Monday, February 11, 2008

Menunggu Hari






Add Image
Ahh..lamanya rasa tak update blog ni. Kekadang tu bila teringat malas plak nak tulis.Diam tak diam saat-saat kelahiran anak keempat dah nak tiba.Mudah-mudah kali ni biarlah aku rasa kelahiran yg paling mudah dan senang sekali walaupun sebelum ni masa aku dalam 7 bulan terdapat pendarahan yang agak banyak jugak sampai terpaksa duduk hospital 2 hari dan paling aku harap biarlah husband aku sempat bersama-sama aku dlm labour room nanti. Malam sabtu lepas 9/2/08 tu aku panic jugak coz ada spotting sikit.Ya Allah dah tiba masanya ke aku nak bersalin ni tapi aku try coolkan diri dengan mengaji tapi tiba air mata ni keluar macam nak mencurah-curah je...risau kalau memang dah tiba masanya nak bersalin,husband plak kat melbourne lagi dan sampai anak aku siFatin pun perasan yg ummi dia ni tengah nangis.Lepas tu aku terus tipon emak&abah suruh tidur rumah kat rumah aku,ialah takut tengah-tengah malam sakit teruk.Alhamdulillah keesokkan hari nya dah tak ada dah darah keluar so aku cakap dengan emak&abah tak apalah biarlah dia balik rumah,kesian aku nengok abah tiap kali naik tangga rumah aku mesti baca allahuakbar setiap tangga.Sakit lutut agaknya,umurpun dah berganjak 73 tahun tahun ni.Lepas tu plak terpaksa bawak teksi lagi coz orang yg selalu bawak teksi tu hendak kawinkan anak so abahlah kena bawak teksi jugak untuk bayar bulanan.Tulah kalau gaji aku banyak boleh aku tolong bayarkan duit bulanan teksi abah.Itulah aku asyik berangan je kalau kaya boleh tolong emak,abah dan adik beradik yang susah. Tapi entahlah aku tengok org kalau semakin banyak harta atau kaya semakin kedekut, harap-harap aku bukan tergolong dari kumpulan tu.

Kekadang bila saat-saat husband jauh ni aku teringat macam manalah jadi weekend husband and wife ataupun husband duk kerja jejauh ataupun perasaan ibu tunggal.Semua kena handle sendiri.Memang aku respek orang-orang macam ni coz husband aku baru pergi 2 minggu aku dah rasa miss dan need someone to be by my side. Itulah aku kot walaupun nampak macam tak manja tapi jauh disudut hati ni rasa kecik sangat.




Tuesday, October 30, 2007

Raya-Raya

Setelah sebulan selesai puasa tibalah hari raya.....Rasa sedih sangat meninggalkan bulan Ramadhan ni dan lagi aku terasa sangat banyak amalan2 yang aku rasa tak dapat lakukan dengan sempurna, ialah dalam 2 minggu terakhir ramadhan aku diuji dengan sakit batuk yang kronik. Aku memang tak berkesempatan solat terawih diakhir ramadhan.Raya tahun ni tak rasapun nak beraya.Entahlah mungkin aku dah jadi emak-emak tapi anak akupun complaint kata raya tahun ni tak best sangat...nak buat cam mana kami tak ada kampung yang boleh dipanggil kampung kot.Orang lelaian bekobar-kobar balik kampung tapi bagi kami amalan balik rumah mak mertua dan rumah mak aku dah jadi amalan wajib kami sekeluarga setiap bulan so tu yang rasanya tak ada yang special.
Raya keempat tu kami sekeluarga,emak &bapak mertua,dan 2 lagi keluarga adik ipar balik Terengganu.Terengganu ni sebenarnya kampung belah suami aku tapi cuma tinggal sedara mara aje. Balik sanapun sewa apartment kat Golf and country resort kat masjid terapung tu. Ingatkan best jugak balik terengganu tapi kali nilah aku rasa macam paling tak best langsung.Entahlah memasing sibuk dengan hal sendiri-sendiri aje so husband akupun sibuk dengan kedua ibu-bapanya ,akupun sibuk mengurus anak-anak aku so balik ni sekadar balik je dan husband akupun kata kita dah biasa balik terengganu so what to say... iakan ajelah walaupun dalam hati ni hanya Allah je yang tahu perasaan aku di ketika itu.
Aku terpaksa ambil cuti selama 2 minggu,jaga bebudak dan jaga rumah.Ibu Yah(pembantu) balik Indonesia.Ya Allah susahnye jadi housewife. Selama ni aku balik semuanya dah ready. Ini aku bangun pagi je kena fikir apa yang aku nak buat dan Faiz plak asyik nak melekat je, tak boleh tinggal langsung. Sampai ke malam kerja-kerja rumah ni tak selesai. Tangan sakit,Pinggang sakit dan memang tak ada masa nak melayan husband.Aku imagine kalau aku jadi suri rumah sepenuh masa macam manalah agaknya nye yekan...Itulah agaknya Allah bagi aku kepandaian sikit boleh masuk U dan bekerja..tapi kelebihan seminggu duduk rumah membuatkan aku rapat dengan anak-anak sampai pergi sekolahpun diaorang request aku hantar...
Apa-apapun alhamdulillah ibu yah dah balik sini balik 28 oktober. So keesokkannya aku dah start keje.Sekarang ni IT department dah pindah tempat baru.Nasib baik bebudak ni tolong angkatkan barang-barang kalau tak alamat terberanaklah gamaknya aku.Sekarang ni plak orang sibuk buat open house ada yang sempat pergi dan ada yang tak sempat pergi.Rumah cousin hubby yang baru pindahpun dah buat open house..kami??...tak tahulah bila lagi...rasanya rumah sentiasa open tapi bagi family besar macam kami ni rasanya kena buat khemah kat depan rumah baru puas hati kot.InsyaAllah nanti kalau ada rezeki lebih sikit.Sekarang nipun sebenarnya dah lebih tapi belum berkesempatan lagilah agaknya.

Thursday, September 13, 2007

Ramadan alMubarak

Alhamdulillah Allah masih menemukan aku dengan ramadan kali ini.Ketiga-tiga anak aku semuanya merasa berpuasa sejak dari dalam rahimku lagi dan kali ini yang keempat begitu juga.InsyaAllah semoga diberi keberkatan dan kekuatan sepanjang bulan yang mulia ini untuk aku beribadah kepada penciptaku.

Sunday, September 2, 2007

Kenangan arwah atuk &nenek

Semalam 2 sept 2007 aku balik kampung sebab family mak ada buat kenduri sikit untuk sambut puasa dan buat tahlil untuk arwah atuk dan nenek.Aku sebenarnya pun tak tahu sangat pasal bacaan tahlil ni sampai atau tidak pada arwah tapi kat Malaysia ni dari aku kecil sampai laa ni memang dah jadi tradisi macam tu.Mak mertua aku memang tidak setuju amalan-amalan bida'ah ni ialah dia dah belajar ilmu agama dengan lebih mendalam. Aku ikut mana yang baik dan mana yang aku kurang setuju, aku diam aje sebab bab-bab agama ni kita perlu belajar berguru baru betul ,kalau setakat baca buku susahlah sikit.
Apa-apapun masa maghrib tu aku betul-betul teringatkan mereka berdua semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka dalam golongan2 orang-orang yang beriman.

Birthday Party Irfan (anak che wah &hairol)

26 Aug lepas kami sekeluarga dijemput sahabat lama untuk meraikan birthday anak mereka Irfan kat A&W pj.Rasa dah lama tak jumpa kawan2 lama masa belajar dulu.Majoriti dah ada anak 1,2,3 orang and tak sangka plak dulu aku antara org2 yg kurus ..laa ni aku antara yang terbesar plak...what to do..ingatkan nak diet gile2 tup-tup Allah bagi rezeki lagi satu.








Farah dapat hadiah walaupun dia menari bukannya pandai sangat.Diapun pelik macam mana Mr.Bear boleh pilih dia kot..





Tengah main musical chair.Dalam game ni Liayana (anak khai&sona) yang menang.Birthday boy pun kalah.













Saat-saat yang dinanti-nantikan upacara memotong kek.Inilah wajah-wajah generasi baru kitaorang.adalah dedulu masa-masa belajar sambut birthday la ni sambut birtdah anak-anak.Esok lusa kalau Allah panjangkan umur bolehlah raikan perkahwinan anak-anak plak.Amin.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails