Alhamdulillah Allah masih menemukan aku dengan ramadan kali ini.Ketiga-tiga anak aku semuanya merasa berpuasa sejak dari dalam rahimku lagi dan kali ini yang keempat begitu juga.InsyaAllah semoga diberi keberkatan dan kekuatan sepanjang bulan yang mulia ini untuk aku beribadah kepada penciptaku.
Thursday, September 13, 2007
Sunday, September 2, 2007
Kenangan arwah atuk &nenek
Semalam 2 sept 2007 aku balik kampung sebab family mak ada buat kenduri sikit untuk sambut puasa dan buat tahlil untuk arwah atuk dan nenek.Aku sebenarnya pun tak tahu sangat pasal bacaan tahlil ni sampai atau tidak pada arwah tapi kat Malaysia ni dari aku kecil sampai laa ni memang dah jadi tradisi macam tu.Mak mertua aku memang tidak setuju amalan-amalan bida'ah ni ialah dia dah belajar ilmu agama dengan lebih mendalam. Aku ikut mana yang baik dan mana yang aku kurang setuju, aku diam aje sebab bab-bab agama ni kita perlu belajar berguru baru betul ,kalau setakat baca buku susahlah sikit.
Apa-apapun masa maghrib tu aku betul-betul teringatkan mereka berdua semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka dalam golongan2 orang-orang yang beriman.
Apa-apapun masa maghrib tu aku betul-betul teringatkan mereka berdua semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka dalam golongan2 orang-orang yang beriman.
Birthday Party Irfan (anak che wah &hairol)
26 Aug lepas kami sekeluarga dijemput sahabat lama untuk meraikan birthday anak mereka Irfan kat A&W pj.Rasa dah lama tak jumpa kawan2 lama masa belajar dulu.Majoriti dah ada anak 1,2,3 orang and tak sangka plak dulu aku antara org2 yg kurus ..laa ni aku antara yang terbesar plak...what to do..ingatkan nak diet gile2 tup-tup Allah bagi rezeki lagi satu.
Farah dapat hadiah walaupun dia menari bukannya pandai sangat.Diapun pelik macam mana Mr.Bear boleh pilih dia kot..
Tengah main musical chair.Dalam game ni Liayana (anak khai&sona) yang menang.Birthday boy pun kalah.
Saat-saat yang dinanti-nantikan upacara memotong kek.Inilah wajah-wajah generasi baru kitaorang.adalah dedulu masa-masa belajar sambut birthday la ni sambut birtdah anak-anak.Esok lusa kalau Allah panjangkan umur bolehlah raikan perkahwinan anak-anak plak.Amin.
Sunday, August 26, 2007
Barbecue at Tanjung Tuan PD 28-29 july 07





Ini masuk kali ke 3 budak Ex and finance AFSB buat barbecue.First kat Kuala Selangor,rumah Eddy and second kat rumah Anuar Subang Bestari.Aku and family tinggal kat Glory beach resort tapi yang lelain tu duduk tanjung tuan.Memula nak duduk sana jugak tapi memandangkan family aku ramai so tak jadilah.
Start membakar-bakar tu dlm pukul 8.00pm sampailah pukul 12pm.Adoiii memang best gila melantak udang,ikan pari,ayam,sotong dan kerang.Memang banyak sungguhlah makanan, aku yang tengah morning sickness nipun boleh balun tak ingat dunia.
Besoknya plak aktiviti mandi-mandi, diorang yang lelain tu sibuk naik boatlah.Aku cuma perhatikan anak-anak aku je mandi.Rasanya bebudaklah yang paling best bila bab-bab mandi ni.
Monday, July 9, 2007
Aris Ariwatan-1,2,3,4
1,2,3,4
by Aris
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
andai kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya
andai kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya
hidup ini sementara
ooohhh hidup ini sementara
( ulang korus )
by Aris
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
andai kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya
andai kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya
hidup ini sementara
ooohhh hidup ini sementara
( ulang korus )
Subscribe to:
Posts (Atom)