Thursday, April 18, 2013

My Sweet 13.....

Sweet 13...Happy Birthday Kakak..Sorry Ummi tak sempat buat kek. Actually tahun ni berazam dak buat kek setiap birthday anak2 tapi impian tak kesampaian.

Just celebrate kat tempat kesukaan diaorang je.Wahh kali ni birthday kakak disambut di SABA Nasi Arab dan Kenny Rogers,Yealah dah sweet 13 ni sure makan banyakkan...he..he..jangan marah kakak.Actually thanks Ummi ucapkan coz kakak dah banyak menolong since ibu tak de.Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.InsyaAllah.


Monday, April 15, 2013

Lost World Tambun

Hai..hai..sungguh sibuk aku beberapa minggu ni. Dengan perkara2 yang tak diduga..pembantu yang dah 14 tahun bekerja ngan kami tiba2 sakit yang mengharuskan dia balik Indon.Sedih rasanya..ikatan kami dah macam ibu dan anak.Hanya Allah saja dapat membalas jasanya walaupun ada sikit2 salah faham tapi sedangkan ibu dan anakpun ada salah fahamkan..Oklah aku tak nak cite pasal ni just nak bagitahu yang kitaorang gi jalan2 Ipoh cuti sekolah bulan 3 hari tu..Menarik gak kat lost world ni, sekali bayar perentry je dah boleh menikmati macam2 kemudahan kat dalam tu.Tak macam Bukit Merah lake town resort yang semua perlu dibayar.Kira berbaloilah.Rupanya kat Ipoh ni banyak jugak tempat2 makan yang menarik antara yang kami sempat singgah  iaitu restauran Tasik Raban,Nasi Vanggey,Mee Rebus Ramli dan Mee Kicap.





Monday, April 1, 2013

Geng Bas Sekolah

Lepas beli belah di Mydin Subang Jaya, Faiz suka sangat buat hal.Ini tak kenalah..itu tak kenalah..memang budak lelaki tak suka gi tempat shopping2.Sambil cari-cari tempat makan so terpandanglah ada pertandingan yang dianjurkan Geng Budak Sekolah musim ke-5.Apa lagi kakak tu pun tarik tangan Faiz tuk masuk contest jawab2 soalan.Soalan susah2 gak tapi atas pertolongan kakak2 dia so dapatlah dia tempat kedua..Hadiah not bad gak mainan Scrabble,beg,buku2 dan pensel box.Siap pengacara tu cakap adik Faiz ni kecil2 cili padi and diam2 berisi...He..he...padahal semua jawapan dibantu oleh kakak2...


Thursday, March 21, 2013

Kelas Demo bersama Chef Khairi

Bertuah rasanya dapat menghadiri kelas demo chef Khairi.Beliau sebenarnya orang yang betanggungjawab mencipta kek secret recipe.Mudah je dia buat kek dan yang paling best Chef Khairi ni seorang yang suka berlawak.Memang korang takkan bosan..Mehlah nengok gambar2 aku belajar kek Apple crumble cake,butterscotch Pecan cake and Black Forest cheese cake di Kota damansara.Terbaik kek2 ni.Mulalah aku memasang angan2 nak beli mixer and oven yang canggih manggih..huhh..huhhh berangan je...








Wednesday, February 27, 2013

Farzeen dalam Pesan Atok musim Baru


Ajeen terpilih pada first audition untuk program "Pesan Atok di TV9". Dia memang berani dan bersemangat..sebenarnya bila nengok perangai Ajeen tak ubah macam perangai Fatin masa kecik-kecik dulu.Apa-apa event selalu nak kedepan, memang tak tahu takut langsung.

Sebelum bercuti ke terengganu,teacher mawar call kata kena pakai jubah.Mana plak nak cari jubah ni..padahal masa aku gi jakarta banyak jubah untuk kanak2 tapi masa tu beli untuk kakak2 dia aje.Rugi pulak rasanya tak beli kat sana coz harganya murah compare kat sini.Kat terengganu pula merata2 tempat kami cari jubah..alhamdulillah akhirnya jumpa di rumah2 kedai berhampiran dengan rumah arwah mok.

Aku dan husband amik cuti untuk rakaman program ni.Kebetullan the day lepas cuti CNY tapi tup2 last minit program ni di tangguhkan coz datuk ustaz Hassan Din tak dapat hadir ada masalah yang tak dapat di elakkan.Nampak gayanya aku dan Fatin jelah teman Ajeen pergi ntv9 di Glenmarie.

Leceh jugak proses rakaman ni..sampai sana pukul 10 pagi hinggalah ke 4 petang.Group Ajeen perform dalam 2.30 pm.Sempatlah husband aku datang so dapat jugak dia nengok Ajeen.Apa2pun  Ajeen memang happy dan esoknyapun dia nak pergi studio lagi..So akupun tak tahu bila kuar TV mugkin nanti pihak tv9 akan call bila akan keudara.Sure Ajeen tak sabar nak nengok muka dia kuar TV.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails