Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Kelas Memasak at Saujana Utama

Impian nak masuk kelas masak memasak ni dah lama tapi asyik tak kesampaian aje.Ada ja halangan.Baru-baru dia ada sorang kawan tu mewar-warkan kelas belajar buat Popiah.Dengar cam tak best je..dalam hati buat popiahpun nak belajar ke?Bila tanya husbandpun dia cakap awakkan dah pandai buat popiah, wat pe belajar lagi.Dalam hati gi jelah, lagipun bukannya jauh sangat dari rumah aku.

Aku ni bukannya jenis orang yang suka pakai GPS.Lebih suka cari sendiri tapi selalulah sesat kalau terjah sorang-sorang.Lepas tu call cik abang sure kena marah2 coz tak on GPS.Memang Saujana Utama totally dah berubah.Ingat dulu masa aku nak beli rumah kat kawasan ni,Mil tak setuju langsung..macam2 dia kata kalau anak sakit susahlah..jauhlah...
Itu dulu tapi sekarang tempat tu penuh dgn rumah n supermarket besarpun dah ada.
Cari punya cari akhirnya jumpa gak "Lynn Hassan My Sugar Class".

Ramai gak yang attend kelas ni.Masa berkenalan kebanyakkannya sudah buat business kecil-kecilan.Aku dok pk lepas bagi anak-anak aku makan dah bersyukur.Banyak gak kelas-kelas lain seperti kelas baking so sapa-sapa yang berminat leh kesini.Erra fazirapun belajar wat kek kat cni..
Masa belajar2 tu siap ada makan2,memang kenyang habislah.Kami bukan aje dia ajar buat popiah basah tapi di bagi extra belajar buat kuih bunga kemboja dan popiah ikat yang kecik2 tu.
Seronok jugak rupanya gi kelas memasak ni disamping ramai jumpa kenal-kenalan baru.



Kulit Popiah
500g tepung gandum
2 biji telur A atau 3 biji telur B(ambil putih telur sahaja)
1/2 tsp garam
300g air + 1/2 tsp garam
Ramaskan tepung gandum dengan telur,curahkan campuran air dan garam sedikit demi sedikit.Biarkan adunan selama 3 jam.

Sos Popiah
15 biji buah kurma + 1.5 cawan
2 tbsp tepung jagung
cili boh puteri(230g)
1 botol sos cili Maggi(500g)
garam, 3cawan air
7-8 tbsp gula merah

Blend buah kurma dengan air,masukkan semua bahan dalam periuk, masak sehingga kuah pekat.

Inti
Sebiji carrot
1/2 biji kobis
1/2 biji sengkuang
RM1 udang kering
3 ulas bawang putih
garam
sedikit minyak
Tumis dan masukkan semua bahan dan toskan.

Kuih Bakar Pandan
*10 helai daun pandan
air paip untuk kisar daun pandan.Lepas kisar, baru sukat 1 1/2 cawan

Bahan A
1 1/2 cawan air pandan
3 biji telor A atau 4 biji telor B
200g gula pasir @ 2 senduk membumbung
340g tepung gandum@5 senduk tepung gandum
santan RM2
1/2 tsp garam 
2 tsp pandan paste
1/2 tsp cinnamon powder
sedikit pewarna hijau

Tambahan
bijan
butter

Cara  membuatnya:
Dalam blender,blend semua bhan A.
Bubuh 1 tbsp butter di setiap loyang. Panaskan seketika dlm oven
curahkan adunan tadi dlm loyang sehingg 3/4 penuh.Taburkan dengan bijan.Bakar dengan suhu 200C selama 40 minit sampai masak

Wednesday, August 1, 2012

Kuih Cara Manis

Acuan dah lama beli tapi ramadhan ni baru berkesempatan untuk mencuba.


bahan2:

1 cawan tepung gandum

1cawan santan

1/2 cawan air

1 biji telur

sedikit air pandan+pewarna pandan

secubit garam.

cara2:blend kesemua bahan2 tadi dan laserkan acuan dengan sedikit minyak.Masukkan bancuhan sedikit dan gula.Kemudian tuangkan sedikit lagi bancuhan tadi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, July 15, 2012

Cheese Tart

Percubaan pertama.Walaupun dari segi rupa tak lepas tapi dari segi rasa anak2 kata "Hemmm sedapnya cheese tart yang ummi buat" "Nanti buat lagi yea".




Tart Shell

250 g tepung gandum
125 g mentega
60 g gula ising
1 biji telur kuning
1 sudu teh essen vanila

Bahan diatas di uli( dibentukkan dlm acuan dan dibakar 30 minit)

Filling
250 cream cheese
gula ising sikit
asen vanila
perasa lemon
Whipping cream sikit

(Di isi didlm tart shell and lorekkan dengan blueberry)-Bakar sekejap selama 5 minit...

Wednesday, March 21, 2012

Kelas memasak 4 Kids


Atas permintaan anak2.Aku buat kelas memasak cookies.....Nak hantar diorang kelas memasak macam mahal je dan lebih baik aku yang pergi belajar memasak dulukan.So sempena aku cuti2 ari tu sempat jugak ajar dia orang buat coklat chip.....senang je...dan hasilnya budak2pun suka makan.

Wednesday, August 17, 2011

Kuih Raya 2011

Tahun ni kemalasan melanda..nak buat kuih rayapun malas.Fatin dah sibuk bising..Ummi ni dahlah tak beli kuih raya..buat kuih rayapun malas.Hai...inilah ada anak2 dara yang tengah membesar.Kesian kat diorang dapat Ummi kategori pemalas gak .

Sempena cuti nuzul quran, aku gagahkanlah buat kuih raya yang paling mudahlah konon-kononnya. Resepi special dari adik Atiqah. Nampak senang tapi susah gaklah Tiqah bagi orang yang tak pandai masak macam k.sal ni.

 Inilah pembantu tetap aku tiap2 tahun

Conflake coklat
Bahan2:Conflake,Badam,Coklat masakan,mentega
Cara2:Ramaskan conflake,masakkan coklat+mentega(double boil),sangaikan badam
Lepas tu gaul kesemua bahan dengan cepat dan masukkan dlm paper cup n bakar selama 10 minit.


Sunday, February 6, 2011

Lasagna

Aktiviti nak menghabiskan barang2 sebelum expired.Apa lagi, cari punye cari resepi dari(k.ummi rasanya kalau tersalah tu kira maafkan jelah).Sedap gak macam kak kedai2 western food yg memahal tu..(puji diri sendirilah)


Lasagna
Bahan-bahan:-
5-7 keping lasagna (akak guna jenama San Remo)
#Bahan Sos tomato:-
  • 2 ulas bawang putih-ketuk
  • 1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
  • 4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu
  • 100 gram tomato puree
  • 200 gram daging cincang
  • ½ biji lobak merah-disagat halus
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sudu teh italian herbs
  • ½ sudu besar garam
    1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula
# Bahan Sos Putih:-
  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit serbuk lada hitam
Untuk topping:-
  • Keju mozzarella secukupnya
Cara-cara:-
Untuk sos tomato:-
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.
  2. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.
  3. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.
Untuk sos putih:-
  1. Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.
  2. Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.
Cara menyediakan:-
  1. Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
  2. Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
  3. Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
  4. Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.
# Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre-cooking required (tidak perlu direbus terlebih dahulu). Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. - (akak basahkan sedikit lasagna dengan merendam sebentar di dalam air panas)

Thursday, January 27, 2011

Pau Kaya

"Ummi, nanti cuti Ummi buatkan pau yea" Alamak ada permintaan plak so kalau permintaan anak2 ni seboleh2nye nak buatkan. Macam tu gaklah aku walaupun bakat masak memasak tu belum sebati dalam jiwa aku lagi..almaklum dulu2 mana nak tolong emak kedapur sangat. Inilah hasilnya..walaupun taklah segebu pau-pau dikedai tu....tapi..bolehlah.....





Pau (Resepi K.Ummi)
Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum
2 sudu besar margerin
4 sudu besar water roux
1 paket yis
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu kecil bread improver
secubit garam
air suam secukupnya untuk menguli
inti kari daging dan kentang secukupnya

Cara-caranya:

1. Dalam mangkuk besar campurkan tepung, margerin, water roux, yis, minyak zaitun, gula, bread improver dan garam.
2. Gaul dengan tangan hingga sebati.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit untuk menguli hingga doh terbentuk cantik dan tidak melekat pada tangan.
4. Tutup doh tadi dan rehatkan hingga naik sekali ganda.
5. Apabila doh sudah naik, tumbuk-tumbuk lembut untuk membuang anginnya. Uli dengan lembut dan bahagi-bahagikan mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Bulatkan doh tadi dan isikan inti kari di dalamnya. Buat hingga habis.
7. Rehatkan doh berisi inti tadi hingga naik sekali ganda dan kukuslah selama 15 minit dengan api besar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails