cuma Faiz  dan Farzeen aje belum, so alang-alang cuti ni (sambungan cuti deepavalilah) kami redah panggung wayang yang tak ramai orang(Bukit Raja).Tengok kat internet ada tayangan pukul 11.50 am (huuhhh hebat..pagi tu..)

Sempatlah beli pop corn n air sebelum masuk tu.Fulamak.. harga pop corn je RM6.50.Teringat masa dating2 dulu RM2.50 je.Teringatlah pulak masa dating2 dulu..."Kenangan"... ialah "Kenangan"...ada kawan aku tu nak buat entry pasal kenangan ni tapi yang pastinya kenangan tu tetap ada indah dan tak indahnyakan.

Best gak cerita "Joanny English" Kelakar tapi anak dara aku yang kecik ni orang gelak diapun bantai gelak terbahak2.Entah faham ke tidak..Lepas tu masa cerita nak habis dia sibuk nak berak.Boleh tu cakap kuat2 "Ummi nak berak!!" Adoii...cam na ni, dah lah Umminya lama tak masuk panggong.....Pujuk punya pujuk akhirnya dia diam.Habis je cerita terus gi cari toilet.Yang aku geram nye dia boleh kata tak jadi beraklah Ummi...Farzeen...farzeen....Lain kali aku tak mo bawak dialah.Boleh ke??






Thursday, April 14, 2011

Sejenak di KLIA

Sabtu lepas hantar husband keKLIA. Lama gak husband tak outstation.Last tahun lepas gi Jakarta.Kali ni project di Budapest,Hungary. Ramainya orang kat airport ingatkan zaman2 ekonomi cam ni orang tak gi jejalan.Gpupa2nya anggapan aku meleset sama sekali.Ramai orang berduit dan berwangkan.

Dalam reramai orang tu ada tempat yang check in tak ade orangpun.Bahagian business class n first class so mudah je husband aku, tak payah q pun.Ialah nak harapkan gi sendiri naik first class jangan haraplah berkurun simpan duitpun tak sanggup nak membayor harga tambang je yang berpuluh2 ribu.Harapkan rezeki kerja jelah.

Rupa-rupanya naik MAS ni dapat rewards.Kalau kita kumpul point bebayak dapat convert tiket free so harap2 (asyik ber harap je..) nanti kami sekeluarga dapat merasa gi jejalan ngan tiket free ni.Dedulu husband aku tak tahu so rugi cam tu..kalau tak dah banyak point agaknya.


D'Masiv - Rindu Setengah Mati

aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

kembali ke reff

aku rindu setengah mati

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu
 
 
(he..he..yo yo je aku ni siap lagu lagi...lagipun lagu ni 
tiap petang aku 
satu family dengar 
dlm kejora dan bintang dan la ni si dia tak de so rasa2 rindu tu 
muncullah sikit2.) 

Sunday, April 3, 2011

Emas Oh Emas

Emas..makin hari semakin naik.Adoi.. bila kenang-kenangkan emas2 aku yang hilang memang sedih bangat. Baru- baru ni aku temankanlah Ibu Yah ke Wah Chan. Dia dah lama nak tambah koleksi cincin..ari tu masa balik T'ganu tak sempat nak nengok2. Akhirnya tercapai gak hasrat nak pakai cincin, sampai 3 bentuk plak tu..Masa beli ni harga emas 157 tapi Wah Chan bagi potongan 2 hinggit.


Bolehlah kebetulan Ibu Yahpun nak sambung berkhidmat ngan kami sekeluarga lagi so apa salahnya aku jadi banker.Dia nak beli sekaligus tak mampu so sikit2lah. Apa lagi ibu..kiranye dah lengkap 1 badan ni...rantai, gelang semua dah ada..berbaloi gakkan keje sini...

Mula-mula tu teringin nak tukar koleksi aku ni tapi pk punya pk aku rugi sebenarnya..dahlah dapat barang yang kurang berat dan kalau nak barang yg sama berat aku kena tambah almost 1k lagi...memang tak berbaloi..

Punyalah semangat nak tayang kat Fatin, Last2 Fatin kata cam Zulian je....he.he....




Friday, November 5, 2010

Hari Minggu Kami...




Lega rasanya budak2 pompuan ni dah abis exam...so apa lagi sibuk nak jejalan ke Mid Valley. Pergi sana actually nak bawa Ira(cousin diaorang) n bolehlah dia pilih hadiah birthday sekali. Hari jumaat tu husband calllah mama dia nak inform yang kitaorang balik lambat tapi alih2 mama dia kata nak ikut jejalan so demi orang tua balik dulu ke gombak to pick up diorang.

Sampai Mid Valley dah kul 11 am..parking semuanya full, nak parking di the Gardens kesian pulak nak jalan jauh so adalah dalam 1 hour cari parking and we all dah give up rasanya cam nak gi tempat lain je..Alih2 and memang rezeki kot orang tu bukak another parking lot yang memang khas untuk orang yang keje kat situ.

Sambil pilih-pilih hadiah untuk the other 2 cousins, aku dah rasa nak pening and sakit pinggang padahal baru pi urut malam sebelum tu..rasa sangatlah perbezaannya...dulu jalan-jalan 1 haripun tak letih langsung.Ini jalan sikit je dah sakit-sakit(dlm hati cam nalah aku nak gi Haji nanti)

Pelik jugak yea punyalah ramai orang kat Mid Valley tu..kalau harap akulah gi sana bawak anak sorang-sorang tak mungkinlah kot...rela lagi duk umah rasanya.Masa aku naik lif adalah sorang budak around darjah 3 kot, sambil berbual dlm phone dengan mama dia..

Budak : "Mama...nanti kita tengok wayang cerita baru keluar ni yea"best tau!!

Dalam hati aku terdetik budak-budak sekarang..bebas untuk luahkan apa-apa kehendak pada ibubapa..teringat aku suatu ketika dulu, aku nak tengok wayangpun dibawa oleh kakak2 and abang..itupun emak dan abah aku tak tahu...tapi bila aku meningkat dewasa aku tidaklah memberontak untuk bebas dan aku tahu batas-batas pergaulan..

Ialah masa merubah segalanya dan aku takut sebenarnya untuk mengajar anak-anak terlalu mengikut arus kemodenan.Aku takut jika mereka tersalah  memilih jalan dan akan menyalahkan cara ibubapa  mendidik mereka. Entahlah..bukan senang sebenarnya untuk membesarkan anak-anak yang  merupakan saham akhirat kita disana nanti.Kita sebagai ibubapa yang patut memulakanya..
so itulah harapan aku dan husband sebenarnya..semoga kami tidak alpa dan terlalu mengikut arus kemodenan sehingga hilang nilai-nilai murni yang harus di terapkan kedalam diri anank-anak.Insyaallah...


Monday, September 6, 2010

Akhirnya...

Tercapai jugak impian warga kerja dioffice aku nak dapat bonus.Macam-macam cerita sebelum dapat bonus ni.Aku sendiripun tak faham kenapalah susah sangat nak bagi bonus padahal duit dah ada.Setiap kali nak run bonus mesti ada problem.

Problem kali ni tak settlepun tapi nasib baik melibatkan 3 orang je so end up dengan bayar manual untuk 3  orang ni tapi sempat jugaklah aku nengok GMHR marah-marah..ialah boslah katakan, nak marah dengan siapa lagi kalau bukan dengan anak buah.

Hari sabtu tu dengan tak tengokpun amount dlm bank tapi dalam otak ni macam-macam nak beli,Kebetulan ada sale crocs kat Ikano so apa lagi dapatlah budak2 dan bapaknya sekali kasut raya. Mehlah jamu mata nengok kasut anak-anak aku...





Mana kasut aku?? Husband aku dah belikan awal-awal lagi....

Sunday, August 1, 2010

Hujung Minggu

Aktiviti hujung minggu lepas banyak rasanya. Dengan surau kat rumah adakan kick off ramadhan dan dengan mak mertua nak buat BBQ untuk anak beranak.Undangan rumah mak mertua memang tak leh nak dielakkan langsung ialah selagi orang tua masih hidup ni kami seboleh-bolehnya tidak akan menghampakan segala permintaan dan harapan mereka dan aku sangat berharap agar anak-anak aku suatu hari nanti akan mengikut jejak langkah walid mereka.(khas buat faiz terutamanya)

Pagi ahad tu sebelum aktiviti berbaberque kitaorang jalankan activiti mengunting rambut...ini semua gara-gara si Farah malas basuh dan ikat rambut.Bayangkan mandi tak sampai 5 minitpun..patutlah bau rambut busuk.Apa lagi tak pasal-pasal tiga-tiga kena gunting rambut termasuklah aku...(aku bukan kes tak basuh rambut yea...)

Petang balik dari gombak tu sempat jugak kami singgah makan di surau.Padahal perut dah kenyang tapi hidup bermasyarakat dan berjiran so gagahkan jugak pergi.Malam tu lepas sembanyang isyak diadakan konsert Hijaz dan ceramah dari ustaz Nazmi dan ustaz Rahimi.Tak sabar rasanya menunggu kedatangan Ramadhan.Semoga aku sempat melaluinya kali ini dengan sempurna.Insyaalah.

Sunday, June 27, 2010

Majlis Pertunangan n Doa Selamat

Balik Kampung..Suatu ketika dahulu ketika arwah Atuk dan Nenek masih ada memang meriah..Kepulagan kami sentiasa dinantikan tapi kepulangan kami kali ni sekadar meraikan anak pak cik aku yang akan bertunang.Apaklah yang tinggal dirumah tu walaupun hakikatnya bukan dia yang mewarisinya. Cepat sungguh masa berlalu..anak-anak apak yang kecik dulu dah nak menempuh ambang alam rumah tangga dah. 

Budak-budak sekarang, belajar setahu aku tak habis lagi sibuk hendak bertunang. Banyak kali telah dihalang tapi akhirnya ibu-bapa yang terpaksa mengalah..mungkin takut perkara2 yang tak elok terjadi. Itulah Atiqah..orangnya cantik dan manis.Bertunang dengan jejaka dekat je..cucu atuk dan nenek sebelah rumah.Sedara jugak kiranya, Arwah nenek aku cousin dengan neneknya.Setahu aku nenek tu masih hidup tapi dah tua dan tak larat sangat untuk menghadiri majlis pertunangan cucu beliau.

Peristiwa ini mengingatkan aku dengan suatu kisah.Dahulu masa aku dalam darjah 6,ada seorang cousin aku yang dijaga oleh atuk dan nenek dari kecil lagi setelah kematian ibu. Azuan namanya..
Zuan ni tua 3 tahun dari aku, Dia dalam form 2 masa tu.Biasalah kalau dulu cuti-cuti sekolah aku dan cousin2 yang duduk KL akan balik.Sama jugak dengan cucu-cucu nenek sebelah akan balik jugak. Kitaorang selalu main bersama-sama.Cucu-cucu nenek sebelah kebanyakkannya cantik-cantik coz nenek dan atuk diorangpun memang cantik n putih2..So masa tu si Zuan ni kira sedang hangat bercinta dengan cucu nenek sebelah.Bertimbun-timbun surat cinta...bagi aku memang padanlah kalau dia orang ni jadi..coz cousin aku nipun tak kurang hensomenya.Akhirnya cinta monyet diaorang tu terkubur macam tu aje..coz si perempuannya memilih engineer sebagai suami.Ialah orang cantik sure akan pilih pasangan yang akan menjamin masa depan dan cousin aku ni memang malas belajar so terpaksalah lupakan saja..

Sebenarnya walaupun bersedara tapi dari dulu lagi aku rasa ada yang tak kena antara keluarga nenek sebelah dan keluarga nenek aku,sampai emak aku ada bercerita yang nenek sebelah boleh cakap kat nenek aku "jangan haraplah si Ani(emak akulah)  tu dapat duduk bandar".Satu lagi peristiwa yang emak aku selalu cerita yang keluarga sebelah makan buah epal, kulit epal tu dibuang ke rumah nenek aku.Masa tu pak Ngah aku kecik lagi tengok dan terus nak kutip kulit epal tu untuk dimakan.Sedihkan..
Tu yang bila mak aku dah kawin dengan abah aku n tinggal di Singapore akan poskan buah untuk adik2 dikampung.

Sampai hari ni akupun tak tahu apa sebabnya tapi yang aku tahu emak bukanlah jenis pedendam orangnya.Kalau hari raya pasti akan kerumah nenek sebelah.Aku rasa sifat-sifat tu ada jugak meresap kat aku ni...

Walau apapun aku ucapkan selamat bertunang untuk tiqah..dan selamat untuk menjadi sebahagian dari keluarga nenek sebelah...



Monday, May 3, 2010

Jom Makan-Makan di Le Chateau dePuah



Sabtu malam Adik ipar belanja makan. Ini kira aktiviti keluarga sebelah husband aku.Kebetulan hari tu dia dapat duit kena berhenti kerja and terus dapat kerja lain.Ialah rezeki orang tapi petang semalam dia cerita yang dia dah resigned pulak .Laa.. baru nak rasa belanja malam tu dah resign plak..tak tahan kerja katanya.Menurut cerita bossnye teruk, macam-macam di buatnya sehingga diri rasa diperbodohkan.Lebih kurang spesis boss aku kat office di jugak tapi cumanya boss aku yang bodoh kitaorang pandai-pandai belaka..sib baiklah dia tak baca blog...he..he.. tapi apa-apapun insyaallah kalau cari kerja sure dapat punye.Kalau tak nak kerjapun tak pa laki dia dah gaji beso dah.Jaga anak kat rumah jelah...




Saturday, May 1, 2010

Makan-Makan n Kawan Lama


Hari sabtu lepas tengah hari husband ajak makan di Restaurant Arab di Dataran Jelatek. Sedap katanya..sampai-sampai punyalah ramai orang.Dalam tunggu punya tunggu ternampaklah sorang kawan lama sekeluarga.Mula-mula tu takut nak tegur takut salah orang tapi bila diamati betul-betul memang sahlah kawan aku masa belajar dulu.Punyalah excited gilah menegur kawan tu...alih-alih sedihnye dia tak kenal..Aku yang beria-ia cakap nama aku..dan tanya dia keje mana..tinggal mana dan anak berapa...tapi dia tak tanyapun aku..alahai sedihnye tapi tak pelah.Lepas makan aku tak pandangpun kawan aku tu..cepatnya manusia berubah padahal bukannya kawan sekolah rendah.. ini kawan masa di U dulu..





Monday, April 12, 2010

Tanpa Pembantu....

2 Minggu tanpa pembantu memang meletihkan,dalam kotak fikiran rasanya semua nak buat tapi tak sempat sebenarnya.Itupun fakrul,mak,abah dan aliah sanggup menolong kalau tak aku tak tahu apa jadi pada diri aku agaknya. Anak-anak tanpa diaorang rasa sunyi tapi kalau dah bergaduh atau menangis aku pulak rasa nak terbang..dan kalau boleh lari kat mana-mana pulau.Itu akulah.. tapi budak-budak bersama mak dirumah mungkin merupakan saat yang paling indah yang mereka sukar gambarkan.

Aku kira digolongkan dalam orang yang beruntung coz dari anak pertama lagi dah ada pembantu, tak pernah rasa susah cam orang lain pagi2 lagi kena hantar anak ke babysitter atau nursery dan kira beruntung dapat pembantu yang rajin dan baik hati..tapi..itu dari segi beruntung,dari segi tak beruntung plak badan2 ni cepat manja, laa ni buat keje sikit sakit2.Macam minggu lepas basuh kasut budak2 ni je..satu malam aku tak tidur.Rasa tangan nak tercabut.Satu lagi skil masak memasak ni kureng..cam minggu lepas lepas siang dan basuh2 ikan bersemangat nak buat nasi ayam.Dah siap macam2 plak aku lupa.lupa letak daun pandanlah,terbanyak airlah,kurang garamlah..so apalagi panas telinga je kena complaint.Memanglah satu cabaran tapi rasa sedih gaklah orang2 yang kita sayang dok kata tak sedap...tak apalah cuba lagi..mesti kena selalu masak memang nampak senang je tapi susah sebenarnya...

Thursday, November 12, 2009

Berita Baik- Alhamdulillah

Pagi isnin lepas husband call aku kat office...
Kenaikan gaji dia sampai 20%,dapat elaun kereta hampir 700 ,
naik gred sekali.. Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah.

Monday, June 25, 2007

Rezeki ke 4

Hari jumaat lepas aku nekad pi beli pregnency test.Padahal baru lambat 6 hari. Balik rumah tak sabar nak test, terkejut dan rasa terkedu jugak bila line ke2 jelas kelihatan. Pada mulanya aku malas nak bagitahu hubby tapi bila aku bagitahu dia kata aku main-main so aku senyaplah jelah....Rupa-rupanya dia selongkar tong sampah dlm bilik air tapi jumpa kotak aje..and at last dia jumpa.Keluar-keluar bilik air aje tersenyum2 dan ucap tahniah pada aku kononya...
Apa-apapun aku dan hubby perlu rasa happy sesangat coz ada orang nak anak tapi susah dapat tapi kami Alhamdulillah.So...hubby aku cakap tangguh dululah apa-apa plan nak beli kereta baru ke atau apa-apa yang baru, simpan duit untuk sambut orang baru tahun depan.Hopefully dapat baby boy lagi.


pregnancy calendar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails